Tahun 1991 memang sangat berat untuk bangsa Rusia. Itulah tahun Kesatuan Soviet dibubarkan, susulan kejatuhan blok komunis di Eropah.

Negara Rusia membentuk sebuah republik baharu dibawah Boris Yeltsin, yang memimpin dengan sistem terlalu berbirokrasi.

Ukraine melungkup ke dalam kancah krisis politik dan ekonomi yang berlarutan hingga hari ini. Sistem Soviet berterusan di Asia Tengah, dengan pemimpin yang berkuasa terlalu lama.

Itulah mimpi buruk yang menimpa setelah eksperimen Vladimir Lenin terbukti gagal.

Macam-macam berlaku sebelum Kesatuan Soviet dibubarkan. Presiden Soviet Mikhail Gorbachev berusaha sehabis mungkin untuk mengekalkan kesatuan ini.

Mikhail Gorbachev ketika itu.

Tetapi telur yang sedang dimasak sebenarnya sudahpun busuk. Walaupun pembubaran diisytiharkan pada 26 Disember, tarikh sebenar Soviet ma-ti ialah 19 Ogos 1991.

Hari Isnin itu bukanlah seperti Isnin lain. Kerana Naib Presiden Soviet Gennady Yanayev telah melancarkan suatu ramp-asan kuasa.

Gennady Yanayev.

Yanayev memimpin sekumpulan ahli politik yang menentang dasar pembaharuan Gorbachev.

Itulah hari Kesatuan Soviet sudah benar-benar tidak bersatu.

Tiga bulan sebelumnya, yakni pada 18 Mei, Moscow memohon bantuan Barat untuk memperbaharui ekonomi.

Ketika itu tiga angkasawan berlepas ke Stesen Angkasa Mir, dengan menaiki Soyuz TM-12. Helen Sharman membawa sepanduk British, bersama Anatoly Antsebarsky dan Sergei Krikalev daripada Kesatuan Soviet.

Sergei Krikalev

Perjalanan ini amat bermasalah, kerana sistem Soyuz gagal berhubung dengan Mir. Krikalev terpaksa berhubung secara manual, yang sebarang kesilapan boleh mengundang pa-dah.

Stesen Angkasa Mir (ada dalam filem Arma-ged-don)

Krikalev menikmati pengalaman dalam Mir, kerana bebas bergerak tanpa belenggu graviti.

Seminggu kemudian, Sharman kembali ke Bumi, meninggalkan Antsebarsky dan Krikalev yang perlu melaksanakan beberapa eksperimen dan kerja penyelenggaraan di Mir.

Ayam Tambatan Tanpa Sayap

Nursultan Nazarbayev mengetuai kerajaan tempatan Kazakhstan bermula 22 Februari 1990. Hubungan Nazarbayev bersama Mikhail Gorbachev tidak dinafikan akrab.

Apabila Gennady Yanayev buat hal, Nazarbayev ialah calon utama Gorbachev untuk jawatan Naib Presiden Soviet.

Tetapi Nazarbayev menolak tawaran ini. Untuk mengekang kemµsn-ahan Soviet, satu perancangan penting diusahakan Gorbachev, Nazarbayev bersama Boris Yeltsin.

Nursultan Nazarbayev (kiri) dan Boris Yeltsin (kanan) – kedua-dua sedang duduk.

Perlembagaan Soviet mesti digubal, mengubahkan Kesatuan Republik-Republik Sosialis Soviet kepada Kesatuan Republik-Republik Berdaulat Soviet.

Kazakhstan ialah negara kedua terbesar dalam Soviet. Jadi Gorbachev tidak mahu Nazarbayev keluar. Beliau sanggup berjanji untuk menggantikan Sergei Krikalev (di dalam Mir) dengan seorang angkasawan berbangsa Kazakh.

Tetapi tiada angkasawan Kazakh yang layak mengambil alih ketika itu. Jadi Krikalev perlu meneruskan tempoh operasi di Mir, selepas Anatoly Antsebarsky pulang dengan Soyuz TM-13 yang membawa Alexander Volkov.

Volkov

Kedua-dua tidak dapat pulang. Dan Soviet tidak mampu menghantar orang lain. Jadi mereka terpaksa menelan kepahitan kerana terlalu lama berpisah dengan keluarga.

Lebih-lebih lagi dengan Mir terlalu sempit.

Krismas 1991

Pada tanggal 25 Disember 1991, Kesatuan Soviet setelah sekian lama dibubarkan. Semua negara bekas Soviet tidak mampu membiayai perjalanan ke angkasa.

Sergei Krikalev dan Alexander Volkov boleh saja menggunakan kapsul Soyuz untuk kembali ke Bumi. Tetapi Mir tidak boleh dibiar tanpa seorang pengendali. Ketika itu Krikalev dan Rusia perlu membuat keputusan.

Bagi Krikalev, misi atau kesihatan sendiri kerana terlalu lama di angkasa. Bagi Rusia pula, selamatkan Krikalev (dan Volkov) atau gadaikan Mir kerana memang program angkasa tidak mampu ditanggung mereka.

Krikalev dan Volkov tidak dapat pulang seperti biasa. Kosmodrom Baikonur sekarang ini sudah bukan lagi milik Moscow. Pembubaran Soviet bermakna kosmodrom ini menjadi milik Kazakhstan sepenuhnya.

Akhirnya Rusia menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meneruskan misi Mir.

Krikalev dan Volkov berada di angkasa apabila Kesatuan Soviet runtuh.

Pulang ke Bumi mendapat negaranya sudah tiada.

Mereka meninggalkan Bumi sebagai warganegara Soviet… dan mereka pulang pada 25 Mac 1992 sebagai warganegara Rusia.

Kalau anda berminat dengan kisah angkasa seperti ini, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami iaitu GENESIS yang bercerita mengenai sains disebalik Alam Semesta, Planet-Planet dan seumpama dengannya. Dapatkan bersama dengan MANTERA ALAM MELAYU pada harga kombo di Shopee kami. 

Kombo: https://lnkd.in/g4VtD7G
Mantera: https://lnkd.in/gudScyn
Genesis: https://lnkd.in/gss9tBt


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.