Kimetsu no Yaiba (Demon Slayer): Sejarah Dan Tema

879

Genre: Dark fantasy, martial arts, adventure
Anime paling cool pernah aku tonton.

Mulanya aku tak nak tengok pun anime ni. Sebab 2 tahun lepas rasanya aku pernah baca review dan tengok reaction ep 1 yang katanya ada unsur kurang sesuai ditonton.
Tapi sebab haritu ada la pulak viral kat tweeter budak tu tanya pasal tajuk anime ‘gadis gigit lemang’ (buluh la). Sekali tengok karakter tu, ehh macam lain je daripada karakter dalam anime yang aku tengok video reaction tu.

So aku pun curious la cari anime gadis lemang ni. Sebab macam comel je karakter anime ni.
Sekali, betul la. Memang lain, aku dah SALAH paham rupanya. Yang dalam video tu ‘Goblin Slayer’ tapi yang ni ‘Demon Slayer’.

Aduhhh maaf. So aku pun tengok la ep 1. Guess what? Aku dah terpana. Seriously? Ini Demon Slayer? Best giler kot. Of course la aku tengok sampai habis season 1.
Apa yang best sangat? Banyak.

Antaranya,

1. Tema dan persoalan dalam siri anime ni memang suka. Tentang kasih sayang dua beradik dan nilai kebahagiaan keluarga. Nilai dan pengajaran dalam kehidupan yang kadang kita terlepas pandang. Walaupun Nezuko dah jadi demon, abang dia tetap tak abaikan dia apatah lagi nak bunuh. Maka bermulalah usaha dan azam nak sembuhkan adik perempuannya. Kita pun patut contohi sikap jangan putus asa dengan keluarga.

Selain itu, isu ‘tak sampai hati’ Tanjiro pada demon yang dia lawan. Sejahat mana pun ‘demon’ tu, dulunya pernah jad manusia. Itu yang Tanjiro tetap tunjukkan kebaikan dia pada demon tu semua di akhir hayat dorang. Begitu juga kita tak berhak menilai seseorang itu pada luaran semata.

2. Anime ni juga letakkan setting timeline dunia sebenar. Iaitu Jepun pada era Taisho (Maharaja empayar Jepun ke-2 selepas Maharaja Meiji yang membuat relovusi
menggantikan pemerintahan Shogun Tokugawa). Iaitu sekitar tahun 1912 hingga 1926.

3. Subang unik yang dipakai Tanjiro, ‘Hanafuda’. Subang bercorak itu diambil daripada salah satu corak yang ada dalam 48 jenis kad hanafuda. ‘Hanafuda’ adalah sejenis permainan kad yang mempunyai 48 jenis dengan corak bunga kebanyakannya.

Hanafuda sendiri bermaksud ‘kad bunga’ atau ‘flower cards’. Permainan kad ini diperkenalkan di Jepun oleh pedagang Portugis sekitar pertengahan abad ke-16. Permainan kad ini juga dimainkan di Korea yang dipanggil ‘Go-stop’ dan di Hawaii dengan nama ‘Koi-koi’.

4. Yang paling aku terpaku dan terpukau adalah lukisan itlustrasi latar dan karakter yang sangat cantik, lawa dan menawan.

Seriously, i can’t resist this kind of gorgeous, artistic artworks.

Itlustrasi latar dan scenery yang nampak macam 3D acrylic painting, dengan gaya lukisan 3D karakter, effect dengan bold artline.

Lawa sungguh.

Teringat pulak dulu lepas SPM aku dapat offer sambung study dalam bidang animasi. Sekali, mak aku cakap,

“Hang nak buat apa lukis kartun?”

Terus aku pilih UIA, bidang sejarah yang juga aku minat sangat selain senibina dan animasi. Haha.

Anime ni dalam kategori Shonen (male character as lead and focus on male teenage readers). Season 1 dah habis. Season 2 mungkin tahun depan atau tak tahu bila. Tapi sebelum tu akan ada satu filem inter-season yang bakal keluar.

Lastly, aku suka monolog dalaman Tanjiro:

“…We don’t have an easy life, but we’re happy. But life could change suddenly like the weather. It shifts and moves on. It’s not like it always stays sunny, and it’s not like it ever snows endlessly. And, whenever happiness is destroyed, there’s always a smell of blood..”
It sounds like he is a wise little boy.

P/s: Nama asal anime ini patutnya ialah ‘Kisatsu no Yaiba’. Tapi ‘satsu’ (kill) tu macam keras sangat. So ditukarkan kepada ‘kimetsu’ walaupun tak ada makna khusus.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.