Legenda banjir terawal dalam dunia mitologi berasal-usul dari masyarakat Sumeria, yang boleh dijejak kembali tarikhnya pada tahun 200 Sebelum Masihi. Teks yang ditemukan dalam tablet-tablet tanah liat Sumeria membekalkan kepada kita cerita-cerita tentang asal-usul manusia dan penciptaan manusia, serta campur-tangan para dewa.

Dua belas ratus tahun belum pun berlalu ketika daratan diperluaskan dan manusia berkembang-biak. Daratan memekik laksana seekor kerbau, Dewa terganggu dengan pekikan mereka itu. Enlil mendengar kebisingan mereka, dan berkata kepada dewa-dewi ulung, “Kebisingan manusia ini sudah melampau bagiku, sehingga menghalang aku dari tidur. Cantas bekalan buat manusia-manusia itu, biarkan kegersangan menimpa hidupan bumi sehingga kelaparan mereka tidak dapat dipuaskan.

Adad (satu lagi dewa pelindung) menahan hujannya, dan di bawah, banjir (pembanjiran tanah secara lazim yang membuatkan daratan menjadi subur) tidak lagi hadir. Biarkan angin bertiup dan mengeringkontangkan bumi. Biarkan awan-awan menebal tanpa menurunkan setitis pun hujan. Biarkan ladang-ladang tidak mengeluarkan tuaian. Jangan biarkan ada satu pun kegirangan dalam kalangan mereka.” – Daripada buku William Bramley, The Gods of Eden.

Di dalam mitos, diceritakan bahawa para dewa naik murka dengan kebisingan yang dibuat oleh manusia, justeru memutuskan untuk menghancurkan manusia. Sudah tentu, ‘kebisingan’ ini juga boleh difahami sebagai segala sesuatu tindakan yang melanggar kehendak ‘para dewa’ ataupun mengingkari kuasa mereka, sebagaimana yang disebutkan dalam Kitab Kejadian dan mitologi-mitologi lain, seperti mitos Bencana Ra.

Malahan, kita juga dapat menyaksikan kek3jaman dan sifat menggemari kemusnahan dalam kalangan para dewa, iaitu satu lagi elemen lazim yang terdapat dalam mitos-mitos sebegini. Dalam sebuah tablet Assyria yang lain, kita dapat menemukan pernyataan ini:

Perintahkan supaya berlakunya wabak,
biarkan Namtar mengurangkan kebisingan mereka.
Biarkan wabak, penyakit dan segalanya,
ditiupkan kepada mereka laksana tiupan beliung.
Mereka mengeluarkan perintah dan makanya berlakulah wabak.
Namtar mengurangkan kebisingan mereka.
Wabak, penyakit dan segalanya,
ditiupkan ke atas mereka laksana tiupan beliung
.” – Daripada buku William Bramle, The Gods of Eden.

Dalam tablet-tablet Sumeria, disebutkan bahawa sejurus sebelum berlakunya banjir, ‘para dewa’ meninggalkan bumi untuk berlindung di langit dan hanya kembali selepas berakhirnya banjir.

Kisah Nuh (Noah) menggambarkan cerita yang sama sebagaimana yang terdapat di dalam Epik Gilgamesh, yang usianya mendahului Al-Quran dan Bible. Menurut epik tersebut, dewa Enki (atau Ea) didakwa sebagai pencipta manusia, makhluk yang sangat dikasihinya. Enki mendekati seorang manusia yang bernama Utnapishtim (atau Atra-hasis sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah tablet bernama Kejadian Eridu, atau Ziusudra) dan mendedahkan kepadanya tentang rancangan para dewa, memaklumkan kepadanya tentang bagaimana untuk membina sebuah kapal dan mengatasi rancangan para dewa.

Selepas banjir surut, Utnapishtim menghantar tiga ekor burung berbeza (merpati, burung walet dan gagak) untuk mencari daratan. Sebaik beliau tiba di daratan, Utnapishtim melakukan sembah korban kepada para dewa.

Beberapa dewa menemukan Utnapishtim dan manusia-manusia lain yang terselamat, dan di atas rasa belas kasihan, mereka tidak membvnuh mereka sebaliknya memindahkan mereka ke tempat lain untuk meneruskan kehidupan.

Jelas sekali bahawa di dalam mitos-mitos masyarakat Babylon, para dewa mencipta bencana banjir dan para dewa juga menyelamatkan seorang manusia yang patuh; namun sekali lagi, lebih ramai manusia yang terselamat daripada banjir itu.

Persoalannya, adakah mungkin banjir ini benar-benar berlaku? Jawapannya adalah iya. Sekitar tahun 10 000 SM, berlaku suatu perubahan pada paksi bumi yang berpunca oleh peningkatan ais di kedua-dua kutub.

Hal ini mengakibatkan pencairan ais sekaligus meningkatkan paras laut, dan seterusnya menimpakan banjir di seluruh dunia; namun, banjir tersebut tidak menghapuskan manusia dari muka bumi, dan sejumlah besar manusia terselamat.

Ahli geologi yang bernama William Ryan dan Walter Pitman dari Universiti Columbia mengemukakan bahawa pada penghujung zaman Ais lewat sekitar 7000 tahun yang lalu, berlaku sebuah banjir besar di Timur Tengah akibat kenaikan paras laut

Jika kita mengambil catatan tentang tablet-tablet Sumeria ini, banjir yang disebutkan di dalamnya berkemungkinan berlaku sekitar tahun 3000 SM, yang mana tempoh ini tidak bersamaan dengan perubahan kutub terakhir itu.

Atau, adakah terdapat banjir-banjir lain yang berlaku selepas perubahan kutub terakhir, sebagaimana yang dikatakan oleh pendeta Mesir kepada Plato bahawa beliau berpendapat bahawa banyak banjir berlaku sebelum berakhirnya tamadun Atlantis dan mitos banjir besar Yunani Deucalion?

TERJEMAHAN:

April Holloway. (20 Mac 2013). The great Flood through the Sumerian Tablets. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/human-origins-folklore/great-flood-through-sumerian-tablets-00240


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.