Pemuda gagah yang menggegarkan dunia ini lahir pada 592 Masihi dan salah seorang daripada sahabat Rasulullah. Lahir di kalangan Bani Quraisy, yang sememangnya memusuhi perjuangan nabi, Khalid seolah-olah mewarisi semangat itu daripada Bani Quraisy.

Ketika Pertempuran Uhud antara tentera Islam dan kafir Quraisy menyaksikan bagaimana Khalid sudah mula menunjukkan potensi untuk menjadi seorang panglima dan jeneral perang yang hebat.

Khalid Al-Walid memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah menyaksikan bagaimana seorang panglima perang yang bakal menempa nama sebagai antara jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan sebaris dengan Alexander The Great dan Genghis Khan.

Gelaran Pedang ALLAH

Pertempuran Mut’ah menyaksikan bagaimana Khaldi Al-Walid menempa nama gelaran “Pedang ALLAH” yang diberikan junjungan besar Rasulullah kepada Khalid. Ada sebuah kisah hebat yang harus dijadikan pendoman oleh kita semua.

Rasulullah S.A.W telah menghantar utusan ke pemerintah Syria yang ketika itu menjadi naungan kepada Empayar Rom. Namun, ketika dalam perjalanan utusan tersebut telah dibunuh oleh ketuak puak Arab Ghassanid yang memerintah Syria dan ini telah melanggar peraturan di dalam peperangan di mana seorang utusan adlaah dilarang untuk dibunuh.

Untuk menuntut kembali di atas apa yang berlaku, maka dikisahkan 3000 orang askar Islam telah disusun oleh Rasulullah untuk menuntut kembali apa yang dilakukan oleh puak arab Ghassanid. Mereka adalah Zaid bin Harithah, Ja’afar bin Abu Thalid dan Abdullah bin Rawahah. Jika Zaid telah syahid, maka Jaafar akan mengambil alih daripadanya, dan begitu juga jika Jafar syahid, maka Abdullah akan mengambil alih daripada Jaafar jawatan jeneral perang.

Ditakdirkan bahawa tentera Islam harus berdepan dengan 300, 000 orang tentera Rom ketika dalam perjalanan dan tiga orang jeneral perang ini telah syahid ketika pertempuran. Maka, ditakdirkan bahawa Khalid Al-Walid untuk mengambil peranan menjadi jeneral perang.

Tugas Khalid yang baru adalah bagaimana dia membawa ketumbukan tentera 3000 orang itu kekal hidup melawan 300, 000 orang tentera Rom. Maka, di sinilah dunia mula mengenali betapa Khalid adalah seorang jeneral perang yang tersangat genius.

Khalid menggunakan kelebihan askar yang kecil untuk menggerakkan askarnya ke merata tempat, sekadar terlibat dalam pertempuran kecil dan mengelakkan pertempuran besar. Betapa insenti pertempuran itu membuatkan 9 pedang yang digunakan oleh Khalid dalam pertempuran itu patah dan menggunakan pedang terakhirnya untuk kekal bernyawa.

Menyedari bahawa tentera Islam bukan tandingan untuk bertempur dengan 300, 000 orang tentera Rom, maka Khalid telah merencanakan sebuah strategi yang sangat bijak. Pada suatu malam setelah lama bertempur, maka Khalid membuat keputusan untuk menukarkan posisi askar-askarnya.

Mengubah formasi dan posisi barisan ketenteraan, dengan barisan hadapan diletakkan di belakang, sayap kanan diletakkan sebelah kiri dan sebaliknya. Kemudian bahagian hadapan itu diminta untuk memegang bendera baru.

Berkat strategi ini memberikan kemenangan moral kepada tentera Islam, apabila tentera Rom begitu takut dan terkejut melihat ‘barisan baru’ tentera Islam seolah-olah seperti tentera Islam mendapat bantuan daripada Madinah. Disebabkan perbezaan pendapat sesama mereka, tentera Rom saling bertelagah dan bertempur sesama sendiri.

Pada akhirnya, Khalid telah mengarahkan tenteranya menggerakan kuda di tempat setempat beberapa kali untuk menghasilkan debu yang banyak seolah-olah meninggalkan perspesi bahawa tentera bantuan daripada Madinah dalam jumlah yang tidak terhitung banyaknya baru sahaja tiba.

Ini telah membuatkan tentera Rom lari dan memberi ruang kepada Khalid untuk membawa 3000 orang tenteranya kembali ke Madinah. Berkat daripada peritsiwa itu, maka Khalid digelar PEDANG ALLAH oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Ekpedisi Ketenteraan Khalid Al-Walid

Khalid Al-Walid kemudiannya diberi kepercayaan oleh Khalifah Abu Bakar dalam menjadi pemimpin kepada kebanyakannya ekpedisi ketenteraan di bawah tentera Islam. Antara ekpedisi ketenteraan yang diamanahkan kepada Khalid Al-Walid adalah memerangi nabi palsu Musaylimah.

Pertempuran Yamana dalam Perang Ridda dicatatkan antara pertempuran tersengit yang pernah dihadapi oleh Khalid Al-Walid. Berbekalkan 13, 000 orang askar, Khalid terpaksa berdepan dengan 40, 000 orang askar Musaylimah. Tentera Islam hampir sahaja tewas di tangan Musailimah namun kebijaksanaan Khalid merencanakan strategi sekali lagi menyelamatkan keadaan.

