Tersembunyi di sebalik batu-batan dan dikelilingi oleh sebuah ruangan makam purba yang luas di Saqqara, ahli-ahli arkeologi mendedahkan sebuah penemuan yang unik – sebuah makam berusia 4400 tahun milik sepasang suami isteri, anak dan mungkin cucu mereka. Namun, apa yang menjadikan makam ini begitu istimewa adalah lukisan relif yang menggambarkan hubungan percintaan antara mereka berdua; suatu perkara yang tersangat jarang berlaku di Mesir pada Zaman Piramid. Kini, lukisan tersebut telah pun disiarkan dalam warna asalnya untuk tontonan awam.

Makam ini adalah milik seorang paderi wanita yang bernama Meretites, dan suaminya, seorang penyanyi bernama Kahai yang bekerja di istana firaun. “Mungkin, lantaran itu, makam mereka diperindahkan secara khusus dan dihias oleh pelukis-pelukis istana,” ujar Miral Lashien, seorang penyelidik di Universiti Macquarie.

Sememangnya, makam ini dipenuhi dengan lukisan berwarna-warni yang menggambarkan orang sedang menyanyi dan memainkan alatan muzik seperti kecapi (harp) dan seruling. Namun, lukisan yang paling menonjol adalah lukisan di mana pasangan suami isteri tersebut digambarkan saling menatap mata antara satu sama lain, sambil Meretites meletakkan tangan kanannya di atas bahu kanan Kahai.

Walaupun gambaran seperti itu mungkin kelihatan biasa-biasa sahaja bagi pasangan yang telah berkahwin, akan tetapi di zaman Mesir purba, gambaran sebegitu hampir tidak wujud sama sekali. Dari zaman Kerajaan Lama (2649-2150SM) iaitu zaman di mana kedua pasangan itu hidup dan zaman di mana binaan piramid mencapai masa-masa kemuncaknya, terdapat beberapa contoh sahaja gambaran pelukan-saling-berhadap di antara pasangan suami isteri, ujar Miral Lashien. “Saya rasa hal seperti ini mengisyaratkan hubungan intim yang sangat istimewa.”

Makam ini kali pertama ditemui pada tahun 1966 dan disiarkan di dalam sebuah buku tahun 1971. Namun, penemuan tersebut direkodkan dalam imej hitam-putih berkualiti rendah. Oleh kerana itu, pada tahun 2000, sepasukan saintis dari Pusat Kaji Purba Mesir (Egyptology) Australia di Universiti Macquarie kembali semula ke makam tersebut untuk melakukan kajian dan mendokumentasikan hasil-hasil seni yang ada di sana dalam warna penuh.

“Makam ini adalah salah satu contoh hasil seni Kerajaan Lama yang paling berwarna-warni dan pastinya, ia layak untuk diterbitkan dalam warna penuh,” ujar Lashien. Makam ini mengandungi lima buah ‘pintu palsu’ berserta imej-imej si mati. Pjntu-pintu tersebut berfungsi sebagai saluran antara dunia kehidupan dan dunia kematian. Makanan lazimnya diletakkan di hadapan pintu-pintu tersebut agar si mati dapat keluar daripada pintu palsu itu untuk kemudiannya menerima sembah korban berupa makanan itu.

RUJUKAN:

April Holloway. (18 November 2013). A 4400-Year-Old Egyptian Love Story. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-general/4400-year-old-egyptian-love-story-001038


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.