Tahukah anda? Semasa Baghdad dijarah dan dihancurkan oleh Hulagu Khan ketika kebangkitan Empayar Mongol yang sekaligus mengakhiri Khilafah Abbasiyyah, rupa-rupanya Hulagu Khan sendiri telah meninggalkan salah seorang pewarisnya yang bakal menjadi seorang pemerintah beragama Islam. Anaknya itu dikenali dalam sejarah sebagai Sultan Ahmed Tekuder, pemerintah ketiga Ilkhanate Mongol.

Tidak ada sumber rasmi yang mencatatkan tahun kelahirannya, namun sumber Parsi percaya bahawa Tekuder dipercayai dilahirkan pada tahun 1246 di Mongolia.

Siapa sangka, beliau merupakan anak kepada salah seorang pemimpin Mongol yang paling k3jam pernah memb4ntai umat Islam dan menghancurkan Kekhalifahan Abbasiyyah di Baghdad.

Beliau adalah anak kepada Hulagu Khan dan Qutui Khatun dari suku Khongirad sebagai anak ketujuh. Walaupun tarikh lahirnya tidak dinyatakan dalam mana-mana sumber, tetapi ada tercatat dalam beberapa rekod bahawa dia meninggal dunia pada usia 37 tahun, oleh itu tahun kelahirannya mestilah sekitar 1246 atau 1247.

Dia dibaptis pada masa kecil sebagai seorang Kristian Nestorian dan diberikan nama Nicholas. Dia tiba di Ilkhanate sekitar tahun 1260-an bersama ibunya Qutui dan abangnya Tekshin. Beberapa tahun kemudian, dia diamahahkan mentadbir sebagai Gabenor di Nahavand dan Dinavar oleh abang tirinya Abaqa Khan, atas dasar menghormati ibunya Qutui.

Qutui juga dikurnia dengan wilayah yang menghasilkan pendapatan sebanyak 100,000wang emas berhampiran Mayyafariqin oleh Abaqa

Hulagu Khan

Tidak pasti bagaimana sebenarnya Tekuder boleh memeluk Islam. Namun, menurut Ibn al-Fuwati dia telah diberi maklumat mengenai mentor agamanya dan kemungkinan individu yang bertanggungjawab di atas penghijrahan Tekuder adalah Kamal al-Din Abd ul-Rahman.

Dia digambarkan sebagai golongan hamba berbangsa Yunani yang berkhidmat untuk al-Mu’tasim Billah, khalifah Abbasiyyah kelapan yang dinaikkan darjatnya berkat kemahirannya dalam ilmu kimia dan bertemu dengan Abaqa yang diperkenalkan kepadanya oleh Aybak.

Abd ul-Rahman kemudiannya diperkenalkan kepada Tekuder oleh ibunya Qutui Khatun. Tidak lama kemudian Tekuder pun memeluk Islam dan menukar namanya kepada Ahmed. Manakala Abd ul-Rahman kemudian dilantik sebagai pegawai kerajaan dan akhirnya menjadi duta Ilkhanate ke Kesultanan Mamluk di Mesir.

MENAIKI TAKHTA

Tekuder tiba dari Kurdistan ke lembah Jaghatu berhampiran Maragha (Azerbaijan) untuk menghadiri upacara qurultai (tradisi Mongol memilih pemimpin pengganti) untuk pemilihan Il-Khan yang baru setelah kem4tian Abaqa pada bulan April 1282.

Pertandingan yang menjadi tumpuan utama adalah antara anak saudaranya Arghun, abangnya, Möngke-Temür, dan dirinya sendiri. Oleh kerana dia merupakan antara anak Hulagu Khan yang paling berprestasi, dia disokong oleh kebanyakan para bangsawan dan para emir, termasuklah para pemimpin suku Mongol Jalair seperti Shiktur Noyan, Suqunjaq Noyan dan suku Mongol Khongirad.


Tentera berkuda Ilkhanate

Dia terpilih pada 6 Mei 1282 dan ditabalkan pada 21 Jun 1282 di Aladagh, timur tasik Van. Dia menjadikan nama Muslimnya, Ahmed sebagai nama takhtanya. Selain Berke Khan, Ahmed Tekuder merupakan antara pemimpin Mongol yang terawal memeluk Islam dan merupakan pemimpin Ilkhanate pertama memeluk Islam.

