Kadangkala orang ramai memang sudah bosan dengan politik. Calon parti mencanangkan sesuatu. Selepas menang, lain pula dibuatnya. Sebab itulah ada parti mencalonkan seekor babi untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat, sampai meminta akses taklimat keselamatan lagi.

Ketika itu rakyat membenci Parti Democratic kerana penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam, yang ironinya disambung Richard Nixon daripada Republicans.

Dalam sejarah Amerika Syarikat, bukan babi sahaja yang dicalonkan parti politik. Suhu geopolitik pada masa Nixon mungkin terlalu panas, untuk dibandingkan dengan sekarang.

Zaman yang lebih tenang ini tidak menghalang segelinti rakyat untuk mencalonkan anjing ke tampuk pentadbiran.

Memperkenalkan Maximus Mueller II

California ialah negeri yang sangat kaya di Amerika Syarikat. KDNK negeri ini mencecah AS$3.2 trilion. Jika keluar daripada Amerika Syarikat, tentu sekali California ialah ekonomi kelima terbesar dunia.

Di bahagian selatan, terdapat sebuah komuniti bebas iaitu Idyllwind, Pine Cove dan Fern Valley. Ketiga-tiga komuniti ini tidak mempunyai pihak berkuasa tempatan. Penduduk Idyllwind ingin mengubahkan realiti ini.

Mereka mahukan seorang Datuk Bandar, sekalipun belum cukup syarat kelayakan.

Pada tahun 2012, Idyllwind mendapat idea menarik. Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kebajikan haiwan, mereka mendapatkan perhatian calon Datuk Bandar paling layak bernama Max.

Beliau merupakan seekor anjing baka Golden Retriever yang sangat berkaliber dalam bidang kepimpinan, cuma kaki ras.uah saja sebab terima semua hadiah diberikan.

Idyllwind masih menjalankan proses demokrasi, mencalonkan 14 ekor anjing dan dua ekor kucing. Akhirnya Max menang pilihan raya tersebut tetapi meninggal dunia setahun kemudian.

Tempoh pemerintahan Max digantikan seekor anjing bernama Maximus Mueller II pula.

Sama seperti pendahulunya, Mueller juga asyik menerima ras.uah seperti manisan dan apa-apa makanan. Cuma ahli politik ini sangat murni, kerana takkan menerima wang. Mungkin khuatir dihidu pihak pemantau seperti IRS.

Setiap hari Maximus Mueller II akan mengunjungi orang ramai di Idyllwind. Seperti biasa, beliau akan menghadiri majlis pembukaan penting dan menyertai perarakan tahunan kota. Apabila Mueller sibuk, tugasan rasmi akan diambil alih sepupunya sama ada Mitzi atau Mikey… jelas sekali nepotisme.

Minnesota Tidak Mengaku Kalah

Pelantikan seekor anjing sudah bukan keanehan di Amerika Syarikat. Minnesota yang terletak berhampiran dengan sempadan Canada ada sebuah bandar yang pernah memilih seekor anjing baka Great Pyrenees sebagai Datuk Bandar, kali ini menewaskan Richard Sherbrook dengan majoriti besar.

Kemenangan Duke membuka jendela baharu dalam politik kota Cormorant. Sekalipun tewas, Sherbrook membuat ucapan penting dalam kariernya – “tidak pelik yang dia (Duke) akan menjalankan amanah mewakili komuniti. Saya akan menyokong beliau 100 peratus. Dia suka sukan. (Jadi) dia akan memelihara kota ini.”

Buat kerja.

Masalahnya Sherbrook sendiri mengundi Duke semasa pilihan raya. Dan Duke mengangkat sumpah buat tempoh satu tahun di hadapan penyokong kental, pada bulan Ogos 2014.

Beliau memenangi tiga pilihan raya berturut-turut, sekali gus mempertahankan kedudukannya sebagai Datuk Bandar Cormorant… yang mempunyai populasi 12 orang sahaja.

Pemerintahan Duke berakhir pada tahun 2018, apabila beliau bersara daripada medan politik untuk menumpukan perhatian pada kehidupan peribadinya pula.

Setahun kemudian, Duke meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diumumkan.

Sehingga hari ini Cormorant mengenang pengalaman indah apabila dipimpin oleh jiwa lembut yang menyayangi semua orang.

Sama seperti Maximus Mueller, Duke juga menerima sog.okan berbentuk manisan dan makanan – jangan sesekali wang kerana itu ialah huluran yang kotor.

Walaupun nampak bodoh dan janggal, pelantikan Max dan Duke sebenarnya membuka mata orang ramai tentang pemuliharaan spesis.

Benar, anjing jauh sekali sebuah spesis yang mengalami kepµpµsan secara menyeluruh.

Tetapi ini juga tidak mengubahkan realiti bahawa anjing selamba dibuang terutamanya pada zaman COVID-19 ini.

Apa-apa jua haiwan peliharaan ialah amanah yang mesti digalas seperti keluarga sendiri. Max dan Duke membuktikan bahawa anjing pun boleh menjadi Datuk Bandar.

Persoalannya, apa yang menghalang kita sebagai manusia untuk berjaya dalam hidup?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.