Seniman Dato’ Mustapha Azhari atau Dato’ Mustapha Maarof tidaklah perlu diperkenalkan lagi oleh peminat filem Melayu klasik. Dato Mustapha Maarof dikenali sebagai seorang yang tampan dan juga dikenali sebagai seniman yang sangat romantik.

Rata-rata mengetahui bahawa hubungan di antara Datuk Mustapha Maarof dan Roseyatimah sebagai suami isteri tidak dapat dinafikan lagi. Namun, ramai yang tidak mengetahui bagaimana mereka boleh berkenalan dan seterusnya mendirikan perkahwinan dan kekal hingga ke akhir hayat.

Datuk Mustapha Maarof berasal daripada keluarga yang terhormat. Bapanya, Maarof Zakaria merupakan orang Melayu pertama yang membuka bank tempatan pada 40 an. Pada 1947, ketika mendapat perkhabaran bapanya telah meninggal dvnia, Datuk Mustapha Maarof masih menuntut lagi di Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Roseyatimah atau nama nama sebenarnya Rosnah Binti Jasni pula merupakan anak kepada pasangan Jasni Ahmad, seorang penyanyi yang terkenal dan Neng Yatimah, seorang seniwati yang dikenali sebagai seniwati air mata. Walaupun rata-rata mengetahui Roseyatimah memulakan kariernya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, namun, beliau terlebih dahulu pernah berlakon sebagai watak kanak kanak di dalam filem Antara Senyum Dan Tangis pada tahun 1952.

Datuk Mustapha dan Roseyatimah mula berlakon di dalam satu filem bermula di dalam filem Sri Mersing yang diterbitkan pada 1961. Pada awal perkenalan, Datuk Mustapha hanya mengganggap Roseyatimah hanya sekadar kawan.

Dato Mustapha Maarof dan Nordin Ahmad di dalam filem Sri Mersing

Malah, dia hanya menganggap Roseyatimah ibarat seperti adiknya sahaja. Namun, setelah Datuk Mustapha bepisah dengan isteri pertamanya, perasaan itu mula berubah. Menurut beliau, perasaan itu terjadi sewaktu menjalani penggembaraan filem Mata dan Hati.

Selepas penggembaraan filem tersebut, Datuk Mustapha bersemuka dengan Roseyatimah lalu meluahkan perasaannya terhadap beliau. Ternyata, cinta Datuk Mustapha tidak bertepuk sebelah tangan kerana Rose juga mengaku bahawa dia juga menyimpan perasaan terhadap Datuk Mustapha. Kemudian, Datuk Mustapha bertemu dengan Mak Neng dan Wak Jasni untuk menyatakan hasratnya untuk dijadikan Rose sebagai isteri.

Roseyatimah bersama bapa dan ibu nya, Jasni dan Neng Yatimah

Pada mulanya, Datuk Mustapha berasa sangsi kerana bukan mudah untuk Mak Neng Yatimah menerimanya sebagai menantu kerana status beliau sebagai duda. Beliau juga berasa agak takut untuk menyatakan hasratnya kepada Wak Jasni kerana keperibadian beliau yang agak garang.

Roseyatimah bersama ibunya, Neng Yatimah.

Akan tetapi, Wak Jasni bersetuju dengan hasrat beliau itu melalui perantaraan seorang kawan Datuk Mustapha. Kata Datuk Mustapha, walaupun Wak Jasni itu nampak luarannya garang, tetapi hatinya baik..

Selepas itu, mereka berdua pun selamat diijabkabulkan di rumah Mak Neng Yatimah di Lorong Senyum, Changi Road. Jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dan selepas Roseyatimah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1987. Datuk Mustapha tidak mahu berkahwin lagi walaupun ada wanita cuba mendapatkan beliau, kerana baginya, Roseyatimah ialah cintanya yang terakhir.

Suasana ketika majlis perkahwinan Dato Mustapha Maarof dan Roseyatimah

Fakta ini disokong oleh Datuk Maria Menado. Menurut beliau  selepas kem4tian Roseyatimah, pernah beberapa wanita cuba untuk melamarnya, namun beliau menolak lamaran tersebut dan sebolehnya tidak mahu berbual mengenai hal itu.

Kisah cinta ini juga ternyata benar, setelah 27 tahun berpisah di dunia, akhirnya Roseyatimah dan Dato Mustapha Maarof disatukan kembali. Lebih manis, kedua-dua legenda ini dikebvmikan bersebelahan di Tanah Perkvbvran Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.