Lebih seminggu lepas, kerajaan Iran menghukum m4ti juara gusti kebangsaan mereka Navid Afkari kerana dikatakan terlibat dalam pembvnvhan seorang kakitangan keselamatan di bandar Shiraz semasa protes 2018. Hukuman tersebut dijalankan selepas dia mengaku terlibat walaupun pengakuan tersebut dibuat dalam keadaan dipaksa oleh pihak berkuasa. Tetapi Afkari bukan atlet pertama Iran yang berdepan perkara sebegini rupa.

  • Foruzan Abdi
Rajah 1: Foruzan Abdi (tiga dari kiri). Sumber: https://english.alarabiya.net/en/features/2020/09/18/Iran-s-history-of-executing-athletes

Pada tahun 80-an, Abdi merupakan kapten pasukan bola tampar Iran. Tetapi pada tahun 1981, dia ditahan pihak berkuasa kerana didakwa menyokong kumpulan penentang Mvjahedin-e Khalq (MEK) dan dip3njarakan selama lima tahun. Selepas tempoh p3njara tersebut berakhir, Abdi masih tidak dibebaskan dan dihukum m4ti pada musim panas 1988 di P3njara Evin, Tehran.

  • Habib Khabiri
Rajah 2: Habib Khabiri (bulatan). Sumber: https://english.alarabiya.net/en/features/2020/09/18/Iran-s-history-of-executing-athletes

Tetapi Abdi bukan satu-satunya atlet yang dihukum kerana menyokong MEK. Pemain bola sepak kebangsaan Iran, Habib Khabiri ditahan pihak berkuasa pada tahun 1983 atas tuduhan mempunyai keahlian dalam MEK. Setahun kemudian, dia dihukum t3mbak sampai mati oleh pasukan pen3mbak.

Iran menghukum m4ti ramai tahanan politik termasuk atlet sukan sekiranya mereka didapati menyokong atau ahli MEK pada tahun 80-an. Dan pada tahun 1985, Khabiri tersenarai dalam kalangan 282 individu yang disenaraikan oleh laporan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu 1985 sebagai individu yang dituduh dan dijatuhkan hukuman m4ti oleh kerajaan Iran.

  • Mahshid Razaghi

Sebelum ditahan pihak berkuasa pada tahun 1980, Razaghi merupakan sebahagian daripada anggota pasukan bola sepak Olimpik Iran. Dia ditahan kerana menjual akhbar yang mempromosikan mesej anti-kerajaan dan dihukum p3njara selama setahun.

Namun begitu selepas setahun, Razaghi tidak dibebaskan dan terus dikurung sehinggalah dihukum m4ti pada tahun 1988. Nasib sama turut menimpa adiknya, Ahmad kerana beberapa hari selepas itu, dia turut dihukum m4ti oleh Tehran.

  • Hooshang Montazeralzohoor

Pada akhir tahun 70-an, Montazeralzohoor merupakan juara gusti Iran yang digeruni. Dia pernah mewakili negara itu ke Sukan Olimpik 1976 di Montreal, Kanada dan Sukan Universiti Dunia 1977 di Bulgaria.

Tetapi pada tahun 1981, Montazeralzohoor ditahan pihak berkuasa pada musim panas 1981 kerana disyaki sebagai ahli MEK. Pada akhir tahun sama, dia bersama 29 lagi individu menerima nasib sama seperti Khabiri: hukuman t3mbak sampai m4ti.

  • Majid Jamali Fashi

Pada Januari 2010, saintis nuklear Iran Massoud Alimohammadi dibvnvh dalam satu l3tupan yang mensasarkannya di kawasan kejiranan Gheytariyeh, Tehran. Berang dengan s3rangan tersebut, Iran mula mengerah semua aset untuk memburu dalang yang terlibat.

Dan mereka bertindak berdasarkan satu kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks yang mendakwa s3rangan tersebut didalangi seorang jurulatih seni mempertahankan diri dengan kod 09BAKU687 semasa berada di Baku. Pihak berkuasa kemudiannya menahan Majid Jamali Fashi dan mendakwanya bersekongkol dengan Mossad untuk menjayakan s3rangan berkenaan.

Seperti banyak kisah pengakuan paksaan yang disiarkan di televisyen negara itu, Fashi mengakui terlibat sebelum dihukum m4ti pada tahun 2012. Media Iran turut menunjukkan imej yang didakwa sebagai pasport Israel miliknya. Tetapi semakan mendapati ia sebenarnya imej pasport Israel yang diedit dan diambil dari halaman Wikipedia.

RUJUKAN:

Fazeli, Yaghoub. (2020). Iran’s history of executing athletes. Al-Arabiya. https://english.alarabiya.net/en/features/2020/09/18/Iran-s-history-of-executing-athletes


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.