Bila kita berbicara tentang pisang, kita bercakap tentang buah yang paling banyak dimakan di dunia. Pisang mempunyai nama-nama tertentu di sesetengah tempat di dunia seperti kela (Bahasa Hindi), arati pandu (Telugu) dan ethapazham (Malayalam). Dari segi nilai kewangan mengikut tanaman makanan dunia, pisang diletakkan pada kedudukan keempat. Selain kaya dengan vitamin dan mineral, pisang turut menyimpan rahsia tersendiri pada kulitnya. Siapa sangka kulit pisang turut mempunyai manfaat tersendiri.

KELEBIHAN KULIT PISANG

1. Boleh memutihkan gigi. Sapukan kulit pisang dekat gigi seminit setiap hari dalam seminggu sebelum menggosok gigi. Anda pasti suka mendapat gigi yang lebih putih dan berseri sekaligus menjadikan penampilan anda lebih menarik dan mengukuhkan lagi keyakinan diri anda bila berada di khalayak.

2. Menghapuskan jerawat. Kulit pisang mengandungi vitamin dan mineral untuk mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit. Selain itu, ia membantu proses menegangkan kulit. Caranya, sapukan kulit pisang pada kulit muka setiap malam dan kulit muka akan kelihatan lebih bersih dan berseri.

3. Membuang selumbar yang menyakitkan. Caranya, sapukan kulit pisang pada bahagian tubuh badan yang terkena selumbar tersebut. Kulit pisang mengandungi enzim yang boleh mengeluarkan selumbar yang terperangkap dalam badan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada bahagian yang terkena.

4. Ubat sakit kepala. Caranya, letakkan beberapa kulit pisang dalam peti sejuk. Ambil kulit pisang yang telah disejukkan dan letakkan di bahagian dahi.

5. Ubat gigitan serangga. Caranya, ambil kulit pisang dan sapu pada bahagian badan yang terkena gigitan serangga. Ini membantu menghilangkan kegatalan pada bahagian tersebut.

6. Bahan penggilap. Jika nakkan barangan perak, barangan kulit atau kasut kembali berkilat, ambil kulit pisang dan sapu pada salah satu benda yang disebut. Ia akan kembali berkilat dengan cepat.

7. Pelindung sinaran ultra ungu (UV ray). Caranya, tinggalkan seketika kulit pisang di bawah cahaya matahari. Selepas itu, sapu kulit pisang tersebut pada mata anda. Selain melindungi mata dari sinaran ultra ungu, ia turut mengurangkan risiko penyakit katarak.

8. Makanan. Ya, kulit pisang boleh dimakan begitu saja tetapi rasanya tidak akan menyelerakan. Tunggu ia masak sedikit kerana ketika itu, rasanya sedikit manis, senang dikunyah dan kulitnya lebih nipis. Sesetengah orang lebih suka merebus kulit pisang selama 10 minit sebelum dikisar untuk dijadikan jus atau dicampur dengan buah-buahan lain. Resepi masakan Asia menggunakan kulit pisang untuk melembutkan daging atau menjadikan ayam lebih berjus. Kulit pisang boleh dimasak dengan isinya atau digoreng biasa. Sedikit ingatan bagi yang mahu mencuba, sekiranya membeli pisang yang ditanam secara komersial, bersihkan kulit pisang terlebih dahulu dengan air sebelum digunakan dalam masakan atau dimakan begitu saja.

9. Membuang kutil. Kulit pisang boleh membantu menghilangkan kutil dan mengelakkan pertumbuhan baru kutil. Caranya, ambil kulit pisang dan sapu pada bahagian yang terkena atau letak pada bahagian tersebut semalaman.

10. Pelega kesakitan. Sekiranya merasa sakit pada bahagian tertentu, ambil kulit pisang dan letak pada bahagian yang sakit itu. Biarkan ia selama 30 minit sehinggalah sakit tersebut hilang. Jika mahukan ia jadi lebih berkesan, campurkan kulit pisang dengan minyak sayuran dan ikut proses sama.

11. Baja pokok. Caranya:

i. rendam kulit pisang selama sehari atau dua hari. Kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk menyiram tanaman anda.

ii. potong kulit pisang jadi bahagian-bahagian lebih kecil dan tanam dalam tanah tanaman anda. Potongan kecil ini membantu cacing dan mikroorganisme untuk memecahkan ia bagi melepaskan nutrien kulit tersebut pada tanaman yang ditanam.

iii. potong kulit pisang jadi bahagian-bahagian kecil dan keringkan kulit pisang selama sehari atau dua hari di bawah cahaya matahari atau ketuhar mikro sehingga ia jadi seperti kerepek. Taburkan kepingan-kepingan ini pada tanaman dan siram.

TIPS PENTING:

a) Gunakan kulit pisang segar untuk dapat kesan yang efektif.

b) Jangan simpan lama pisang yang telah dikupas kulitnya. Gunakan pisang tersebut dengan segera selepas kulitnya dikupas. Begitu juga dengan kulit pisang, ia juga harus digunakan dengan segera.

c) Simpan pisang di tempat yang kering dan sejuk serta jauhkan ia dari haba atau cahaya matahari.

d) Jangan simpan kulit pisang dalam peti sejuk kecuali jika mahu disejukkan dan digunakan untuk dijadikan ubat pening kepala atau sebagai baja pokok.

e) Jangan buang kulit pisang merata-rata. Buang di tempat yang disediakan atau gunakan untuk tujuan lebih baik.

SUMBER

1. Young, Sarah. (2017). The Independent. TEETH WHITENING, ACNE & SPLINTERS: SEVEN SURPRISING WAYS TO USE A BANANA PEEL. http://www.independent.co.uk/life-style/banana-peel-uses-teeth-whitening-acne-splinters-headaches-list-wise-bread-a7998936.html

2. Gibson, Anne. (2016). The Micro Gardener. DIY Fertilisers – How to Use Banana Peels. https://themicrogardener.com/diy-fertilisers-how-to-use-banana-peels/

3. Bhagat, Jayshree. (2017). Style Craze. 10 Amazing Benefits of Banana Peels. http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-banana-peels/#gref

4. Orwig, Jessica. (2015). Business Insider. People around the world are eating banana peels because they know something that Westerners do not. http://www.businessinsider.my/benefits-of-eating-banana-peels-2015-9/?r=US&IR=T

5. Bond, Owen. (2017). Live Strong. What Are the Benefits of Eating Banana Peels? https://www.livestrong.com/article/457082-what-are-the-benefits-of-eating-banana-peels/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply