Pada Tahun 1180, Sybilla of Jerusalem, kakak sulung Raja Jerusalem mengahwini Guy of Lusignan, dan mereka bertindak sebagai Penguasa Jerusalem semasa Raja Baldwin IV terlantar sakit akibat kusta.

Pada tahun 1185, Raja Baldwin IV mangkat dan tempatnya digantikan oleh Raja Baldwin V, anak Sabylla yang baru berusia 11 tahun. Kemangkatan Raja Baldwin IV memberikan ruang kepada Raymond yang bertindak sebagai Penguasa Sementara Jerusalem untuk membuat perjanjian damai dengan Salahuddin selama 4 tahun.

Setahun kemudian, Raja Baldwin V m4ngkat menyebabkan Sybilla menaiki takhta dan Guy of Lusignan menjadi Penguasa utama. Kegopohan Guy of Lusignan menyokong Reynald The Chatillon yang menyer4ng kabilah-kabilah Islam dan memenjarakan mereka menyebabkan perjanjian damai dilanggari dan Salahuddin menyeru seruan jihad ke seluruh pelosok Mesir dan Syria.

Lebih-lebih lagi, Reynald pernah menyer4ng sehingga ke tanah Hijaz dan menganggu pedagang-pedagang Arab di tanah Hijaz.  Seruan itu disahut dengan beraraknya t3ntera Islam dalam jumlah yang terlalu besar pada Tahun 1187, lalu berkhemah di pinggir Tasik Galilee, Tiberias iaitu kawasan pemerintahan isteri Raymond III.

Raymond III terpaksa mengizinkan Salahuddin berkhemah di sana kerana terhutang budi dengan Salahuddin dan Salahuddin pula bertindak memb4kar kampung-kampung yang terdapat di Tiberias menyebabkan pemimpin-pemimpin Jerusalem bangkit menyer4ng balas t3ntera Salahuddin.

Pert3mpuran Hattin, Taktik Per4ng T3ntera Islam Yang Hebat

Tindakan Salahuddin berkampung di Galilee adalah taktik p3r4ng yang sangat bijak, serta p3r4ngkap yang dipasang sangat dahsyat kesannya kepada t3ntera salib. Raja Guy tidak mengendahkan nasihat Raymond III kerana lebih dipengaruhi oleh Reynald The Chatillon, membawa semua t3nteranya ke Galilee dan akhirnya mereka bertempur di Hattin, dengan 12 ribu t3ntera salib yang kehausan dan t3ntera Islam menguasai tasik dan sungai.

Dalam p3r4ng tersebut, t3ntera salib mengalami kekalahan yang teruk dan hanya beberapa ratus orang sahaja yang terselamat dari terbvnuh dalam p3r4ng tersebut. Reynald The Chatillon akhirnya m4ti dibvnuh oleh Salahuddin selepas ditangkap bersama-sama ramai ksatria salib yang lain.

Kekalahan tersebut menjadikan Jerusalem hilang benteng pertahanan mereka yang selama ini sangat ampuh menghadapi ser4ngan t3ntera islam yang mengelilingi wilayah mereka. Saljuk dari utara, Fatimiah dari Barat, Zanki dari Timur dan amir-amir Arabiah dari Selatan selama lebih 80 tahun. Menyedari kelompongan t3ntera musuh dan barisan kesatria Hospitaller dan Templar yang lumpuh di Jerusalem membuatkan Salahuddin menghantar ketumbukan t3nteranya men4kluki seluruh Jerusalem.

Mereka bermula dengan menguasai Tiberias dan ke Acre, kemudian men4kluki seluruh Galilee dan Samaria. Beberapa hari kemudian, Nablus, Haifa dan Nazareth pula diserahkan kepada t3ntera Salahuddin. Semua penduduk latin di sana berpindah ke Kubu dan Pelabuhan Tyre. Pen3ntangan yang sengit berlaku di Jaffa dan penduduk latin di sana dijual ke pasar hamba selepas t3ntera Al-Adil, abang Salahuddin berjaya memenangi pert4rungan di sana.

