Ada satu kisah menarik mengenai topeng kesihatan yang kita pakai pada hari ini. Tahukah anda siapakah pencipta di sebalik topeng muka kesihatan yang kita pakai ini? Lagi mengejutkan, individu yang memberi inspirasi kepada penciptaannya adalah seorang rakyat Malaysia.

(Nota: Pada ketika itu “Malaysia” belum wujud, Pulau Pinang masih digelar Negeri-Negeri Selat).

Pendedahan mengenai Dr. Wu Lien-teh ini dibuat oleh Profesor Paul Tambyah, Presiden Persatuan Mikrobiologi dan Jangkitan Klinikal berdasarkan beberapa rekod dan laporan yang ditemui di National University of Singapore.

Mungkin ramai juga tidak tahu bahawa Dr. Wu Lien-teh pernah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Nobel pertama dari Malaysia.

Latar belakang dan karier awal

Wu Lien-teh lahir pada tahun 1879 dan meninggal dunia pada tahun 1960. Beliau juga dikenali sebagai Goh Lean Tuck dan Ng Leen Tuck dalam bahasa Minnan dan Kantonis.

Dr Wu adalah seorang doktor dari Tanah Melayu yang terkenal dengan pekerjaannya dalam kesihatan awam terutama sekali ketika membendung penularan wabak Manchuria pada tahun 1910 – 1911.

Dr Wu adalah seorang doktor dari Tanah Melayu yang terkenal dengan pekerjaannya dalam kesihatan awam terutama sekali ketika membendung penularan wabak Manchuria pada tahun 1910 – 1911.

Ayahnya adalah seorang pendatang dari Taishan, China dan bekerja sebagai tukang emas. Keluarga ibunya juga berasal dari China dan Dr Wu adalah penduduk generasi kedua Hakka di Tanah Melayu. Dr. Wu mempunyai 4 orang adik -beradik lelaki dan 6 orang adik-beradik perempuan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Penang Free School sebelum diterima masuk ke Emmanuel College, Cambridge pada tahun 1894 selepas mendapat tajaan Queen’s Scholarship (ketika itu dianugerahkan kepada kawasan jajahan British).

Beliau sememangnya seorang yg cemerlang & menerima banyak pengiktirafan & bantuan kewangan ketika di universiti. Beliau kemudian meneruskan latihan industri (housemanship) di St Mary’s Hospital, London & kemudian melanjutkan pelajarannya di Liverpool School of Tropical Medicine.

Pada tahun 1903, beliau akhirnya pulang semula ke Pulau Pinang setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Pada September tahun tersebut, beliau menyertai Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur sebagai pelajar penyelidikan pertama.

Namun, nasibnya kurang baik kerana tidak ada jawatan pakar untuknya kerana pada masa tersebut, sistem perubatan di tanah jajahan British meletakkan syarat bahawa hanya warganegara Britain yang dapat memegang jawatan tertinggi sebagai pegawai perubatan atau pakar perubatan.

Dr. Wu menghabiskan kerjaya perubatan pada peringkat awalnya mengkaji penyakit beri-beri dan cacing gelang (Ascarididae) sebelum memasuki latihan perubatan di bidang swasta menjelang akhir tahun 1904 di Chulia Street, Pulau Pinang.

Usaha melawan jangkitan penyakit misteri

 

Pada tahun 1910, beliau telah dipanggil oleh kerajaan China ke Harbin dalam usaha melawan sejenis penyakit misteriyang sangat merbahaya. Penyakit ini boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia akibat perdagangan bulu haiwan pada ketika itu. Dilaporkan 95% pesakit akan meninggal dunia akibat wabak ini.

Kereta api trans-Siberia yang membawa penumpang dan barang untuk perdagangan ke Eropah – termasuk bulu marmot Siberia (sejenis haiwan daripada spesies tikus) yang diperolehi di timur laut China – telah memudahkan penularan wabak itu.Seseorang yang menghidap penyakit itu boleh menaiki kereta api di Harbin dan dalam beberapa hari kemudian tiba di Paris atau Berlin untuk menyebarkan penyakit itu.

Penyakit yang menyerang kawasan Manchuria itu kemudiannya dikenali sebagai pandemik Manchuria dan dikatakan telah membunuh 60,00 manusia. Namun, hasil usaha Dr. Wu dan pasukannya, mereka berjaya mengekang wabak berkenaan dalam tempoh beberapa bulan kemudian.

