Lahirnya seiorang pemuda di negeri pulau mutiara hanyalah untuk berbakti kepada masyarakat melalui perniagaannya. Mohd Azhan Ahmad kini berusia 41 tahun. 16 tahun lepas beliau telah menceburi bidang keusahwanan dengan menjual pelbagai jenis produk sebelum akhirnya beliau memiliki syarikat sendiri iaitu Waterbay SDN.BHD yang merupakan pembekal untuk barangan pergigian.

Bukanlah tempoh yang singkat untuk Azhan mengusahakan syarikatnya itu. Beliau menghabiskan masa sehingga 16 tahun dan beliau boleh sahaja menikmati hasil kejayaan nya apatah lagi syarikat beliau sudah ada pelanggan tetap yang besar terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (Bidang pergigian) kerana kualiti produknya. Namun keutuhan syarikatnya hampir goyah kerana obsesi diri beliau sendiri.

Beliau sangat obses dengan sikap untuk menambah baik produknya mengikut kesesuaian pengguna dan mengikut peredaran zaman. Obsesinya bermula apabila bekerja dengan syarikat swasta yang memasarkan pelbagai produk pergigian termasuk kerusi rawatan mudah alih yang biasa digunakan di pusat rawatan gigi dan sekolah dalam kawasan pedalaman. Lalu Azhan terfiir untuk menghasilkan kerusi rawatan mudah alih yang automatik atau dikenali sebagai “Stuhl”. Hal ini kerana kerusi rawatan yang biasa memerlukan tenaga kerja yang ramai dan mengambil masa yang lama untuk dipasang.

Seluruh tumpuan dan tenga beliau difokuskan untuk menghasilkan “Stuhl” yang baharu. Hal ini berlarutan sehingga wang keuntungan syarikat telah banyak digunakan untuk pembangunan kerusi rawatan model baharu itu. Bahkan beliau hanya fokus kepada pembuatan kerusi itu sehingga leka sekejap untuk perniagaan. Namun Azhan kembali sedar dari lalai dan kembali memfokuskan kepada bahagian jualan syarikat. Beliau juga turut melakukan pengasingan bajet untuk penyelidikan dan dan pembangunan.

Azhan juga turut memenangi geran SUPERB dan hal ini membolehkan beliau menambah pekerja di bahagian R&D. Secara tidak lansung Azhan berjaya mengambil jurutera jurutera dan pereka yang terbaik dalam bidang masing masing.

Dan hasil bantuan geran SUPERB itu, syarikat beliau berjaya menghasilkan satu produk yang inovatif iaitu kerusi rawatan mudah alih automatik atau dikenali sebagai “Stuhl 2.0”. Ciptaan syarikat Waterbay ini merupakan produk yang boleh dipasarkan di pasaran global kerana reka bentuk yang ergonomik, kompak, berkualiti tinggi dan paling penting sangat mesra pengguna.

Beliau sangat berterima kasih kepada TERAJU bukan sahaja kerana dana yang diberikan tetapi sokongan dan latihan yang dibekalkan TERAjU memainkan peranan besar dalam meluaskan jaringan kerja syarikat azhan dengan agensi agensi lai.

Beliau turut berkongsi pengalaman bahwa belia mencuba sebanyak 4 kali sebelum diberi geran SUPERB itu. Namun pada percubaan ke lima baharu Azhan berjya memenangi geran yang diimpikan oleh ramai usahawan.


Beliau kini boleh berasa bangga kerana obsesinya berjaya memudahkan pengguna pengguna. Selain itu, program program seperti derma darah dan rawatan pergigian di luar pusat perubatan dapat dijalankan dengan lebih selesa dan lancar apabila menggunakan Stuhl 2.0. Kualiti produknya yang tinggi berjaya menarik minat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjadikan syarikat waterbay SDN BHD sebagai pembekal kepada mereka.

Waterbay SDN BHD juga berhasrat untuk menjadi pelopor kepada pelbagai produk perubatan terutamanya pergigian di pasaran nasional dan juga antarabangsa. Azhan juga berpesan untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang pula bersifat cekal dan tabah dalam mengharungi pelbagai liku dalam dunia urusan jual beli ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply