Kisah Benar Lelaki Penyelamat Sejujur Drama Nur

0
1155
views

Hidayah ialah hadiah yang mahal. Tak semua insan bernasib baik mereguknya. Namun, hidayah tidak datang melayang tanpa pengorbanan. Susah payah ialah harga hidayah. Barangkali kerana ini, tidak semua lelaki berani menjulang obor dakwah lantaran tak kuat menanggung api mujahadah. Dunia masih belum kiamat. Masih ada lelaki-lelaki pelindung yang sedia menarik hamba tuhan yang tersadung. Selagi matahari belum timbul dari barat, jangan berputus asa daripada rahmat.

Pelacuran ialah pekerjaan kotor tertua dunia. Pelacur berzina untuk memperoleh wang. Zina ialah satu dosa yang berbahaya. Siapakah yang sanggup hidup hina sebagai pelacur. Mungkin enak pada awalnya. Tapi sepertimana semua dosa lain, dosa pasti menjemput nista. Pelacur hidup dalam penghinaan. Cop pendosa seperti melekat di dahi.

Bergelumang dosa siang malam, melayan nafsu syahwat jantan, dicemuh sehari-harian, siapakah yang sanggup hidup selama-lamanya begini? Pasti ada perempuan-perempuan di lorong belakang yang mahu keluar dari kehidupan gelap ini. Pasti pernah terdetik di hati mereka untuk berubah, pasti ada meski sesaat cuma.

Jikalau Rasulullah tidak pernah berputus asa mengajak manusia mengenal Allah,
Begitulah seharusnya kita sebagai umat Muhammad yang digelar sebaik-baik ummah.
Dinobat sehebat-hebat ummah lantaran dakwah.

“Kalian adalah umat yang terbaik dikeluarkan untuk manusia, memerintahkan yang ma’ruf, mencegah yang munkar, dan beriman kepada Allah. “
(QS. ALI ‘IMRAN: 110)

Lelaki-lelaki pelindung ini sedar,
rahmat Allah tidak mengenal siapa.
Kasih sayang-Nya meliputi segala-galanya. – Ustaz Ebit Lew

Tiga catatan misi dakwah Ustaz Ebit Lew diambil dengan izin beliau.
credit kepada:
https://www.facebook.com/profile.php?id=10000324876039

Misi Dakwah 1

Baru ini saya dakwah sekumpulan maknyah di sebuah lorong di kl. Beri salam dan tanya khabar. Selepas berbual-bual mereka tanya saya. Wah ustaz bercahaya muka ustaz sanggup dakwah kami. Tak takut ke ustaz. Ustaz orang baik. Kami orang jahat..semua jahat.

Saya cakap pada mereka saya tak nampak orang jahat melainkan saya cuma nampak orang baik. Pewaris Al -Quran dan sunnnah Nabi saw.

Kami orang jahat. Ustaz orang baik..

Saya jawab saya budak jahat. Semua kita buat silap. Tapi yang terbaik yang minta ampun. Saudara mulia kerana Allah sayang. Dia sayang. Dia jumpakan kita. Dia sedang lihat kita. Allah ingin saudara semua bahagia di dunia dan masuk syurga.

Seorang cakap kami buat dosa. Hidup jahat macam ni. Kami tak solat.Tapi ustaz kata kami baik. Seorang nangis. Dia kata kenapa Allah sayang kami. Kami jahat..kenapa kata baik…

Saya jawab kamu baik sebab Allah sayang..Beberapa orang ikut sama-sama iktikaf di masjid. Mereka dengar nasihat. Mereka suka dengar. Ada yang menangis. Betapa ramai manusia dahaga hidayat. Rindukan nak sebut nama Allah. Rindu nak jumpa Allah.

Semua orang baik. Yang tak baik saya.

Kata Habib Umar hari ni pendakyah berkorban sampai ada yang tinggal sana sangat lama. Sehingga berdebu. Sanggup susah. Perkara bathil orang korban. Tapi kurangnya orang Islam berkorban demi Islam ini. 3 perkara utama dalam agama ini. Tilawah/ dakwah…kedua Ta-lim dan Tazkiyah. Dakwah sehingga sahabat rhum tenggalamkn kuda dalam laut. Dan berkata Ya Allah jika ada lagi manusia di sana nescaya kami akan sampai. Hidupkan majlis Ta’lim. Majlis ilmu. Dan Tazkiyah. Ada 3 orang buat amal besar tapi masuk neraka. Sebab buat bukan untuk Redha Allah. Kita hanya dambakan Redha Allah. Itulah penentuan segalanya. Redha Allah.