Namun, bukan itu sahaja kejayaannya yang membanggakan. Hasil ideanya juga, beliau juga telah memberi inspirasi kepada penciptaan topeng kesihatan piawaian N95 yang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang pada masa kini. N95 merupakan piawaian antarabangsa yang bermaksud topeng itu mampu menapis 95% partikel kecil di udara yang masuk melaluinya.

Penghasilan topeng muka kesihatan
Pada peringkat awal kemunculan awal wabak Manchuria ini, ramai doktor tempatan berpendapat bahawa kutu atau serangga kecil merupakan agen penyebar penyakit ini.
Walau bagaimanapun, berdasarkan satu autopsi yang dilakukan terhada seorang mangsa yang terkorban menunjukkan perkara sebaliknya.

Daripada bedah siasat yang dilakukan ini, beliau dapati bahawa wabak ini sebenarnya tersebar melalui udara. Oleh itu, beliau telah mencipta satu topeng kesihatan yang diubah suai daripada topeng muka pembedahan (surgical masks) sedia ada yang sudah digunakan di negara-negara Barat pada ketika itu.

Beliau telah menambah lapisan kain kasa dan kapas pada topeng pembedahan sedia ada yang berfungsi untuk menapis udara. Gérald Mesny, seorang doktor terkemuka Perancis yang datang untuk menggantikan Dr. Wu enggan memakai topeng tersebut dan meninggal beberapa hari kemudian akibat wabak itu.

Selain itu, Dr. Wu juga telah memulakan usaha kuarantin dan mengarahkan usaha pembasmian kuman dilakukan di hospital. Malah, beliau turut mengarahkan bangunan asal tempat rawatan wabak ini dibakar dan pesakit dipindahkan ke pusat rawatan yang baru.

 

Seterusnya, beliau juga telah mencadangkan agar mayat-mayat mangsa wabak ini dibakar dan tidak di tanam. Pada ketika itu, adalah mustahil untuk menanam mayat mangsa wabak tersebut jauh ke dalam tanah kerana tanah yang sedang sejuk membeku akibat musim sejuk.

Oleh itu, mayat biasanya hanya akan dilupuskan dengan merendamnya dalam parafin sebelum membakarnya. Proses pembakaran mayat mangsa wabak ini ternyata menjadi titik perubahan wabak ini apabila bilangan kes yang dilaporkan mulai berkurangan.

Dalam tempoh beberapa bulan kemudiannya, wabak tersebut telah diisytiharkan pupus. Dr. Wu bekerja dalam bidang perubatan sehingga berusia 80 tahun. Beliau ketika itu telah membeli rumah baru di Pulau Pinang untuk persaraannya.

Beliau telah menghasilkan sendiri tulisan autobiografi setebal 667 halaman yang bertajuk “Plague Fighter, the Autobiography of a Modern Chinese Physician” Dr. Wu akhirnya meninggal dunia akibat strok di rumahnya di Pulau Pinang pada 21 Januari 1960.

RUJUKAN:

1. How Malaysian plague fighter Wu Lien-teh laid down lessons for coronavirus. https://www.scmp.com/week-asia/health-environment/article/3048461/how-malaysian-plague-fighter-wu-lien-teh-laid-down 

2. Kisah Doktor Malaysia Yang Menjadi Inspirasi Dalam Penciptaan Topeng Muka Perubatan. https://iluminasi.com/bm/doktor-wu-lien-teh-rakyat-malaysia.html

3. Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Sempena Merdeka, ‘MeReka Merdeka’ Oleh Celcom. https://www.buzzkini.com/trending/2020/08/27/celcom-lancar-filem-pendek-mereka-merdeka-sempena-31-ogos-ini-kisah-sebenar-dr-wu-lien-teh-dalam-video-tersebut/ 

Artikel asal ditulis oleh Mat Hades di Twitter sebelum dinaikkan ke portal The Patriots selepas mendapat keizinan beliau. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Sarjana Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi. Nama Hades menjadi pilihan kerana bercita-cita untuk membawa golongan anak muda keluar dari kanca kegelapan dengan menyantuni ilmu. Ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Menulis bukan hanya untuk dunia, tetapi juga demi akhirat.

Comments are closed.