Kisah Berudu Yang Makan Ikan Lahap Macam Piranha

3,193

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kau rasa haiwan apa yang sedang makan bangkai ikan kap ni?

Ikan piranha?
Ikan keli?

Jawapannya berudu.

Mungkin penampilannya tidak lah menakutkan seperti sekumpulan ikan piranha.

Namun, berudu katak kuak dari spesies Lithobates catesbeianus sangat mirip dari segi sifat pelahapnya dengan ikan dari Amazon itu.

Bila dah makan banyak, dah tentu la gemok. So ini lah rupa katak kuak Lithobates catesbeianus dewasa.

Berat katak ni boleh mencapai 500-800 gram. Dan berkemampuan untuk hidup 8-10 tahun.

Katak kuak dikenali untuk memakan apa sahaja yang mampu dimuatkan ke dalam mulut.

Ular, katak lain, tikus, burung pun jadi mangsa.

Walaupun kini haiwan ini dapat ditemukan di beberapa buah negara seluruh dunia, Lithobates catesbeianus berasal dari bahagian timur Amerika Utara.

Walau bagaimanapun, katak ini dianggap sebagai spesies invasif di negara-negara yang bukan habitat asalnya.

Malah di beberapa negeri Amerika Syarikat sendiri, katak ini dianggap sebagai spesies invasif.

Spesies invasif tu apa?

Spesies invasif adalah mana-mana spesies haiwan yang bukan asal di sesuatu lokasi.

Selain itu, spesies invasif berkeupayaan untuk merosakkan ekosistem, ekonomi, atau memberi kemudaratan kepada manusia.

 

Contoh spesies invasif di Malaysia adalah ikan keli Afrika atau ikan keli gergasi Mekong.

Ikan keli gergasi Mekong turut dikenali sebagai Ikan Patin Mekong sebab rupanya hampir sama.

Di habitat asal, ikan-ikan spesies invasif ini tinggal di sungai yang sangat panjang (ribuan kilometer) dan dalam, serta berarus deras.

Di habitat asalnya juga, ikan-ikan invasif ini ada pemangsa yang dilengkapi dengan ‘fizikal’ yang terbaik untuk memburu ikan tersebut.

Tetapi bila diperkenalkan di Malaysia yang sungainya sekitar ratusan kilometer, arus sungai yang lebih tenang, dan ketiadaan pemangsa, membuatkan ikan spesies invasif tersebut bermaharajalela.

Mengapa? Sebab dalam bahasa mudahnya, keadaan yang disebutkan di atas, membuatkan jumlah spesies invasif menjadi lebih banyak.

Jumlah populasi yang semakin meningkat memerlukan lebih banyak makanan yakni ikan asal.

Ikan-ikan spesies invasif ini pula pelahapnya memang tak boleh bincang. Mentekedarah aja kerjanya.

Maka habislah terancam kewujudan spesies-spesies asal.

Asalnya pasal katak, tapi dah menyimpang sikit. Maaf la yaSmiling face with open mouth and cold sweat. Harap bermanfaat.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.