England dan Perancis merupakan dua kuasa Eropah yang dipisahkan sebuah selat yang besar. Walau bagaimanapun, sempadan perairan masih tidak menjadi penghalang. Berkali-kali dua kuasa ini bertembungan.

Dan Perancis pernah menjadi medan perebutan antara pihak yang setia pada Valois dan Plantagenet. Selama 116 tahun dua pihak ini berpe-rang. Tempoh yang sebegini lama berlarutan daripada anak hingga cicit.

Raja Henry V Lancaster (1413-1422) hampir menak-luki Perancis yang berp-ecah-belah antara satu sama lain.

Tiada mµsµh nampaknya boleh menewaskan baginda, melainkan penya-kit cirit-birit yang mungkin menyebabkan str-ok haba. baginda mang-kat pada usia 35 tahun, mencetuskan masalah besar di England.

Lukisan pe-per-angan

Kerana takhta baginda turun kepada puteranya Henry VI Lancaster (1422-1461) yang baru berusia sembilan bulan.

Pada usia 22 tahun, Henry VI berkahwin dengan seorang bangasawan Perancis bernama Margaret. Pendamping raja ini dianugerahkan darjat Ratu, tetapi cita-cita politiknya mengatasi Henry VI sendiri.

Malah Henry VI merupakan seorang raja yang lemah. Jadi bangsawan-bangsawan Inggeris yang lain mula mendahagakan kuasa baginda. Kelemahan ini juga menyebabkan kekalahan Inggeris di Perancis.

Henry VI mengenakan cukai tinggi untuk menutup lopak kewangan yang berpunca daripada gejala ras-µah.

Lukisan pe-per-angan

Dan pada tahun 1455, Henry VI berdepan dengan kebangkitan bangsawan Keluarga York. Kebangkitan ini menyebabkan sebuah pep-erang-an saudara selama 32 tahun.

Asalnya Keluarga York berjaya mer-ampas kuasa, sebelum dirangkul Keluarga Lancaster semula. Ketika pep-er-angan ini hampir tamat, masalah baru pula timbul.

Mµsµh Yang Tidak Kelihatan

Siri pep-er-angan memudahkan penularan suatu penya-kit baru. England ketika ini tidak menguruskan infrastruktur kumbahan dengan baik. Masyarakat Inggeris hidup dalam keadaan sangat kotor.

Sistem kumbahan menakung bak-teria yang mudah mence-mar bekalan air. Dijangka inilah punca penularan penya-kit misteri yang bermula pada Ogos 1485.

Sarjana sejarah membuat spekulasi bahawa penya-kit ini dibawa daripada seberang selat, kerana Henry Tudor menggunakan anggota-anggota tent-era upahan Perancis (Theilmann, 2008).

Lukisan seorang pes-akit ditemani dua orang.

Simtom penya-kit ini sangat pelik. Tiba-tiba saja badan yang berpeluh dan menggigil sejuk.

Kepala berasa pening bagaikan berpusing, menyebabkan leher, bahu dan lengan berasa sa-kit yang sangat teruk (mungkin berkaitan dengan sendi utama).

Peluh akan menyebabkan badan sejuk selama 30 minit hingga tiga jam, disusuli fasa panas. Apabila badan terlalu panas, peluh akan keluar lebih banyak (menyebabkan kesejukan semula).

Jadi badan pun hilang air. Jantung berdenyut laju. Dan akhirnya, kelesuan teruk menyebabkan kema-tian.

Ada saja orang yang sembuh dan kemudian sa-kit semula, bermakna pengalaman sa-kit tidak menghasilkan imuniti (Heyman, et al., 2014).

Seseorang akan menggigil dan membahang selama 24 jam. Kemudian kalau tidak sembuh, penya-kit ini berterusan hingga akhir hay-at. Menariknya, golongan hartawan yang selalu terkena penya-kit ini.

Kerana merekalah paling banyak mengembara sana sini, tambah pula ramai menghadiri majlis pertabalan Henry VIII yang mungkin menjadi asbab penularan.

Saintis masih berkerut dahi fikirkan punca penya-kit ini. Kutu menjadi sasaran saintifik, atas dua sebab: (1) penya-kit banyak berlaku pada musim panas dan (2) pakaian zaman itu menggunakan kapas.

Tetapi ada pendapat sampingan, bahawa penya-kit ini sebenarnya ialah epi-demik hantavirus.

Tiada Sampel Kajian

Hantavirus boleh menyebabkan penya-kit bersimtom demam panas, sa-kit kepala dan peluh. Saintis menyelidik cara penularan penya-kit bermisteri ketika itu.

Kebanyakan yang dijang-kiti ialah golongan pertengahan umur, memungkinkan hantavirus. Cuma masalahnya, penya-kit bermisteri ini menular antara manusia, sesuatu yang jarang dilakukan hantavirus melainkan melalui mutasi luar biasa.

Malah hantavirus pada zaman moden jarang sekali hilang begitu sahaja.

Pengamatan ini merunsingkan sains. Pakar mikrobiologi Edward McSweegan berpendapat penya-kit ini mungkin berlaku akibat kerac-unan anthrax.

Kerana zaman pe-per-angan tentu sekali ada banyak bang-kai haiwan. Beliau mengemukakan cadangan supaya mang-sa dikorek keluar untuk tujuan kajian (McSweegan, 2004).

Sampel hidup tentu sekali bantu saintis mengenali penya-kit yang pernah menular di bumi England dulu.

Setakat ini semua usaha mengenalpasti asal-usul dan jenis penya-kit ini buntu kerana tiada bahan genetik seperti DNA atau RNA.

RUJUKAN:

Heyman, P., et al. (2014). Were the English sweating (ditapiskan) and the Picardy Sweat caused by hantaviruses? Viruses. 6 (1): 151-171.

McSweegan, E. (2004, Januari 17). Riddle solved? New Scientist.

Theilman, J.M. (2008). Encyclopedia of (ditapiskan), (ditapiskan) and (ditapiskan). Greenwood Press. Halaman 686.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.