Kinta Valley Home Guard: Cina Yang Melawan Komunis

1,537

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kinta Valley Home Guard. Mereka Cina, tapi mereka juga pejuang negara.

Ditubuhkan pada 1 Mei 1952, mereka ditugaskan kebanyakan masanya mengawal dan menjaga kepentingan lombong bijih timah dari sabotaj dan serangan komunis. KVHG dibubarkan pada 31 Disember 1952.

Rata-rata mereka adalah pendukung Sun Yat Sen, nasionalis China yang dimusuhi oleh Parti Komunis China.

Persengketaan ideologi antara nasionalis vs komunis di China berlarutan biarpun mereka datang berteduh di Tanah Melayu.

Kebencian mereka terhadap komunis telah dipupuk lama.

Veteran-veteran mereka kebanyakannya anggota dan pemimpin parti MCA. Malah pimpinan terawal, antara pengasas MCA iaitu Tun HS Lee, menteri kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama adalah pemimpin Cina di Tanah Melayu yang paling kuat melobi penubuhan KVHG ini ketika itu.

Asalnya dari gerakan nasionalis China, kecintaan dan semangat nasionalisme mereka dipupuk sejak bertapak di Tanah Melayu.

Mereka sedar dengan menghapuskan ancaman komunis, perpaduan dan keselamatan negara akan terjamin dan kehidupan mereka akan aman sentosa.

Terima kasih KVHG.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.