1. Khalifah Harun Al-Rasyid adalah umpama air yang mencambahkan pohon ilmu di mana buahnya akhirnya menaikkan Empayar Islam Abbasiyyah menuju puncak kegemilangannya. Pemimpin agung Islam ini dilahirkan di Bandar Rayy, Iran pada tahun 17 Mac 763 Masihi ini kemudiannya naik menjadi khalifah selepas kemangkatan abangnya, Khalifah al Hadi pada 14 September 786 Masihi.

2. Pada usia muda lagi, baginda menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin yang sangat cintakan ilmu. Baginda sangat minat membaca buku-buku ilmu, contohnya buku mengenai sejarah, puisi dan sebagainya.

3. Antara jasa baginda ketika menjadi khalifah ialah mengasaskan Baitul Hikmah sebagai badan penterjemahan yang akan menterjemahkan semua khazanah ilmu dari tamadun-tamadun dunia seperti China,India dan Yunani. Selain itu, baginda juga berusaha untuk mewujudkan perpustakaan dan tempat latihan untuk para guru. Baginda turut memperkenalkan majlis Al-Muzakarah, iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.

4. Zaman pemerintahan baginda juga, dikenali sebagai zaman Ilmuan Islam dan Zaman Keemasan Empayar Abbasiyyah, kerana pada zaman bagindalah kota Baghdad menjdi pusat tumpuan menuntut ilmu yang termaju dan terkini di dunia,selain menjadi antara bandaraya terbesar di dunia pada zaman itu. ramai cendekiawan Islam dan Bukan Islam datang ke Baghdad untuk melanjutkan pelajaran mereka.

5. Baginda dikatakan mengetuai perperangan menentang askar Rom Byzantin dan menawan bahagian Utara Mesir, Libya dan Tunisia. Zaman baginda juga memperlihatkan kejayaan Empayar Islam Abbasiah berjaya menundukkan 10 buah negara menjadi sebahagian daripada Darul Islam pada masa itu. Empayar Islam Abbasiyah di bawah pemerintahannya dinobatkan sebagai empayar terkaya di dunia dengan sumber ilmu yang cukup banyak daripada tamadun Islam sendiri dan tamadun lain sebelum kedatangan Islam seperti Yunani, Mesir Purba. Rom, Parsi dan sebagainya.

6. Baginda menukarkan pentadbiran daripada Baghdad ke Ar-Raqqah, Syiria kerana Bagdhad di bawah pemerintahan baginda penuh sesak dengan orang yang datang dari segenap sudut dunia mahu menuntut ilmu.

7. Bandaraya Baghdad di bawah pemerintahan baginda menjadi pusat tumpuan untuk mempelajari ilmu-ilmu duniawi seperti ilmu hisab, sejarah, astronomi, sains, geografi dan sebagainya. Baghdad juga turut menjadi pusat pengajian ilmu-ilmu agama seperti fekah, tauhid dan hadis. Pada saat keemasan ilmu empayar Abbasiyyah,benua Eropah masih lagi diselubungi zaman kegelapan selepas kejatuhan Empayar Rom.Ketika pemerintah dunia Islam menjemput para ilmuwan datang menyebarkan ilmu di Baghdad,ada di kalangan raja-raja di Eropah yang tidak tahu menulis,malah ada juga yang buta huruf!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply