Pada setiap era empayar Islam pasti adanya zaman dianggap zaman kemuncak dan kegemilangan empayar mereka. Era kemuncak Khulafa’ Rasyidin adalah di zaman Khalifah Umar al-khattab manakala era kemuncak Bani Abbasiyah adalah pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid dan Khalifah Al-Makmun serta era kemuncak Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah pada zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni. Sesungguhnya era kemuncak kerajaan Bani Umayyah adalah pada zaman Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Mengapa dinyatakan demikian? Insya-Allah akan dijawab melalui tulisan ini.

Jika kita mempelajari Sejarah Bani Umayyah kita akan mendapati Bani Umayyah memiliki 3 generasi generasi peratama bermula pada pembunuhan khalifah Uthman yang menyaksikan pertembungan Khalifah Ali melawan Muawiyah. Manakalah generasi adalah fasa Marwan dan anaknya Abdul Malik menghadapi ibn Zubair. Generasi 3 pula adalah generasi yang cinta akan peradaban. Orang Bani Umayyah pada genarasi ketiga inilah yang berperanan membina sebuah tamadun Islam yang maju.

Sungguh dunia tidak menyedari Bani Umayyah la yang meletakkan dasar peradaban islam kemudian hasilnya dipetik dan dirasa oleh orang-orang Bani Abbasiyah. Generasi ini merangkumi khalifah al-Walid, Khalifah Sulaiman, Khalifah Umar, Khalifah Yazid II dan Khalifah Hisyam. Perletakkan dasar keamanan dan kemajuan ini sudah tentu usaha Khalifah Abdul Malik bin Marwan, apabila beliau berjaya mengamankan negara islam serta meletakkan dasar-dasar negara Bani Umayyah dengan proses Arabisasi yang dilakukan olehnya dalam pelbagai bidang. Namun segala kemajuan dirasai pada era anaknya Abdul Malik yang bernama Al-Walid. Siapakah beliau? Dan apa jasanya pada kerajaan islam?

Namaya Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam. Ibunya bernama Wiladah bin Al-Abbas. Beliau adalah putera sulung khalifah Abdul Malik yang dilahirkan pada 50 H. Khalifah Abdul Malik sangat mengutamakan pendidikan anaknya. Beliau selalu memberi dorongan kepada Al-Walid agar menguasai bahasa Arab dengan baik sehinggakan berkata “yang boleh memimpin bangsa Arab hanyalah orang yang menguasai bahasa mereka dengan baik”.

Al-Walid juga sangat mencintai Al-Quran bahkan mendorong masyarakat menghafalnya dengan memberi ganjaran yang besar. Imam Al-Dzahabi dalam Siyar a’lam Nubala 4/348 meriwayatkan bahawa Ibrahim bin Abu Ablah mengisahkan “pada suatu hari al-Walid berkata kepada ku:

Berapa lama kau mengkhatam Al-Quran?”. “Dalam waktu sekian-sekian”. Jawabku. Ia berkata “Amirul Mukminin di tengah kesibukkannya dapat mengkhatam setiap 3 hari.” Al-Walid berkata “selama bulan Ramadan aku membaca Al-Quran sebanyak 17 khataman.” Setelah menceritakan kisah ini ibrahim berkata “semoga Allah merahmati Al-Walid, manakah orang sepertinya, ia membangun Masjid Damsyik ia juga memberiku beberapa potong perak untuk aku bahagikan kepada penghafal Al-Quran di Baitulmaqdis”.

Boleh dikatakan Khalifah Al-Walid banyak mengabdikan diri demi kemegahan Islam. Pada zamannya terjadi pelbagai pembukaan daerah bukan Islam. Beliau juga ingin memegahkan kerajaan Islam dengan pembinaan banggunan-banggunan mega.

Beliau juga berjaya meningkatkan pendapatan negara memanfaatkan hasil pertanian, buruh dan pembaikkan ekonomi. Walaupun Khalifah Al-Walid juga memiliki sifat diktaktor seperti bapanya Khalifah Abdul Malik, namun beliau memiliki cita-cita untu membentuk masyarakat Madani. Maka demi merealisasikan hasratnya Khalifah Al-Walid telah melaksanakan program pembanggunan dan kemajuan besar-besaran di kota-kota Islam.

Program pertamanya sudah tentu mengindahkan ibu kota Bani Umayyah iaitu Damsyik. Beliau berhasrat menjadikan Damsyik ibu kota yang sangat memikat dan indah. Maka beliau cuba memperindahkan dengan seni-seni manusia yang indah. Khalifah Al-Walid menagnggap projek ini memberi kesan positif pada agama. Maka tempat yang paling sesuai dibina adalah Masjid.

Khalifah Al-Walid ingin membina sebuah Masjid yang agung di mana tiada satu pun rumah ibadat yang sama dengannya dan menjadi salah satu keajaiban dunia. Masjid yang besar ingin dibina Khalifah Al-Walid dapat menjadi tempat rehat kepada sesiapa sahaja seperti musafir.

Dalam hal ini, Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik berusaha menggabung seni bina Arab dan Byzantine. Maka Al-Walid ketika itu seorang putera raja melihat masjid ini perlu dibina dj tengah kota agar masjid ini dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Kemudia Al-Walid menjumpai tempat yang sesuai iaitu sebuah gereja milik kristian semenjak zaman Rom lagi. Gereja itu diambil alih dan di atasnya, Al-Walid ingin membina sebuah masjid dipanggil Masjid Umawi. Khalifah Al-Walid telah menyediakan dana sebanyak 50 kotak emas dan 7 tahun wang pajak. Hal ini menyebabkan tersebar khabar khalifah Al-Walid mengambil wang rakyat secara keseluruhannya.