Ada 7 bilion manusia. 5 bilion tak kenal tuhan. Ayuh kita pimpin tangan semua ke syurga Allah. Ajak semua orang Islam bangun baiki diri dengan dakwah, ta’lim dan tazkiyatunafs..

Pimpin untuk sukakan Allah. Maknyah semua baik. Gay lesbian semua boleh di dakwah kepada Allah..Semua lelaki dan wanita baik. Bila balik pada Allah, dia beri kita bahagia. Bahagia tnpa syarat.

Ya Allah berilah bahagia yakni hidayah dalam hati semua anak muda yang jadi pelacur di jalan ini, manknyah, gay lesbian, dan semua orang Islam dan bukan hidayah kepada orang bukan Islam juga. Beri bahagia yang sebenarnya-ebit lew @kenangan bersma Habib umar Al Hafidz dan Habib Ali Zainal Abidin. Jemput sama-sama minggu ini mendengar nasihat Habib Umar yang datang dari yaman.

#www.transformjiwa.com
#28nov-1dis kl dan 5-7 dis Jb

Misi Dakwah 2

Tadi masa bawa anak berjalan dan sedang main-main dengan anak-anak. Seorang wanita dari dari luar negara tanya saya tentang Islam. Sebab dia tengok saya pakai jubah dan kopiah. Katanya mak ayah saya Islam. Tapi saya dah tinggal semua tu sekian lama. Tapi saya masih percaya tuhan. Saya kerja sebagai GRO. Kalau saya mati di mana tempat saya? Saya dah bosan hidup macam ni. U pernah jumpa orang macam i tak? Mesti belum pernah kan..ni seorang anak saya. Saya jaga seorang diri.

Allah sayang saudari.

Saya nak cerita zaman sekarang kisah seorang wanita ibu ayam/pembekal pelacur sepanjang hidup beliau.

Satu hari anaknya bawa balik satu cd ceramah seorang guru dan alim besar saya sangat sayang hadiah dari kawannya.

Ibunya terdengar dan suruh anaknya ulang lagi. Sehingga banyak kali dia ulang. Dia tanya, anaknya di mana kamu dapat cd ini..siapa penceramah ini. Anaknya didakwah dan diberikan oleh seorang pelajar madrasah di Masjid…

Dia jumpa pelajar tadi dan tanya isi ceramah pasal taubat. Allah sudi ampunkan semua dosa saya.Betul ke? Allah sudi ampunkan dosa hambanya walau banyak mana pun. Walau memenuhi langit dan bumi. Memenuhi buih dalam laut.

Jawab pelajar tadi. Iyer. Semua dosa. Apa sahaja. Kata wanita tadi kamu tidak tahu dosa aku. Tapi hari ini kamu jadi saksi aku bertaubat segala dosa aku dari dulu sehingga hari ini.

Wanita bertaubat tadi. Dia solat tarawih di masjid. Dia asyik menangis. Dalam tangisannya dia bertaubat. Ramai orang dengar dia menangis.

Malam 29 Ramadhan selepas solat dia berdoa kuat dan menangis. Ya Allah, seluruh hidupku dengan dosa yang amat besar. Ya Allah jika kau terima taubatku. Ambil lah aku mengadapMu. Ya Allah jika kau terima aku ambilah aku..

Dia meninggal dalam doa itu selepas solat malam 29 Ramadhan..

Kakak yang bertanya saya soalan itu telah menangis. Katanya Allah ni baik yer..saya akan berusaha untuk solat dan taubat. Dah lama saya tak dengar semua ini..
Sebenarnya saat sujud padanya itulah

Kita belum tahu kesudahan kita. Rasa nak menangis dengan dosa dan kezaliman diriku yang terlalu banyak, sedangkan Allah maha penyayang dan terlalu baik pada kita semua.Maha suci Allah..-ebit lew

Misi Dakwah 3

Tengah malam habis ceramah live tv al hijrah. Pusing berdua dengan staf saya di kl macam biasa. Sekali nampak anak-anak ini lepak dekat kl. Tengok jam dah pukul 12malam..