Pertempuran Yamana bukan pengakhiran kisah heroik Khalid Al-Walid dalam peperangan. Seterusnya, Selepas kejayaan menawan Iraq, maka Abu Bakar pun mula merencanakan untuk menyerang Syria yang berada di bawah naungan empayar Rom. Terdapat dua laluan untuk ke Syria daripada Iraq. Pertama melalui Daumatul Jandal dan laluan yang lain pula melalui Mesopotamia dengan meluntasi Ar Raqqah, wilayah yang sekarang berada di dalam negara Syria.

Namun, kebijaksanaan Khalid adalah tidak mengambil dua laluan ini berdasarkan sebab pertama di mana melalui Daumatul Jandal akan mengambil tempoh dua minggu untuk sampai ke Syria manakala kalau melalui Ar-Raqqah, tentera Rom berjaga di situ. Konflik dengan askar Rom ini akan menjadi nanah kepada battalion askar Islam kerana jumlah mereka mengatasi jumlah askar Islam sebenarnya dan tentera Islam ketika memang memerlukan bantuan.

Maka, Khalid telah memilih jalan pendek untuk ke Syria dengan melalui jalan pasir yang terik memancar panasnya. Masih segar tercatat bagaimana tingginya semangat para pemburu syahid sehingga sanggup tidak meminum air selama dua hari menempuh padang pasir sebelum mereka menemui sebuah oasis. Taktik yang dipilih oleh Khalid ini akhirnya membuahkan hasil apabila tentera Islam masuk ke dalam Syria dari laluan yang langsung tidak terfikir oleh askar Rom.

Sawa, Arak dan Tadmur adalah bandar-bandar Rom di Syria yang jatuh ke tangan Khalid ketika awal maranya tentera Islam ke dalam Empayar Rom. Selepas itu, Khalid Al-Walid membawa askarnya memasuki Damsyik melalui Uqab. Beberapa siri peperangan dengan bandar-bandar dan kerajaan kecil yang terpaksa menjadi anjing Rom ketika itu dihadapi oleh Khalid A-Walid sehinggakan pada 30 Julai 634 Masihi, kita menyaksikan bagaimana idea dan taktikal Khalid Al-Walid berjaya mengalahkan 90, 000 orang askar Rom di Pertempuran Ajnadayn.

Kekalahan Rom di Ajnadyn membawa kepada penawanan Damsyik di bawah tentera Islam. Selepas 30 hari pengepungan Damsyik, akhirnya tarikh 18 September 634 Masihi menyaksikan bahawa Damsyik akhirnya jatuh ke tangan orang Islam walaupun beberapa siri peperangan seperti Pertempuran Sanita A-Uqab dan Pertempuran Maraj Al-Debaj menyusul selepas itu.

Tidak cukup dengan itu, ketika zaman pemerintahan Umar, kita dapat menyaksikan bagaimana sebuah lagi pertempuran mengukir nama Khalid dalam sejarah. Pertempuran Yarmuk yang terkenal itu menyaksikan bagaimana Khalid menjadi seorang panglima yang digeruni.

Pertempuran Yarmuk yang berlaku pada 15-20 Ogos 636 Masihi menyaksikan bagaimana Khalid Al-Walid memimpin 20 000 orang tentera Islam menggempur 150, 000 orang tentera Rom. Theodore Trithyrius adalah orang yang menjadi jeneral perang kepada askar Rom.

Pertempuran Yarmuk berlaku selama 5 hari di mana menyaksikan bagaimana setiap hari yang berbeza, Khalid mengadaptasikan taktikal perang yang juga berbeza dalam menewaskan kekuatan dan keutuhan tentera Rom yang sebelum ini terkenal dengan kehebatan mereka sejak zaman berzaman.

Perginya Seorang Pejuang

Khalid Al-Walid sedang gering di atas katil. Khalid sambil ditemani oleh seorang sahabatnya dan ketika itu, Khalid bertanyakan soalan yang ditunggu lamanya.

“Lebih daripada ratusan perang aku hadapi. Kenapakah tidak aku syahid dan mati di tengah medan perang dan kenapakah aku mati di atas katil? Aku rindukan syahid di tengah medan perang.”

“Tidak Khalid!” tutur sahabat Khalid itu membuatkan kening Khalid terangkat. Mata sahabatnya itu ditenung dalam oleh Khalid, cuba mencari keikhlasan di sebalik tuturannya.

“Kenapa wahai sahabatku?” tanya Khalid dalam nada suara yang lemah. Usianya ketika itu sudah mencecah 58 tahun dan bukan sedikit musuh mati di tangannya, bukan sikit perang dihadapinya.

“Kau kena tahu Khalid bila junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W memberikan gelaran “Pedang ALLAH” untuk kau Khalid, dan andaikata kau dibunuh oleh musuh ALLAH, ia sekaligus bermaksud bahawa pedang ALLAH telah dirosakkan oleh musuhnya. ALLAH tidak akan membenarkan perkara itu.”

RUJUKAN:

Akram, Agha Ibrahim. (2004). The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed – His Life and Campaigns. Oxford University Press


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.