Bukan. Dalam gambar ini bukan Kim Jong-un. Walaupun rambutnya, oh yeah.

Dia ialah Kim Il-sung, datuk kepada Kim Jong-un. Yang bersama dengannya ialah Ho Chi Minh, pengasas Vietnam Utara komunis yang menyatukan Vietnam pada tahun 1975 sehingga hari ini.

Kim Il-sung ialah pengasas Korea Utara dan memerintahnya dari tahun 1948 sehingga kematiannya pada tahun 1994. Selain rambut sama power, cucunya Kim Jong-un sedikit sebanyak mewarisi kehebatan dia dalam diplomasi (kehebatannya akan diterangkan di bawah lagi).

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi? Tapi kelebihan pasangan datuk dan cucu ini sebenarnya boleh dikait balik dengan sejarah yang lebih awal.

Dalam sejarah, Korea dan Vietnam ialah sasaran utama bagi China untuk memperluaskan wilayah dan kuasa kerana kedudukan mereka di sempadan China. Saiz mereka yang kecil membuat mereka jadi easy target. China pernah menawan Vietnam sebanyak 4 kali, tapi Vietnam juga berjaya membebaskan dirinya daripada China sebanyak 4 kali.

Berbanding dengan Vietnam, Korea kurang bernasib baik. Kebanyakan masa Korea terpaksa tunduk kepada China sebagai negara tributari. Negara tributari bermaksud mengakui China sebagai tuan. Dengan itu, pemerintah Korea tak boleh pakai gelaran maharaja, hanya boleh pakai gelaran raja.

Hanya ada satu zaman di mana Korea berjaya membebaskan dirinya daripada pengaruh China iaitu pada awal pemerintahan Dinasti Silla (668-935).

Sebelum itu, Semenanjung Korea berada dalam keadaan berpecah belah selama 600 tahun. Tempoh sejarah itu dikenali sebagai Samguk Sidae (삼국시대) atau Zaman Tiga Kerajaan kerana pada tempoh ini ada tiga negara yang bersaingan: Goguryeo, Baekje dan Silla.

Pada asalnya Silla ialah negara yang paling lemah di kalangan tiga ini. Dari segi ketenteraan ia jauh ketinggalan berbanding Goguryeo, dari segi ekonomi ia tak setanding Baekje. Jadi Silla selalu kena buli.

Tapi kelebihan Silla ialah ia pandai berdiplomasi. Asalnya persaingan tiga kerajaan ini bersifat tiga penjuru. Silla mencadangkan penubuhan pakatan dengan Baekje untuk mengimbangi Goguryeo. Hasilnya, pakatan Silla-Baekje berjaya mematahkan serangan Goguryeo.

Namun Silla mengkhianati Baekje dengan merampas wilayah Baekje. Silla berbuat demikian kerana nak ambil peluang untuk memperkuatkan diri. Tapi tindakan Silla membuat kedua-dua Baekje dan Goguryeo memusuhi Silla, dan Silla kini perlu menghadapi pakatan Goguryeo-Baekje pula.

Jadi, sebagai solusi, Silla menubuhkan pakatan dengan China. China ketika itu di bawah pemerintahan Dinasti Tang. Dengan bantuan China, Baekje dihapuskan pada tahun 660 dan Goguryeo dihapuskan pada tahun 668. Silla muncul sebagai pemenang dalam perang tiga kerajaan.

Tapi China bukannya ikhlas nak membantu Silla. Ia sebenarnya ingin menelan seluruh Semenanjung Korea termasuk Silla. Tapi disebabkan China dah exhausted dalam peperangan yang lama dengan Goguryeo, maka Silla berjaya mempertahankan kedaulatan Korea.

Silla pun tak mahu bermusuhan lama dengan China, dengan itu Silla secara sukarela menjadi tributari kepada China. Dinasti-dinasti selepas Silla iaitu Goryeo (935-1392) dan Joseon (1392-1910) meneruskan tradisi tersebut sehingga Korea merdeka dari pengaruh China pada tahun 1895, sebelum dijajah oleh Jepun dari 1910 hingga 1945.

Selepas Korea merdeka dari Jepun, sekali lagi ia berpecah kepada Korea Utara dan Korea Selatan. Korea Utara disokong oleh kuasa komunis Soviet Russia dan China, manakala Korea Selatan disokong oleh US.

Yang menariknya, pengasas Korea Utara iaitu Kim Il-sung sebenarnya ialah keturunan raja-raja Silla. Kim Il-sung berasal dari suku atau “bongwan” (본관) bernama Jeongju Kim-ssi (전주김씨). Jeonju Kim-ssi ialah keturunan Raja Gyeongsun, raja terakhir Dinasti Silla.

Jeongju Kimssi bertumpu di Jeongju, Korea Selatan. Moyang Kim Il-sung berhijrah ke Pyongyang sekitar abad ke-16, waktu itu Korea belum berpecah lagi.

Di Korea Selatan hari ini ada lebih kurang 60,000 ahli suku Jeongju Kim-ssi. Salah seorang ialah Kim Taeyeon, lead singer kumpulan Girls Generation. Taeyeon tak ada kena mengena dengan artikel ini, just so you know mereka ada bau-bau bacang.

Sejarah berulang, seorang berdarah Dinasti Silla terpaksa meminjam kekuatan China untuk tujuan survival. Dan kalau bukan kerana bantuan China, Korea Utara dah lama ditawan oleh pakatan Korea Selatan dan US. Kim Il-sung terhutang budi dengan China.

Namun Kim Il-sung tak mahu menjadi boneka kepada China. Jadi Kim Il-sung memperkenalkan dasar “Juche” dengan tujuan untuk memerdekakan Korea Utara daripada pengaruh asing.

Tapi nak Juche macam mana kalau kuasa-kuasa besar yang mengelilingi kamu termasuk China semuanya kuasa besar pemilik senjata nuklear?

Jawapannya: buat nuklear sendiri. Program pembangunan senjata nuklear Korea Utara dilancarkan oleh Kim Il-sung pada 1970-an. Hasilnya, kita boleh nampak bagaimana nuklear menjadi “bargaining chip” Korea Utara dalam deal dengan kuasa-kuasa besar ini.

Walaupun Kim Jong-un menunjukkan komitmen dia terhadap “denuclearization”, tapi apa yang Kim setuju ialah “denuclearization of Korean Peninsula” bukan “denuclearization of North Korea”.

US menafsirkan “denuclearization of Korean Peninsula” sebagai isyarat Kim Jong-un bersetuju untuk menghapuskan senjata nuklear dalam neharanya. Tapi bagi Kim Jong-un, apa yang dia maksudkan ialah US pun harus menarik liputan perlindungan senjata nuklear yang diberikan kepada Korea Selatan, barulah seluruh Semenanjung Korea bebas daripada nuklear.

Sekiranya US gagal berbuat demikian, maka ia akan memberi asbab kepada Kim Jong-un untuk mengaktifkan semula senjata nuklearnya, dengan alasan US tak menunaikan tanggungjawabnya.

Jadi korang jangan tengok Kim Jong-un ni macam blur, macam tak bijak. Sebenarnya dia licik namati. Dalam badannya mengalir darah raja-raja Silla. Kalau Silla boleh handle China pada Dinasti Tang (yang merupakan kemuncak kuasa China dalam sejarah), apalah sangat dengan US dan China pada hari ini?

Kim Il-sung dan cucunya tidak lupa sejarah, dan mengambil inspirasi dari pengalaman nenek moyang mereka. Kita pula bagaimana?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.