Terus singgah berhenti kereta. Saya turun dulu. Suh kawan saya yang selalu drive cari parking. Sampai-sampai ada beberapa anak ini yang saya pernah jumpa sebelum ini. Terus beri salam. Mereka datang dan peluk saya. 10 remaja lelaki. 2 remaja perempuan.

Saya tanya dah makan. Jom belanja makan. Jom ustaz lapar belum makan. Duduk mana ni? Ada yang dari selayang,wangsa maju,danau, cheras. Merata-rata tempat tinggal mereka.

Sedih lak. Ramai yang ukir tatu kat belakang. Walau tatu tak kekal. Mereka lukis belakang badan kawan-kawan. Ada yang lukis kat tangan. Masing-masing order makanan dan air. Mereka malu-malu bila nak order. Sebab mungkin risau nak order. Bila makan, saya mula suap mereka. Mereka happy jer kena suap. Wah ustaz makan suap-suap. Kata yang perempuan 2 orang tu. Ish, suap lelaki jer..hehe..

Saya kata jom solat. Ustaz,mandi wajib pun belum dah lama tak mandi wajib. Ada yang bau rokok. Ada yang bau gam. Sedih gak kecil-kecil lagi. Tapi mereka semua baik-baik sangat. Benar bila dalami mereka semua ada masalah keluarga. Tekanan hidup dan jiwa anak yang ingin kebebasan. Mereka kadang-kadang salah pilih jalan.

Saya dah try beberapa kali. Bila ajak naik kereta memang diaorang suka. Wah best kereta ustaz. Tak pernah naik kereta macam ni..

Saya kata adik tidur mana malam ni. Mulalah dengar gurau mereka. Tapi sedih campur risau. Ada kata, tidur rumah Dato gay ini lah. Siap nak beli anak ini rm3k. Ada rm10k. Sebab ada antara mereka yang ada rupa. Ya Allah.sedihnya dengar..Tidur rumah nyonya ibu ayam ini lah. Walau bergurau tapi saya risau dengar..saya pernah lihat mereka beberapa kali tidur tepi bank. Tidur tepi bangunan. Sedih sangat rasa..ya Allah..

Jom ustaz check inn kan hotel nak tak. Jom. Diaorang semua suka. Pergi hotel pertama tak bagi sebab ramai sangat. Alhamdulillah last hotel dapat sewa. 2 katil king. Rm220. Kami pun masuk bilik. Macam pergi camping. Dan 2 remaja tu beri bilik kecil yang lain..tapi dekat-dekat..

Masuk jer bilik mereka gilir-gilir mandi. Ada seorang kasut dah tercabut. Ada seorang tu baju itulah dia pakai setiap kali jumpa. Lama mereka mandi. Mandi ramai-ramai. Haha..seram juga..macam duk asrama. Tuala ada 3 jer..baju sehelai sepinggang. Masa tunggu mandi mereka buka tv ada program agama. Mereka tengok Hafiz dan hafizah Al-Quran. Seorang cakap. Mak saya ada cuba hantar saya ke sana. 2 hari saya lari ustaz. Saya takutlah. Eleh..kata kawannya. Seorang remaja perempuan tu kata namanya macam ustazah dekat tv tu. Nanti saya leh jadi camtu tak. Saya kata lebih dari itu lagi adik. Adik baik bertudung cantik. Nanti Allah bagi jadi macam ustazah tu..

Habis mandi kami solat. Semua solat dengan tertib. Sedap seorang tu iqamah. Lepas solat,saya beri tazkirah dan dengar kisah hidup mereka. Sedih dengar. 2 remaja ini lepas sesi tu asyik senyap. Dia menangis. Saya peluk. Seorang baru 14. Seorang lagi 16 tahun. Dengarlah kisah remaja. Orang ini ajak bergaduh lah. Putus cinta lah. Masalah macam-macam. Sedihkan..siapa sangka dikala umur begitu segala susah datang..

Lepas solat dan berbual. Mereka lapar. Saya turun bungkus nasi goreng ayam dan milo ais. Mereka makan. Lepas tu semua lena…

Masa tengok anak ini lena. Saya tak boleh tidur. Saya cuma menangis. Kerana ramai anak begini di luar sana. Ujian dan tekanan hidup. Menangis dan otak saya tak berhenti fikir semua ini..