Salahuddin tidak terus menyer4ng Tyre kerana mempunyai kubu yang tebal dan kuat, sebaliknya bergerak ke arah utaranya lalu men4kluk Kota Saida, Beirut dan Jubail dengan sangat mudah. Perluasan kawasan Salahuddin ini telah membesar dan sangat hampir dengan County of Tripoli.

Seterusnya, Salahuddin kembali ke Selatan dan tidak menyer4ng Tyre, sebaliknya baginda ke Selatan lagi dan men4kluki Askalon dan Gaza dengan mudah. Keadaan ini meninggalkan Tyre dengan penghuni latin yang ramai tanpa diser4ng.

Salahuddin akhirnya bergerak ke arah Jerusalem dan mengepungnya serta menyer4ng Kota Suci tersebut. Penaklukan Jerusalem adalah Hadiah Utama kempen kete3nteraan tersebut. Ketika itu, Kota Jerusalem telah kekurangan pejuang-pejuang pertahanan kota kerana telah dikal4hkan dalam pep3rangan di Hattin. Kota tersebut dipertahankan oleh Balian of Ibelin, seorang bangsawan yang setaraf dengan Raja Jerusalem.

Selepas kekalahan di Hattin, Balian berjaya menyelamatkan diri ke Tyre dan beliau meminta izin Salahuddin ke Jerusalem untuk membawa anak dan isterinya keluar dari kota tersebut, dan Salahuddin membenarkannya.

Setelah tiba di Jerusalem, penduduknya mengharapkan Balian untuk mengetuai pen3ntangan terhadap serbuan t3ntera Islam, namun Balian telah berjanji dengan Salahuddin untuk membawa keluar anak dan isterinya sahaja.

Lalu, Balian berjumpa Salahuddin sekali lagi untuk memperbaharui janji. Sebagai orang bermaruah, Balian tidak akan mungkiri janjinya. Setelah itu, Salahuddin menerima perjanjian baharu dan baginda juga mengirimkan pengiring untuk mengiringi anak dan isteri Balian keluar dari Jerusalem ke Tyre.

Dengan adanya Balian of Ibelin, pertahanan Jerusalem bertambah kuat. Pada 20 September 1187, Salahuddin memulakan ser4ngan ke Kota Jerusalem. 9 hari kemudian, t3ntera islam berjaya memecahkan tembok utara Jerusalem, tempat di mana ia dirobohkan pada 1099 dahulu, namun Salahuddin tidak terus menyerbu Kota Jerusalem.

Melihatkan Kota Jerusalem yang telah tiada harapan untuk dipertahankan, Balian berjumpa Salahuddin. Pada mulanya beliau mahu Salahuddin tidak membvnuhnya tetapi Salahuddin tidak menjanjikan apa-apa. Lantas, Balian of Ibelin berkata:

“Wahai Sultan, ketahuilah bahawa kota ini mengandungi jumlah penduduk yang sangat ramai. Mereka teragak-agak untuk teruskan p3r4ng, kerana mereka sayangkan hidup dan takutkan m4ti.

Tetapi, jika kami melihat kem4tian sudah tidak dapat dielakkan. Dengan Nama Tuhan, kami akan membvnuh perempuan-perempuan dan anak-anak kami dan b4kar semua yang kami ada.

Kami tidak akan tinggalkan kepada kamu walau satu dinar, satu dirham, lelaki atau perempuan untuk dijadikan taw4nan. Kemudian, kami akan musnahkan Batu Suci, Masjid Al-Aqsa dan banyak lagi tempat, kami akan bvnuh semua 5 ribu taw4nan islam yang kami ada dan akan membvnuh semua haiwan.