Maka dijawab Khalifah Al-Walid tabungan wang rakyat masih tersisa sebanyak 10 tahun wang pajak. Khalifah Al-Walid telah mengerah khidmat sebanyak 10 ribu orang perkerja untuk menjayakan projeknya. Pekerja ini terdiri darioada penduduk asli Rom yang masih tinggal, sebahagian orang Koptik dan Parsi. Orang Arab bertindak sebagai penasihat pembanggunan. Bentuk banggunan masjid ini berupa lengkungan-lengkungan, tiang-tiang serta kubah-kubah menurut seni Byzantine.

Tetapi konsep Islamik tetap dijalankan pada masjid ini sehingga hiasan-hiasan, tembok-tembok dicat dengan cat emas. Turut diletakkan juga mozaik-mozaik dalam tiang masjid sehingga masjid kelihatan berkilauan emas. Seakan-akan api obor menyala indah sehingga Damsyik dianggap salah satu daripada keajaiban seni dunia.

Khalifah Al-Walid tidak melaksanakan pembanggunan masjid di Damsyik sahaja tetapi beliau memerintahkan gabenor-gabenornya membangunkan masjid yang indah di wilayah mereka menggunakan wang negara. Khalifah Al-Walid turut meneruskan usaha bapanya dalam membangunkan Masjid al-Aqsa di Jerusalem. Al-Walid juga menugaskan gabenor Madinah iaitu Umar bin Abdul Aziz untuk memperluaskan masjid Nabawi sehingga masjid kelihatan baru dan indah.

Khalifah Al-Walid juga berusaha membantu orang-orang yang lemah. Baginda membina rumah sakit untuk orang sakit kusta. Beliau juga menugaskan para pegawai untuk membantu orang buta. Orang yang tidak boleh berdiri juga harus mendapatkan khidmat pembantu. Beliau juga memberikan wang kepada fakir miskin.

Kota Damsyik juga sangat terang pada waktu malam. Khalifah Al-Walid memerintahkan setiap jalan diterangi sehingga jalan kelihatan bagai permata yang berkilauan. Jalan-jalan yang rosak turut dibaiki serta sumur-sumur didirikan untuk pengambilan minyak. Khalifah Al-Walid turut melarang orang fakir meninta-minta kerana wang di baitulmal sudah cukup untuk mereka.

Khalifah Al-Walid berusaha meningkatkan hasil pertanian dengan memperbaiki tanah-tanah di Iskandariah. Khalifah Al-Walid inginkan konsep permerintahan bercorak Arabis dan Islami. Maka beliau hanya menetapkan jawatan tertinggi untuk bangsa Arab sahaja. Khidmat keluarga Sarjun bin Musa telah dihentikan dan diganti oleh orang Arab berbangsa Islam.

Khalifah Al-Walid turut ingin memperkuatkan lagi kekuasaan Islam dengan melakukan perluasan kuasa Islam secara besar-besara. Pasukan Islam yang dibentuk berjaya maju menawan benteng-benteng yang tidak pernah dijangkau kaum muslimin sebelum mereka. Strategi Al-Walid adalah menghantar 3 pasukan islam dalam medan pertempuran pada waktu yang sama. Ia ingin pasukannya tersebar di semua daerah. Startegi ini tentunya gila dan berbahaya kerana tindakan membuka medan peperangan yang banyak dalam satu masa sangat berisiko.

Namun Al-Walid tidak menghiraukannya dan menganggap strateginya ini adalah sunnah Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar dan Khalifah Uthman yang selalu membuka pertembungan dari pelbagai arah yang dianggap Al-Walid rahsia kejayaan islam. Idea Al-Walid ini sungguh dasyat kerana bertapa luasnya wilayah Kuffar ditawan iaitu di daerah Sind, daerah asia tengah sehingga Armenia, Maghribi dan Andalusia (sepanyol). Walapun gerakan ini dipinpin oleh jeneral yang berbeza tetapi strategi mereka adalah sama.

Setiap pasukan harus bergerak dari satu daerah ke satu daerah dengan pantas. Pasukan Islam tidak boleh duduk diam tetapi harus terus menakluk wilayah di hadapan mereka. Penduduk tempatan diberi amanah menjaga wilayah ditawan namun jika berkhianat, padah nasibnya. 4 jeneral yang bertanggung jawab ialah al-Hajjaj menghantar tentera dipimpin Muhammad bin Al-Qasim ke Sind dan Qutaibah bin Muslim ke Asia Tengah. Musa bin Nushair menghantar Tariq bin Ziyad menakluk Andalusia di Eropah manakala adik Al-Walid, Maslamah menghdapi Rom di Afrika Utara.

Wafat

Al-Walid meninggal pada 96 H dan digantikan oleh adikanya Sulaiman. Beliau meninggalkan sebuah negara yang besar dan maju. Imam Al-Dzahabi berkata dalam siyar “ia memiliki sifat sewenang-wenang dan diktaktor pada eranya. Namun, ia memberi santunan kepada ahl fiqh, anak yatim, orang cacat dan orang lemah.semoga Allah memberi ampunan kepadanya.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama Diberi Muhammad Iqbal Harraz bin Mohd Yaakub. Masih lagi belajar di UiTM Rembau di dalam jurusan diploma mascomm. Sangat meminati sejarah Islam dan suka berkongsi apa yang dibaca kepada orang ramai. Berpegang kepada prinsip "yang Benar tetap Benar".

Comments are closed.