Tindakan pertamanya adalah membersihkan Ata-Malik Juvayni dari tuduhan yang dilemparkan oleh Majd al-Mulk Yazdi, wazir yang menuduhnya menggelapkan dana negara. Tekuder mengembalikan jawatannya dalam pentadbiran di Baghdad, manakala Majd al-Mulk pula diganyang oleh orang ramai sehingga terbvnuh kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir hitam.

Tekuder juga melantik adik tirinya, Qonqurtai, sebagai wakil pemerintah di Anatolia pada bulan berikutnya. Namun Arghun percaya bahawa adik-beradik Juvayni bertanggung jawab atas kem4tian bapanya dengan racun.

Tekuder datang ke Baghdad untuk menghabiskan musim sejuk tahun 1282-1283 dan memulakan semula siasatan mengenai tuduhan menggelapkan dana negara yang mungkin telah menyebabkan Ata Malik diser4ng strok dan meninggal dunia pada 5 Mac 1283.

PER4NG SAUDARA

Ketika rasa tidak puas hati Arghun semakin meningkat, dia berangkat menuju ke Khorasan pada musim bunga untuk meraih kesetiaan para bangsawan Mongol dari kerajaan-kerajaan pecahan Mongol yang lain dan emir-emir tempatan. Pada perkembangan yang lain, Tekuder mulai curiga dengan abang tirinya Qonqurtai dan mereka yang berpotensi menjadi sekutu Arghun.

Qonqurtai dituduh melakukan konspirasi dan ditangkap oleh menantu Tekuder, Alinaq – yang merupakan wakil pemerintah Mongol di Georgia pada 17 Januari 1284, dan dihvkum m4ti pada keesokan harinya.

Ilustrasi Tekuder semasa mengetuai bala tenteranya

Satu kontinjen tentera dikirim ke Jazira, dari mana Gaykhatu dan Baydu melarikan diri ke Khorasan, ke kem Arghun sementara beberapa emir seperti Taghachar dan Doladai ditangkap.

Langkah seterusnya adalah menghantar Alinaq bersama 15,000 orang tentera menentang Arghun, sementara dia sendiri mengikuti Alinaq pada 26 April dengan pasukan utamanya yang terdiri dari askar Armenia dan Georgia selain askar Mongol yang ditempatkan di dataran Mughan dekat Bilasuvar.

Arghun menang melawan Alinaq dalam pertempvran pada 4 Mei, di selatan Qazvin, tetapi tetap berundur ke wilayahnya di Khorasan. Ala ud-Daula Simnani, yang bakal menjadi tokoh sufi Kubrawiya pada masa akan datang juga pernah berper4ng untuk tentera Arghun semasa pertempvran ini.

Arghun cuba mengadakan rundingan gencatan senjata tetapi ditolak oleh Tekuder yang membantah nasihat ahli majlisnya. Duta seterusnya yang dihantar oleh Arghun, kali ini diketuai oleh anaknya, bakal pemerintah Ilkhanate, Mahmud Ghazan, yang tiba di kem Tekuder berhampiran Semnan pada 31 Mei.

Rundingan itu berjaya, kerana Tekuder menerima perjanjian gencatan senjata dengan syarat Arghun menghantar adiknya Gaykhatu sebagai tebusan. Arghun bersetuju dengan syarat tersebut dan menghantar Gaykhatu ditemani oleh dua orang emir, termasuk Nawruz di bawah tahanan Buqa, yang ketika itu merupakan komander paling kanan Tekuder, pada 13 atau 28 Jun. Buqa kemudian menyerahkan Gaykhatu kepada Tekuder yang menempatkan Gaykhatu di kem Tödai Khatun.

Walaupun begitu, Tekuder terus memusuhi dan menyer4ng Arghun. Perkara ini menyebabkan Buqa tidak selesa dengan cara Tekuder dan mula semakin bersimpati terhadap Arghun. Malahan, dia tidak lagi dijadikan sandaran oleh Tekuder yang mula memberikan kepercayaannya pada Aq Buqa, seorang lagi panglima suku Jalair yang lain.