Akhirnya, kami akan keluar dari Jerusalem dan bertarung sehingga ke titisan d4rah yang terakhir. Tiada seorang pun daripada kami yang akan m4ti melainkan membvnuh beberapa ribu orang-orang kamu.”

Salahuddin tidak rasa terancam dengan terma-terma Balian tersebut. Baginda kelihatan tidak mudah untuk berlembut. Baginda berbincang dengan penasihat-penasihat di kiri kanan baginda.

Akhirnya, baginda memutuskan bahawa setiap warga Jerusalem perlu membeli kebebasan mereka. 10 dinar bagi lelaki, 5 dinar bagi perempuan dan satu dinar bagi kanak-kanak. Balian pada awalnya bersetuju dengan perjanjian tersebut tetapi memohon pengecualian terhadap golongan miskin.

Sebagai gantinya 30,000 dinar untuk pembebasan 7,000 fakir miskin. Salahuddin bersetuju dengan terma tersebut dan Balian menyuruh t3nteranya menyerah dari kota Jerusalem.

Seterusnya, pada Hari Jumaat, 2 Oktober 1187 bersamaan dengan 27 Rejab 583 H, Salahuddin memasuki Kota Jerusalem seperti Saidina Umar Al-Khattab, masuk tanpa s3njata dan dengan kerasnya mengarahkan amir-amirnya untuk tidak menyentuh sesiapa sahaja di dalam kota tersebut. Tarikh yang dipilih oleh Salahuddin sangat simbolik kerana pada tarikh yang sama, diisrakkan Nabi Muhammad s.a.w ke Kota Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk Mikraj.

Salahuddin menguatkan pertahanan di Gereja-gereja orang Kristian dan mengumumkan bahawa orang Frank boleh melawat ke Kota tersebut bila-bila masa. Dalam masa yang sama, baginda membersihkan Kubah As-Sakhra dan Masjidil Aqsa daripada salib-salib dan simbol-simbol Templar dan menyiramkan air mawar ke tembok-tembok masjid tersebut.

Kebanyakan masyarakat Latin yang kaya menjual harta benda mereka dan meninggalkan kota tersebut dengan bayaran 10 dinar sahaja. Hartanah mereka kebanyakannya dijual kepada orang kristian Ortodoks atau Jacobite yang bercadang terus tinggal di sana.

Selebihnya diambil oleh Salahuddin dan dijual kepada penempatan yahudi di sana. Bermula dari sinilah, Yahudi kembali semula ke Kota Baitul Maqdis. Atas jasa Salahuddin Al-Ayyubi, Yahudi dapat kembali ke tanah suci mereka.

Ramai orang miskin yang beratur di pinggir pagar kota untuk meminta sedekah kerana tidak mempunyai 10 dinar. Al-Adil, adik Salahuddin memohon pembebasan ribuan mereka tanpa bayaran dan Salahuddin bersetuju. Ditambah pula 1200 yang lain yang diminta oleh Balian dan Paderi Agung mereka.

Salahuddin kemudiannya mengumumkan orang-orang tua akan dibebaskan secara percuma manakala balu-balu dan anak-anak yatim, bukan setakat dibebaskan dengan percuma, malah diberi sedikit bantuan selepas mereka dibebaskan.

Tindakan Salahuddin ini ditegur oleh Bendahari Negaranya, namun baginda menegaskan bahawa baginda membebaskan Baitul Maqdis bukanlah kerana kekayaan, tetapi sebagai tanggungjawab kepada agamanya.

Maka, Baitul Maqdis kembali ke tangan t3ntera islam.

RUJUKAN:

Amin Maalouf (2012). The Crusades through Arab Eyes, London, Saqi Essentials.

Justin Marozzi (2014). Baghdad: City of Peace, City of Blood, London, Penguin Book Ltd.

Geoffrey Hindley (2007). Saladin, Hero of Islam, South Yorkshire, Pen & Sword Books Ltd


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.