Mungkin sekali tengok semua orang takut tengok remaja begini. Tetapi bila mereka makan,tidur, berbual mereka cuma anak-anak yang dahagakan kasih sayang dan didikan..

Ya Allah maafkanlah diriku. Ini semua salah diriku kerana tak bersungguh berdakwah. Ya Allah maafkanlah kami semua. Bimbinglah semua anak remaja kami.

Saya yakin dengan iman dan sunnah manusia akan jadi baik. Sebab Allah yang jadikan manusia. Setakat ini saya tak jumpa lagi orang tak boleh jadi baik jika mereka mula niat baiki diri, berusaha belajar, dan duduk dalam suasana iman. Tapi biasalah kita lebih sibuk nak jaga hati orang dan korbankan anak bangsa kita. Terlupa remaja Islam ini akan jadi baik dengan Islam Khair. Saya redha. Saya akan teruskan cari mereka sikit-sikit begini. Ya Allah mudahkanlah semuanya.. Pohon doa semua. Itu lagi berharga dari segala isi dunia. Doa saudaranya untuk saudara Islamnya…

Doa tuan puan sangat berharga buat saya. Mereka semua baik-baik. Doakan saya juga untuk buat resort buat anak-anak gelandangan ini.

Sesiapa yang ingin infak buat kasih umat melalui akaun:
8603306241 (CIMB)
kasih umat training

Waqaf Saham

Al-Alim al-Allamah Muhaddits al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani Rahimahullahu Ta’ala. (1850-1935)

Di sebuah majlis ilmu, seorang ulama’ tiba-tiba berhenti membacakan hadis. Jeda mengisi masa. semua murid terpinga-pinga.

“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar. Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” tanya syeikh itu.

“Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami, moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

“Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan, adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”, jawab murid tersebut dengan intuisi.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”, seorang murid yang lain bertanya ingin tahu.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”, jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit, masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah menjangka bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini. Kalau begitu tidaklah mengapa. Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.” Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan. Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut. Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu. Daripada tuan guru yang dicerca, biarlah murid berkorban buat murabbi tersayang.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku (nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya itu.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan kehairanan. Mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini. Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan. Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut. Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu, saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian. Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala”.

Terkejut para pelacur itu apabila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara’ tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka. Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar dari kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafas lega.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.

Keesokkan paginya, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat subuh di masjid Tuan Guru. Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah Ta’ala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini. Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.

Syeikh Abdul Djalil Mustaqim/Mbah Jalil

Di serambi pondok, Mbah Jalil dan santri sepuh Mbah Soleh sedang duduk berbual-bual.. Tidak begitu lama datang seorang tetamu perempuan yang cantik. Tudungnya yang tudak dilitup rapi menunjukkan bahawa wanita ini tidak terbiasa berbusana muslimah,

“Assalamu’alaikum…pak kiyai Jalil ada ?” sapa wanita itu.

“Wa’alaikumussalam…iya saya sendiri….” jawab Mbah Jalil,

“Begini kiai, saya ini seorang pelacur, minta didoakan biar saya ini laris seperti dulu lagi, sudah beberapa minggu ini langganan saya sepi…”

Mbah Jalil tersenyum, beliau berkata:

“Iya akan saya doakan.”

Mbah Jalil mengangkat tangannya dan berdoa, sedang wanita pelacur ini dengan khusyuk mengamini. Tampak mbah sholeh yang duduk disamping mbah Jalil mengerutkan keningnya merasa penasaran melihat sikap mbah Jalil.

Setelah wanita itu pergi, mbah Sholeh lansung bertanya kepada mbah Jalil.

“Ngapunten kyai, kok Mbah Jalil, itukan pelacur kyai, semakin laris semakin banyak kemaksiatan yang terjadi..”

Dengan santainya Mbah jalil menjawab:

“Aku jadi ngerti leh, biarpun wanita tadi minta doa pelaris, aku tidak mendoakan itu..”

“Terus mbah kyai tadi doa bagaimana?”

“Aku doakan biar wanita tadi diberi hidayah oleh Allah dan diberi rizqi yang halal” jawab Mbah Jalil.

Setelah dari Mbah Jalil wanita pelacur ini langsung laris lagi, dulu sewaktu masih laris biasanya dia menerima langganan 5 orang tiap hari tapi sekarang bisa mencapai sepuluh 10 orang, orang jawa bilang “kebacut larise”.