KEJATUHAN TEKUDER

Langkah Arghun seterusnya adalah mencari perlindungan di Kalat-e Naderi, sebuah kubu kuat pada 7 Julai dengan 100 orang tentera. Tetapi dia terpaksa menyerah kepada Alinaq empat hari kemudian. Dengan kemenangan itu, Tekuder meninggalkan Arghun dalam tahanan Alinaq sementara dia sendiri berangkat ke Kalpush, di mana tentera utamanya ditempatkan.

Tekuder dan Arghun

Inilah waktu keemasan yang dinantikan Buqa – dia menyelinap masuk ke kem Alinaq dan membebaskan Arghun, kemudian membvnuh Alinaq. Tekuder melarikan diri ke barat dan menj4rah kem Buqa berhampiran Sultaniya sebagai tindakan menbalas dendam.

Dia meneruskan perjalanan ke wilayah padang rumput nya bersendirian berhampiran Takht-i Suleyman pada 17 Julai dan merancang untuk melarikan diri ke Golden Horde melalui Derbent. Namun, Qaraunas, yang telah dikirim oleh Buqa, berjaya memintas dan menangkap Tekuder. Tekuder kemudian diserahkan kepada Arghun pada 26 Julai di padang rumput Ab-i Shur, dekat Maragha.

Tekuder dituduh melaksanakan perbicaraan dan hvkuman m4ti yang tidak adil terhadap Qonqurtai, abang tirinya dalam satu perbicaraan yang dipengerusikan oleh Arghun sendiri. Sementara Tekuder memohon belas kasihan dan menyatakan rasa insafnya, ibu Qonqurtai yang dipercayai berbangsa Cina Han atau Khitan bernama Ajuja konsisten menuntut hvkuman m4ti terhadap Tekuder.

Walaupun tidak cenderung hendak menjatuhkan hvkuman m4ti, pember0ntakan bapa saudaranya Hulachu dan sepupunya Jushkab di Hamadan memaksanya memutuskan untuk memihak kepada keluarga Qonqurtai. Tekuder dijatuhkan hvkuman m4ti pada 10 Ogos 1284 dengan cara mematahkan tulang belakangnya.

Sebelum Tekuder tewas di tangan Arghun dan dihvkum m4ti, Shams al-Din Juvayni sempat menasihatinya untuk berdamai dengan Kesultanan Mamluk di Mesir memandangkan dia merupakan seorang sultan beragama Islam. Utusan pertama yang diketuai oleh Qutb al-Din Shirazi meninggalkan Aladagh menuju ke Mesir pada 25 Ogos 1282.

Sultan Qalawun as-Salihi amat gembira dengan berita keislaman Tekuder yang kemudian dikenali sebagai Sultan Ahmed Tekuder. Qutb al-Din Shirazi menyatakan hasratnya untuk menjalin hubungan sekutu dengan Sultan Mamluk, Qalawun atas kehendak Sultan Ahmed Tekuder dalam bentuk sekeping surat.

Qalawun mengirim balasannya pada 3 Disember 1282 dengan memohon Tekuder untuk membebaskan Kesultanan Rum dari status sebagai negeri subjeknya atas dasar persaudaraan sesama Muslim dan memuji kesungguhan dan usahanya untuk menerapkan syariat Islam. Di samping itu, Sultan Qalawun mengajak Tekuder membentuk pakatan dengan Mamluk untuk berjihad menghadapi ancaman Pasukan Salib.

Tekuder menghantar utusan kedua, yang diketuai oleh mentor agamanya merangkap duta ke Mamluk, Kamal al-Din Abd ul-Rahman dari Tabriz ke Mesir pada bulan Jun 1283.

Namun, kedutaan ini telah terlambat ketika tiba pada 2 Mac 1284 dan hanya dibenarkan menghadap sultan pada 26 Ogos  1284, 16 hari selepas kem4tian Tekuder. Yang menyebabkan mereka ditangkap dan dibvnuh. Shams al-Din Juvayni juga ditangkap dan dihvkum bvnuh oleh Buqa pada 16 Oktober 1284.

RUJUKAN:

Encyclopedia Irania: Ahmad Tekuder


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.