Pernah tak anda tonton sebuah ceramah daripada seorang agamawan? kononnya tiga orang ini dikatakan sasaran utama oleh sebuah pihak untuk dibvnuh di atas kapal Titanic? Kisah ini menceritakan apa yang terjadi pada tiga orang tersebut.

John Jacob Astor IV

John Jacob Astor IV merupakan cicit kepada John Jacob Astor. JJ Astor merupakan salah seorang ahli keluarga Astor, keluarga yang terkaya di Amerika pada ketika itu. Antara perniagaan keluarga Astor ialah perhotelan dan perniagaan kulit haiwan.

Salah sebuah legasi keluarga Astor yang mana salah sebuah cawanganya terletak di Kuala Lumpur

Astor menaiki Titanic untuk pulang semula ke Amerika bersama isteri yang baru dikahwininya, Madelein Force setelah berbulan madu di Eropah. Turut bersama Astor ialah pembantu peribadinya dan haiwan peliharaan mereka, Kitty.

Ketika malam kejadian, Astor menyiasat apa yang terjadi dan memaklumkan pada isterinya bahawa kapal telah berlanggar aisberg. Namun, setelah arahan untuk menyelamatkan diri diumumkan, Astor dan isteri segera ke gimnasium untuk berkumpul.

Astor turut menenangkan isterinya bahawa jaket keselamatan yang diberikan adalah selamat. Pada jam 1.45, Astor menghantar isterinya buat kali terakhir ke bot keselamatan #4. Setelah itu, Astor kelihatan tenang sambil menghisap cerut bersama penulis misteri, Jacques Futrelle. Astor m4ut bersama kapal itu walaupun beliau mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri. Astor kali terakhir dilihat berpaut bersama William Thomas Stead.

May4tnya kemudian ditemui berdasarkan label yang terpampang di kotnya. Astor kemudiannya dimak4mkan di Perkub*ran Trinity Church, New York. Ironinya, Inkuiri Titanic diadakan di salah sebuah hotel milik Astor, Waldorf Astoria yang mana tapaknya kini berdirinya salah sebuah bangunan terkenal dunia, Empire State Building

ku*ur John Jacob Astor IV

Benjamin Guggeinheim

Benjamin Guggenheim merupakan individu kedua yang disebut-sebut sebagai sasaran untuk dibvnuh. Guggenheim berasal dari keluarga Guggeinheim yang terkenal di dalam industri perusahaan. Salah seorang anaknya, Peggy Guggeinheim merupakan seorang pereka fesyen dan pengumpul lukisan dan kini terdapat sebuah muzium di New York.

Guggenheim menaiki Titanic bersama perempuan simpanannya, Leontine Aubart yang merupakan penyanyi berbangsa Perancis. Ketika malam kejadian, Guggeinheim sedang tidur dan beliau tersedar setelah merasai sedikit gegaran.

Guggeinheim kemudian dimaklumkan oleh pembantunya, Victor Goglio bahawa beliau juga turut merasai gegaran serupa. Henry Etches, pelayan bilik tidur membantu Guggeinheim untuk menyiapkan diri. Guggeinheim juga sempat menghantar isteri dan pembantu isterinya menaiki bot keselamatan dan berkata di dalam bahasa Jerman “Semoga kita berjumpa lagi, Jangan risau, ini adalah kemalangan biasa”

Namun, apabila beliau menyedari keadaan memburuk, Guggeinheim pulang semula ke kabinnya dan memakai sut petang. Salah seorang saksi, Amelia Icard berkata Guggeinheim membantu para wanita untuk menaiki bot keselamatan. Guggeinheim juga turut berkata beliau memakai pakaian terbaik untuk m*ti sebagai seorang budiman.

Guggeinheim juga sempat meyampaikan pesanan kepada isterinya melalui Henry Samuel Etches. Beliau berkata Jika apa-apa terjadi pada dirinya, katakan saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai lelaki budiman. Guggeinheim kali terakhir dilihat berada di foyer tangga utama sambil meminum secawan brandy bersama pembantunya.

Kisah heroism Guggenheim menjadi berita di salah sebuah akhbar

Isidor Strauss
Isidor Strauss merupakan individu terakhir yang didakwa sebagai sasaran. Isidor merupakan bekas Ahli Dewan Perwakilan New York pada 1894 hingga 1895. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas syarikat Macy.

Isidor menaiki Titanic bersama isterinya Ida setelah bercuti musim sejuk di Cape Martin, Perancis. Di atas Titanic, Isidor banyak menghabiskan masanya membaca buku di perpustakaan kapal.

Pada malam kejadian, Isidor banyak membantu para penumpang untuk menyelamatkan diri mereka. Satu ketika, beliau dipelawa untuk menyelamatkan diri namun beliau memilih untuk berada di atas kapal. Malah, apabila Kolonel Archibald Gracie mempelawa beliau untuk menaiki bot keselamatan beliau turut menolak. Isterinya, Ida apabila dipelawa, isteri beliau berkata dia akan sentiasa bersama-sama suaminya. Isidor dan Ida sempat menghantar orang gaji mereka untuk menaiki bot keselamatan dan memberikannya sepasang jaket kulit.

Isidor dan Ida kali terakhir dilihat di dek bot duduk bersama-sama sambil berpelukan. Boleh dikatakan mereka ini ialah Jack-Rose sebenar Titanic. M4yat Isidor ditemui dan dikeb*mikan di ma*am keluarganya di New York.

Upacara memperingati pasangan Isidor dan Ida Strauss

Bagi memperingati pasangan ini, sebuah memorial dibina di Manhattan, New York bagi memperingati kisah romantis mereka.

Berdasarkan kenyataan di atas, rata-rata di antara mereka berpeluang untuk menyelamatkan diri namun mereka memilih untuk m*ti sebagai seorang budiman. Lagipun, siapalah mereka ini dianggap sebagai anc4man utama pihak pihak tertentu. Presiden Amerika pun boleh kena bvnuh, takkan la sebuah kapal dibina untuk membvnuh tiga orang ni je.

Jadi, untuk mengetahui bagaimana realiti sebenar Titanic, boleh lah membeli Titanic Di Hujung Jari keluaran The Patriots Publishing.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.