Kisah Amerika Melawan Pengunaan Arak Di Tempat Awam

0
2008
views

Awal abad ke-20 di Amerika Syarikat digelar sebagai “Progressive Era”. Ia satu era di mana pelbagai kemajuan sosial (social progress) dicapai di Amerika, antaranya: had waktu kerja 8 jam sehari, pengharaman buruh kanak-kanak, pembanterasan monopoli, hak undi wanita, dan juga pengharaman penggunaan alkohol di tempat awam atau “Prohibition”.

Undang-undang Prohibition berkuatkuasa dari 1920 hingga 1933. Ia merupakan hasil gerakan “Temperance Movement” oleh NGO seperti Woman’s Christian Temperance Union dan Anti-Saloon League. Mereka berkempen agar arak diharamkan di tempat awam (“dry”).

Mereka melihat alkohol sebagai punca kepada masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan jenayah. Ada yang melihat budaya meminum arak sebagai budaya Jerman yang disebarkan untuk melemahkan jiwa orang Amerika (waktu tu Amerika berperang dengan Jerman dalam Perang Dunia Pertama).

Seperti yang ditunjukkan dalam poster ini, aktivis Temperance Movement melihat pengunaan alkohol hanya menguntungkan kapitalis. Tauke arak mana ada kisah orang mabuk, orang pukul isteri anak selepas mabuk atau orang kena cabul selepas mabuk. Yang mereka kisah, untung atau tidak. Dan mereka nak memastikan arak menjadi budaya popular untuk mengaut untung maksima. Jadi, aktivis Temperance tidak melihat budaya meminum arak itu sebagai satu kebebasan. Disebaliknya, pengguna alkohol ni ibarat hamba abdi kepada kapitalis.

Walaupun Prohibition akhirnya dimansuhkan kerana ia mengalakkan aktiviti penyeludupan arak, tapi ia berjaya menunjukkan manusia sebenarnya mampu melawan nafsu demi menjaga ketenteraman sosial dan maslahat umum (public interest). Ini baru kemajuan (progress) yang sebenar.

Mesti tak sangkakan Mat Saleh pun mengharamkan arak? Soalnya bukan nak “impose belief” ke atas orang lain atau nak mengehadkan kebebasan.

Nak minum, minum lah, bukan orang larang pun. Di Malones atau di Weissbräu, boleh je nampak golongan atasan yang mengakui diri Melayu-Islam meneguk beer. Soalnya adalah patutkah kita menormalisasikan (normalize) sesuatu yang bukan norma masyarakat – misalnya pesta arak – yang boleh membawa mudarat (harm) kepada orang awam.

Tak ada argumen yang lebih matang dan mantap ke selain kebebasan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here