Kisah Romeo dan Juliet sentiasa disebut-sebut seolah-olah itu saja lagenda cinta dalam Dunia Eropah. Hakikatnya karya Romeo dan Juliet hanyalah fiksyen dibuat William Shakespeare sekitar Abad ke-16.

Ada lagi banyak lagenda cinta yang lebih layak diceritakan. Antaranya ialah hubungan Héloïse dan Abelard di Perancis, yang mengukuhkan sejarah kesusasteraan dan arus politik feminisme.

Eloise merupakan anak Hersint yang merupakan bangsawan rendah di Champagne bersama pembantu peribadinya Gilbert.

Dinamakan sempena “kayu suci”, Eloise boleh dikatakan menghabiskan hidupnya di jalan kesucian. Semasa usia muda, beliau tiba di kota Paris dimana beliau sangat terkenal dengan ilmunya.Di sini beliau bertemu dengan Abelard yang menolak tawaran untuk menjadi kesatria demi cita-citanya iaitu ahli falsafah.Dalam catatan Historia Calamitatum, Abelard menceritakan bagaimana beliau cuba memikat hati gadis sunti iaitu Eloise.

Ketika itu Eloise berusia antara 17 hingga 24 tahun, sangat anggun, pintar dan mahir dalam beberapa bahasa. Eloise juga sangat popular di sekitar Perancis, mungkin antara sebab kenapa Abelard sangat terpikat.

Memetik Kuntuman Bunga

Eloise dijaga bapa saudaranya bernama Fulbert. Tekanan hidup di Paris memudahkan kerja Abelard, yang mempelawa Fulbert untuk menetap dalam rumahnya. Jika Fulbert bersetuju, Abelard mampu mengajar Eloise pun.

Fulbert menerima pelawaan ini, yang membuka peluang jalinan cinta antara dua pihak. Hubungan mereka dirahsiakan, sehinggalah Eloise hamil. Dengan pantas Abelard meminta bantuan adik perempuannya Lucilla di Britanny untuk menjaga Eloise.Di sini Eloise melahirkan bayi lelaki yang dinamakan sempena astrolabe iaitu alat navigasi yang menentukan kedudukan Bumi berdasarkan pergerakan bintang. Sejarah hanya mengenangkan nama bayi Astrolabe sahaja.

Tiada siapa tahu apa jadi padanya, melainkan apa yang terkandung dalam surat-surat Eloise kepada Abelard.

Untuk menyejukkan hati Fulbert, Abelard bersetuju untuk menggalas tanggungjawab. Beliau hanya akan berkahwin dengan Eloise secara rahsia berkemungkinan kerana kedudukan Abelard dalam gereja.

Jika semua tahu tentang perkahwinan mereka, tentu sekali Abelard takkan mampu naik pangkat dalam hierarki gereja tersebut. Eloise tidak rela asalnya tetapi termakan rayuan Abelard. Demi kekasih berdarjat, beliau meninggalkan Britanny untuk ke Paris.

Cinta Seorang Wanita

Fulbert tidak merestui perkahwinan ini sebenarnya. Untuk menghvkum Abelard, beliau mengumumkan habis berita perkahwinan ini.

Abelard dalam keadaan gelabah menghantar Eloise ke sebuah rumah agam di Argentuil, suatu kesilapan yang memb4hayakan kelelakian Alberd.

Sangat marah, Fulbert meminta bantuan kawan-kawannya. Mereka pun bersetuju bahawa Abelard sekadar “melvpuskan” Eloise (dengan cara merahibkannya). Jadi mereka pun merancang.

Pada satu malam, Abelard mendapati biliknya dic3robohi satu kumpulan diketuai Fulbert. Mereka menanggalkan seluarnya dan dalam masa sekejap mem0tong kemaluan Abelard.Sangat malu dengan keadaannya, Abelard menghabiskan masanya sebagai biarawan (monk) di Paris. Manakala Eloise pula dipaksa menjadi rahib (nun) sepenuhnya. Dipindahkan ke Champage, Eloise menjadi ketua rahib (prioress).

Eloise tidak bersetuju dengan perbuatan Fulbert kerana suka atau tidak, Abelard masih suaminya. Eloise juga memarahi Abelard kerana meminggirkannya selama bertahun (susulan s3rangan malam tersebut).

Mereka bertukar-tukar surat, yang hanya meremukkan hati Eloise. Abelard tidak mencintai Eloise pun, hanya ingin merasai tubuhnya saja yakni suatu dosa di sisi Tuhan.Ingin berlepas tangan (bukannya boleh melepaskan n4fsu pun), Abelard menyuruh Eloise mengabdikan diri kepada orang yang benar-benar mencintainya, kepada tuhan.

Dalam surat keenam, Eloise takkan lagi menulis betapa s4kitnya hatinya angkara perbuatan Abelard. Surat terakhir mereka berdua mengandungi peraturan yang perlu dipatuhi para rahib.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.