Pertama wanita ini tampak begitu senang karena sangat laris tapi lama-lama kewalahan karena begitu banyak pelanggan yang menggasak dirinya, wanita ini sangat tersiksa dengan kondisi sangat larisnya ini, tubuhnya terasa capek dan tulangnya serasa copot semua.

Dimalam-malam berikutnya wanita ini mulai sering teringat dengan Mbah Jalil dan keampuhan doanya, wanita ini tetap mengira Mbah Jalil mendoakan pelaris pada dirinya padahal tidak begitu. Wanita ini berhari-hari merenungi dirinya, wanita ini merasa bahawa Allah masih mengasihinya, dengan bukti bahwa Mbah Jalil yang seorang kyai masih mau menerima dan mendoakan dirinya walau dirinya seorang pelacur.

Wanita ini mulai malu kepada Allah. Bagaimana diri membalas kenikmatan Allah dengan kemaksiatan, ia akhirnya bertekad untuk taubat bertalaqqi di kaki Mbah Jalil. Ketika mbah melihat kedatangan wanita ini, cepat-cepat beliau memanggil Mbah Sholeh untuk mendampinginya. Wanita pelacur ini akhirnya ikrar tobat dihadapan Mbah Jalil dan nyantri kapada beliau, Mbah Jalil lalu memberi awrad zikir kepadanya. Setelah wanita ini berpamitan Mbah Jalil berkata kpd mbah sholeh

“Kamu kenal wanita tadi….?”

“Mboten yi…” jawab Mbah Sholeh.

“Itu wanita yang dulu pernah ke sini minta doa pelaris…” kata Mbah Jalil.

“Masya Allah jadi wanita tadi yang pelacur dulu, kok sekarang jd beda …” kata Mbah Sholeh hairan.

“Iya dia sekarang memangg sudah tobat…” jawab Mbah Jalil.

Sultan Murad IV

(Direkod oleh Syaikh Al Musnid Hamid Akram Al Bukhory)

Di dalam buku hariannya Sultan Turki Murad IV mengisahkan, bahawa suatu malam dia merasa gundah yang amat, ingin tahu apa penyebabnya. Maka sultan memanggil ketua pengawalnya dan memberitahu apa yang dirasakannya.

“Mari kita keluar sejenak”.

Di antara kebiasaan sang Sultan Murad IV adalah menyelinap masuk ke perkampungan di malam hari dengan cara menyamar.

Mereka pun pergi, hingga tibalah mereka di sebuah lorong yang sempit. Tiba-tiba, mereka menemukan seorang laki-laki tergeletak di atas tanah. Sang Sultan menggerak-gerakkan lelaki itu, ternyata ia telah meninggal. Namun orang-orang yang lalu lalang di sekitarnya tak sedikitpun mempedulikannya.Sultan pun memanggil mereka, mereka tak menyedari kalau orang tersebut adalah Sultan.

Mereka bertanya: “Apa yang kau inginkan?.

Sultan menjawab: “Mengapa orang ini meninggal tapi tidak ada satu pun di antara kalian yang mahu mengangkat jenazahnya? Siapa dia? Di mana keluarganya?”

Mereka berkata: “Orang ini Zindiq , suka menenggak minuman keras dan berzina.”

Sultan menjawab: “Tapi . . bukankah ia termasuk umat Muhammad shallallahu alaihi wasallam? Ayuh angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya”.

Mereka pun membawa jenazah laki-laki itu ke rumahnya.Melihat suaminya meninggal, si isteri pun pun menangis. Orang-orang yang membawa jenazahnya langsung pergi, tinggallah Sultan dan ketua pengawalnya.Dalam tangis’nya sang istri berucap kepada jenazah suaminya:

“Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau termasuk orang yang soleh”.

Mendengar ucapan itu Sultan Murad terkejut.. “Bagaimana mungkin dia termasuk wali Allah sementara orang-orang membicarakan tentang dia begini dan begitu, sampai-sampai mereka tidak peduli dengan kematiannya”.

Sang isteri menjawab: “Sudah kuduga pasti akan begini. Setiap malam suamiku keluar rumah pergi ke kedai-kedai minuman keras, dia membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu di bawa ke rumah lalu ditumpahkannya ke dalam tandas, sambil berkata: “Aku telah meringankan dosa kaum muslimin”.

