https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kisah Disebalik Gambar Dubuk Tengah Ratah Gajah

4,914

Beberapa ekor dubuk tengah sedap makan bangkai seekor gajah. Tapi secara tiba-tiba datang 7 ekor singa jantan.

Seekor daripada dubuk tak perasan kehadiran singa-singa tu sebab duk ralit makan. Member-member pulak dah lari dulu tinggalkan dia.

Singa jantan lebih besar saiznya dan lebih kuat berbanding dubuk. Darabkan dengan 7 ekor, memang menempah maut kalau dubuk memilih untuk melawan.

Penyelesaian dubuk adalah.. dengan menyorok dalam bangkai gajah. Bau bangkai gajah membuatkan singa tak sedar akan kehadiran dubuk.

“Mom, i’m scared.. Help me”

Tapi tak lama kemudian, selepas kekenyangan, perhatian singa-singa teralih dan meninggalkan bangkai itu. Lepastu, dubuk tadi berbuat keputusan untuk keluar dari tempat persembunyiannya..

Dubuk kemudian dengan berhati-hati dan perlahan-lahan melangkah kakinya keluar..

*pandang kanan*

“Assalamualaikum Oni-chan”

“Oh fak fak fak fak”

Walau bagaimanapun, singa yang kekenyangan bukanlah haiwan yang pantas.

Menurut jurugambar Stratton Hatfield, Britt Klaassen dan Claudia Haeberling, dubuk tersebut berhasil melepaskan diri.

Oh ya. Cuma nak bagitahu. Terdapat 4 spesies dubuk yang wujud dalam dunia ni. Berikut adalah nama saintifik dan common name dubuk-dubuk tersebut;

– Crocuta crocuta (Spotted Hyena)
– Hyaena brunnea (Brown Hyena)
– Hyaena hyaena (Striped Hyena)
– Proteles cristata (Aardwolf).

Ramai yang sangka dubuk satu famili dengan anjing iaitu Canidae. Tapi sebenarnya dubuk famili Hyaenidae, dalam suborder feliformia (sama dengan kucing). Manakala kucing famili Felidae.

Dubuk memiliki rahang yang sangat kuat, yang mampu patahkan tulang, dan sebab itu mampu makan bangkai. Bahkan, kekuatan gigitan dubuk lagi kuat dari singa jantan. Leher berotot yang besar, tengkorak yang besar. Ini ciri-ciri yang memberikan dubuk kuasa gigitan yang kuat. Selain daripada bentuk giginya, yang walaupun gigi pendek, berupaya untuk mematahkan tulang.

Oh ya dubuk dalam Lion King tu spesis Spotted Hyena.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.