Kisah Cinta Singa Dan Harimau Putih

1,384

Cameron (singa jantan) dan Zabu (harimau betina putih) dilahirkan di sebuah zoo New Hemisphere pada tahun 2000 dan dibesarkan di zoo tersebut hingga tahun 2004. Cameron dan Zabu dibesarkan bersama-sama dengan harapan untuk melahirkan baka gabungan gen singa jantan dan harimau betina iaitu ‘Liger’.

Bagi pemilik zoo, menghasilkan ‘liger’ akan menarik ramai pengunjung yang sanggup membayar harga yang mahal untuk melihatnya. Malah, ada yang sanggup membelinya. Paksaan untuk menghasilkan baka tersebut telah menyebabkan Cameron kehilangan berat sehingga 91 Kg.

Zabu pula sebenarnya bukan hasil kelahiran alam. Harimau putih tidak wujud di hutan liar. Maka, Zabu mempunyai genetik yang lemah. Harimau putih tidak mempunyai kemampuan memburu seperti harimau lain.

Pada tahun 2004, Zabu dan Cameron diselamatkan. Pihak Big Cat Rescue membina penempatan untuk Zabu dan Cameron. Zabu dimandulkan supaya ia tidak melahirkan baka ‘liger’.

Setelah bertahun-tahun tinggal bersama, Cameron sangat ‘possessive’ ke atas Zabu sehinggakan penjaga sukar untuk membersihkan dan memberi makan kepada Zabu. Hal ini disebabkan oleh dorongan testosteron Cameron.

Pihak Big Cat Rescue mempunyai dua pilihan — sama ada memisahkan Zabu & Cameron ataupun memandulkan/dikasi Cameron. Akhirnya, Cameron dikasi.

Beberapa bulan selepas itu, ‘kejantanan’ Cameron jatuh, rambutnya gugur. Tetapi Cameron tidak kisah, malah dia lebih selesa. Zabu pun tidak rasa kekasihnya makin kurang kacak. Tetap menyayangi.

Seperti singa liar, Cameron juga selalunya gemar tidur. Terbalik dengan Zabu yang agak energetik dan bermain. Zabu selalu ganggu Cameron tidur untuk ajak bermain. Cameron malas layan dan Zabu putus asa lalu bermain seorang diri 😂

Cameron mati pada Februari 2019 baru-baru ini kerana kanser hati (liver). Sebelum itu, penjaga telah cuba pelbagai jenis makanan dan pelbagai jenis rawatan untuk memastikan Cameron sentiasa cukup makan. Tetapi tak dapat diselamatkan.

Sebulan selepas itu pada Mac 2019, Zabu pula mati kerana buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mempunyai kemahuan untuk hidup lagi setelah kehilangan Cameron. Pihak Big Cat Rescue percaya Zabu mati kerana patah hati dan telah beberapa hari tidak makan.

Mereka hidup gembira selama 15 tahun. True love

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.