Khalifah Abdul Malik bin Marwan: Antara Ahli Ibadah Dan Diktator

0
1318
views

Soalan: Mengapakah khalifah Abdul Malik bin Marwan sebelum menjadi khalifah merupakan seorang ahli Fiqh yang hebat serta ahli ibadah yang sangat warak sehingga digelar “merpati masjid” namun apabila berkuasa beliau berubah menjadi seorang ditaktor yang sangat tegas sehingga pembesar atau rakyat tidak dibenarkan mengkritiknya?

Jawapan: Khalifah Abdul Malik bin Marwan merupakan watak khalifah Bani Umayyahyang sangat menarik untuk dibahaskan. beliau memiliki sisi putih dan hitam dalam sejarah islam. Beliau dianggap penyatu umat setelah berjaya menumpaskan gerakan Ibn Zubair dan kelompok syiah tawwabun yang berlaku semenjak zaman khalifah Yazid.

Kejayaanya ini hasil daripada kebijakkan realpolitiknya seperti membiarkan kelompok ibn Zubair menghapuskan kelompok Tawwabun sebelum akhirnya beliau dapat memfokuskan perlawanan dengan ibn Zubair. Beliau juga berjaya menarik pendokong Ibn Zubair berpaling tadah sehingga anak2 ibn Zubair turit mengkhianatinya. Akhirnya ibn Zubair melawan seorang diri sebelum ditumpaskan oleh tentara khalifah Abdul Malik yang dipimpin oleh Hajjaj. Ibn Zubair terbunuh dan mayatnya disalib.

Sebelum menjadi khalifah, Abdul Malik terkenal dengan kewarakkannya. Imam Al-Dzahabi berkata dalam Tarikh Al-Islam ” sebelum menjadi khalifah, ia merupakan seorang yang taat ibadah dan sering solat malam, ia sering Solat zohor bersama imam kemudian ia masih solat sunnah sehingga masuk waktu Asar.” Beliau juga adalah ahli Fiqh yang terkenal sehinggap termasuk salah satu dari Tujuh ahli fiqh yang alim di Madinah. Diriwayatkan dalam Al-Bidayah wa nihayah karya Ibn Kathir, Nafi’ pernah berkata “Aku melihat Madinah tidak ada yang lebih dermawan, tidak ada yang lebih ahli Fiqh dan tidak ada yang lebih hafal kitabullah di sana daripada Abdul Malik bin Marwan.”

Namun yang menghairankan apabila menjadi khalifah, Abdul Malik bin Marwan berubah menjadi ditaktor yang tegas, sesiapa menyelisihinya akan dihukum. Bahkan beliau banyak menyelisihi pandangan fiqhnya sebelum ini. Sikap ini merupakan perubahan yang baru dilakukan oleh beliau. Berbeza dengan khalifah Bani Umayyah pertama iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan, terkenal memberi kebebasan kepada seluruh rakyatnya mengkritik dasar pemerintahan beliau asalkan mereka tidak membawa perpecahan.

Waqaf Saham

Ketegasan ini menyebabkan Khalifah Abdul Malik melakukan satu lagi pembaharuan politik menyelisihi Muawiyah iaitu para gabenor yang dilantik wajib berketurunan Bani umayyah berbeza dengan Muawiyah yang kurang memberi tugas ini kepada Bani Umayyah. Hal ini kerana kebebasan di zaman Muawiyah menyebabkan beliau tidak boleh memberikan kekuasaan yang banyak kepada Bani Umayyah kerana dikhuatiri mereka akan menjatuhkannya berbanding ketegasan Khalifah Abdul Malik menyebabkan ahli keluarga takut kepadanya.

Persolannya bagaimankah perubahan sikapnya boleh berlaku? Pada pandangan saya terdapat dua jawapan yang boleh diberikan

1. Kerajaan Khalifah Abdul Malik baru sahaja menghapuskan dua pesaing utamanya iaitu kelompok Tawwabun dan Ibn Zubair. Kebanyakkan rakyat Iraq berpaling tadah kepadanya juga hanya terpaksa dan masih memendam perasaan dendam kepadanya. Demi mangamankan negara, beliau harus menunjukkan sikap tegas dan melantik orang-orang yang bengis seperti Hajjaj. Kesannya Pada zaman anaknya Khalifah Al-Walid, negara Islam menjadi aman, pembangunan besar-besaran besaran dilakukan serta perluasan kuasa dilakukan di Asia Tengah, Sind dan Andalusia.

2. Sejarawan Islam seperti Dr. Yusuf Al-Isy dalam Daulah Umawiyah berpendapat tiada perubahan pun dalam dirinya cuma situasi sahaja bebebeza. Menurut analisis Dr. Yusuf Al-Isy Khalifah Abdul Malik memiliki sifat tidak ingin disaingi oleh sesiapapun dalam kepemimpinan. Beliau tidak ingin menjadi orang biasa bahkan ingin menjadi orang nombor 1 dan paling hebat di lingkungannya. Maka tabiat ini menjadi punca mengapa beliau suka beribadah dan ingin menjadi yang terbaik dari segi ilmu, fiqh dan ibadah. Beliau juga bercita-cita menjadi pemimpin masyarakat kerana pada waktu itu masyarakat lebih suka dipimpin oleh ahli ilmu dan ahli ibadah.

Apabila menjadi khalifah situasinya sudah berbeza kerana orang yang paling tinggi dlam kerajaan adalah sultan atau raja. Oleh itu beliau ingin memjadi orang yang menonjol dalam kerajaanya secara mutlak tanpa disaingi oleh sesiapa dengan tidak membenarkan sesiapun mengkritiknya. Beliau benar-benar ingin memonopoli kerajaannya. Baginya, Khalifah tidak boleh dibantah mahupun diselisihi. Hal ini dibuktikan dengan wasiatnya terhadap anakanya khalifah Al-Walid agar menggunakan pedang kepada sesiapapun yang ingin membangkanya sepertimana diriwayatkan oleh Imam Al-Dzahabi dalam Tarikh Al-Islam.