Apabila George Washington mengisytiharkan kemerdekaan daripada imperialisme British, Amerika Syarikat yang terbentuk masih belum menguasai benua daripada Maine ke California.

Hanya 13 koloni di sebelah timur sahaja yang menyertai. Beberapa dekad kemudian barulah Amerika Syarikat lengkap dengan pembelian, pengambilan dan juga penerimaan.

Antara pembelian paling penting dalam sosiopolitik serta ekonomi Amerika terletak di pertengahan negara hari ini. Louisiana mungkin sebuah negeri kecil yang menghadap Teluk Mexico.

Penamaan negeri ini berasal daripada pengaruh sejarah apabila René-Robert Cavelier menuntut seluruh kawasan yang ditumpahkan Sungai Mississippi untuk penguasaan Perancis.

Namun saiz negeri tersebut hanyalah sebahagian kecil daripada wilayah besar yang direbuti Perancis, Sepanyol dan British.

Perjanjian Fountainebleau 1762 telah menyaksikan penaruh Perancis beri Louisiana Besar kepada Sepanyol.

Namun Perjanjian San Ildefonso Ketiga menarikbalik pemilikan Sepanyol dengan pertukaran dengan kawasan-kawasan di Tuscany. Kiranya Sepanyol kehilangan kawasan jauh daripada negara mereka – tetapi mendapat kawasan dekat.

Kembalinya Perancis pada tahun 1800 menyaksikan geopolitik yang jauh berlainan. Amerika sudah bukan lagi tanah untuk direbut-rebutkan. Kerana di situ sudah berdirinya sebuah negara yang dipimpin oleh Presiden Thomas Jefferson.

Jefferson sudah sekian lama memerhati perkembangan di Louisiana. Kegagalan Perancis di Saint-Domingue telah menyaksikan pembvnuhan beramai-ramai bangsa sendiri pada tangan Haiti.

Dan pep3r4ngan bersama British juga menyumbang kepada keputusan Napoleon untuk jual Louisiana kepada Amerika Syarikat. Bagi Jefferson, semuanya terletak pada tempat dan masa.

Sungai Mississippi mempunyai pelabuhan di New Orleans, yang boleh dijadikan sumber ekonomi penting. Maka Jefferson melantik dua menteri-menteri luar negeri untuk menguruskan hasrat ini.

Pada zaman kolonialisme, Amerika Syarikat meletakkan seorang menteri untuk berfungsi bagi setiap empayar. James Monroe dan Robert R. Livingston diberikan tugasan untuk menjaga kepentingan Amerika Syarikat di masing-masing British dan Perancis.

Robert R. Livingston

Rundingan bersama François Barbé-Marbois mendapatkan perkenan Napoleon. Dan Livingston membawa pulang New Orleans kepada Jefferson dengan pembelian mahal. Mematahkan penentangan daripada Parti Persekutuan, Jefferson menyeru Setiausaha Negara James Madison dapatkan persetujuan Kongres.

Penguasaan Luar dan Dalaman

Sebanyak AS$2.6 bilion dibelanjakan Kongres bagi aspirasi besar ini (Lee, 2019). Pada hari ini nilai sedemikian mungkin lebih daripada AS$60 bilion. Ia merupakan jumlah sangat murah jika dibandingkan dengan saiz dibeli. Sebanyak 2.14 juta km2 diserap masuk dalam Amerika Syarikat.

Namun di sebalik tabir, Perancis tidak sebenar-benarnya menguasai semua daripada saiz ini. Pembelian ini langsung tidak mengambil kira kepentingan etnik-etnik pribumi.

Hanya Paris dan kerajaan imperialis sahaja yang mendapat manfaat, manakala etnik-etnik pribumi perlu menelan kepahitan bahawasanya Amerika Syarikat telah membeli hak pra-emptif untuk merampas tanah-tanah mereka dengan perjanjian atau penguasaan tanpa sebarang pertolongan daripada pihak lain.

Jefferson telah memulakan kep3ritan 40 tahun bagi suku-suku pribumi yang dihalau keputusan mahkamah. Mereka diberikan sebuah kawasan atas dasar pemaksaan. Malah dasar perh4mbaan juga diamalkan secara berleluasa yang sudah tentunya terdiri daripada etnik Afrika.

Kedatangan mereka adalah atas usaha Sepanyol yang boleh dikatakan mendominasi dalam perdagangan h4mba pada masa itu. Malah pelarian-pelarian Perancis membuat kebun-kebun besar yang turut menggunakan golongan h4mba demi mencapai produktiviti negara.

Namun dasar perh4mbaan hanya bertahan sehingga tahun 1836 lalu ditamatkan melalui P3r4ng Saudara Amerika. Dan Wilayah Louisiana dipecah-pecahkan kepada beberapa negeri sepertimana yang diketahui hari ini iaitu daripada Montana ke Oklahoma, Arkansas ke Minnesota dan juga negeri-negeri di tengah-tengah sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

RUJUKAN:

Lee, R. (2019, Oktober 1). The True Cost of the Louisiana Purchase. Slate. Retrieved from http://www.slate.com/articles/news_and_politics/history/2017/03/how_much_did_the_louisiana_purchase_actually_cost.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.