Dia juga selalu pergi menemui para pelacur, memberi mereka wang dan berkata: “Malam ini kalian sudah dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi. Kemudian ia pulang ke rumah, dan berkata kepadaku: “Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam.”

Orang-orang pun hanya menyaksikan bahwa ia selalu membeli khamar dan menemui pelacur, lalu mereka menuduhnya dengan berbagai tuduhan dan menjadikan’nya buah mulut. Suatu hari aku pernah berkata kepada suamiku: “Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mau memandikan jenazahmu, mensolatimu dan menguburkan jenazahmu.”

Ia hanya tertawa, dan berkata: “Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolati oleh Sultan’nya kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya”.”

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata: “Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, dan besok pagi kita akan memandikan’nya, mensolatkan’nya dan menguburkan’nya”.

Demikianlah, akhirnya proses penyelenggaraan jenazah laki-laki itu dihadiri oleh Sultan, para ulama, para masyaikh dan seluruh masyarakat.

Pelacur & anjing

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

“Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke telaga dan minum. Ketika dia keluar (naik dari telaga), ternyata ada seekor anjing sedang menjelirkan lidahnya menjilat tanah basah kerana kehausan. Dia berkata, ‘Anjing ini kehausan seperti diriku.’ Maka dia mengisi kasutnya dan memegang dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kita boleh meraih pahala dari binatang?” Beliau menjawab, “Pada setiap hati yang basah terdapat pahala.”
[HR Bukhari no 2363 dan Muslim no 2244]

[2] Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw bersabda :
“Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing yang mengelilingi perigi pada hari yang panas terik. Anjing itu menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu menimba air dari perigi dengan kasutnya, maka dia diampuni.”
[HR Muslim no 2245]

[3] Dalam riwayat Bukhari dari Abu Hurairah ra :
“Seorang wanita pelacur diampuni. Dia melintasi seekor anjing di bibir perigi yang sedang menjelirkan lidahnya. Nabi saw bersabda, ‘Ia hampir mati kerana haus. Lalu wanita itu menanggalkan kasutnya dan mengikat dengan kerudungnya dan menimba air dengannya untuk anjing itu. Dia diampuni kerananya.”

Taubat
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka.”
(QS. Ali Imran: 135)

“Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni dosa-dosamu yang lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu sampai ke awan langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa sepenuh bumi dan kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatupun, niscaya Aku datangkan utukmu ampunan sepenuh bumi pula.”
(HR. At-Tirmidzi)

“Setiap anak adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat.”
(HR At Tirmidzi)

Pelacuran tetap satu pekerjaan yang salah.

Zina tetap dosa. Janganlah pula kita memandang rendah pada dosa zina. Dalam masa yang sama, ketahuilah bahawa seseorang itu boleh berubah di akhir usianya bila hidayah Allah menerpa. Manusia boleh berubah. Allah boleh menerima taubat hamba-hamba-Nya. Syurga dan neraka bukan di tangan kita. Ia di tangan Allah. Yang paling penting, jangan berputus asa menarik manusia dari kancah dosa kepada mehrab cahaya.

Lelaki-lelaki penyelamat ialah astrolab taubat. Menghulur tangan memeluk rahmat.

Rujukan
1. Quran
2. Hadis Nabawi
3. https://www.facebook.com/profile.php?id=10000324876039
4. http://inilahjalansufi.blogspot.com/2014/09/kisah-dakwah-ulama-kepada-pelacur.html?m=1
5. http://sufiallusiy.blogspot.com/2016/05/syeikh-abdul-djalil-mustaqim.html?m=1
6. https://saidila.com/2016/05/ternyata-sang-pemabuk-dan-penzina-itu-wali-allah.html/
7. http://www.indahnyaislam.my/2016/03/soal-jawab-agama-kisah-wanita-dan-anjing/

Previous articleBattle Of Potolva: Sweden Kalah Di Tangan Rusia
Next articleSejarah Pengkelasan Darah
Graduan Darul Quran JAKIM. Ahli grup Pena Ilmiah (sQQr). Pemuisi yang patah hati. Khadam mashayeikh yang gigih bertatih, terjatuh dan bangkit kembali dalam mengenali adab & ilmu. Obses terhadap dunia penulisan, puisi dan sejarah. Believe in love like always do.
SHARE