Khaled Al-Assad: Seluruh Hidupnya Diabadi Untuk Palmyra

1,221

https://bit.ky/kombowww

Pada tanggal 18 Ogos 2015, m1l1tan 1S1S membvnvh salah seorang pakar yang sangat sinonim dengan kota Palmyra, iaitu Khaled al-Asaad. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pengarah tapak arkeologi di Palmyra dibvnvh atas dakwaan kononnya menyokong r3j1m Syria dan membiarkan patung-patung berhala berdiri dengan bebas.

WIRA PALMYRA

Khaled al-Asaad dilahirkan di bandar Palmyra moden, berjarak kira-kira satu kilometer dari kota Palmyra purba. Semasa menetap di sana, minat beliau terhadap sejarah kampung halamannya kian berputik.  Memasuki tahun 1960, beliau menyambung pelajaran ke Universiti Damsyik dan memperoleh ijazah dalam bidang sejarah dan pendidikan. Pada tahun 1963, al-Asaad dilantik sebagai pengarah arkeologi di Palmyra dan turut bertugas sebagai kurator muzium.

Khaled al-Asaad, ahli arkeologi dari Syria

Kira-kira 50 tahun lamanya beliau bekerja tanpa lelah dalam menyelia kerja-kerja penggalian ke atas kota purba itu. Pada tahun 1974, al-Asaad mula terlibat dalam pameran-pameran barangan antik Palmyra. Beliau juga pernah menulis sejumlah buku tentang sejarah dan budaya kota berkenaan, di samping menterjemahkan teks-teks Aramaic sepanjang kariernya.

Walaupun Khaled bersara pada tahun 2003 dan menyerahkan jawatannya sebagai pengarah kepada anaknya, Walid al-Asaad, beliau masih terus aktif memelihara barangan arkeologi Palmyra lantaran rasa tanggungjawabnya terhadap kota berkenaan. Faktor yang sama itu jugalah yang mendorong beliau untuk kekal tinggal di bandar semasa 1515 menguasai Palmyra dari r3j1m Syria.

Palmyra, Syria

PALMYRA DIAMBIl-ALIH OLEH 1515

Sebagai seorang pegawai kerajaan, Khaled al-Asaad merupakan ahli parti Ba’ath. Namun, sewaktu 1515 mengambil alih Palmyra pada Mei 2015, beliau sudah pun bersara. Walaupun digesa oleh ahli keluarganya untuk meninggalkan bandar itu, Khaled al-Asaad tetap berkeras mahu terus berada di situ.

Katanya, Palmyra adalah tanah airnya dan oleh kerana itu, beliau enggan meninggalkannya. Tambahnya lagi, beliau yakin pihak pemb3r0ntak tidak akan mengapa-apakannya kerana beliau cuma seorang lelaki tua yang sudah uzur dan tidak pandai mengangkat s3njat4.

Namun, jangkaannya itu meleset. Pada bulan Mei 2015, beliau dit4ngk4p dan ditahan selama beberapa hari sebelum dibebaskan oleh m1l1tan 1515. Beliau sekali lagi ditangkap pada bulan Ogos bersama anaknya.

Kali ini, mereka diseksa oleh pihak m1l1tan untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi artifak-artifak Palmyra. Selain mahu mengh4ncvrkan relik-relik yang kononnya bertentangan dengan ajaran agama, 1515  juga berminat untuk meraih akses ke khazanah sejarah tersebut untuk menjualnya  ke pasaran barangan antik Timur Tengah. Sememangnya, penjualan artifak merupakan salah satu sumber kewangan utama yang membiayai operasi 1515.

Walaupun dis3ks4, Khaled al-Asaad enggan membuka mulut dan lebih rela dirinya dibvnvh. Maka, hvkum4nnya pun didedahkan kepada khalayak umum, di mana tubuh beliau dig4ntung pada tiang lampu dan kepalanya yang telah dip3ngg4l diletakkan di bawah kaki m4y4tnya.

LEGASI KOTA PURBA PALMYRA

Palmyra banyak terhutang budi kepada al-Asaad yang bukan sahaja melindungi artifak-artifaknya dari jatuh ke tangan m1l1tan 1515, malah turut membantu meraihkannya status sebagai Warisan Dunia UNESCO.

Pada zaman dahulu, Palmyra adalah sebuah metropolis yang membangun pesat. Sebutan terawal tentang kota ini datang daripada sebuah teks dari kota Mari pada milenium ke-2 Sebelum Masehi.

Pada waktu itu, Palmyra sudah pun menjadi sebahagian dari laluan perdagangan utama yang menghubungkan Mediterranean dengan timur. Pada pertengahan kurun pertama Masehi, kota ini dikvasai oleh Empayar Rom.

Runtuhan kem Diolectian

Pada era Rom, kota ini mencapai zaman kegemilangannya dan ia dihiasi dengan sejumlah struktur monumental. Antara lain termasuklah Kuil Bel, Kuil Baalshamin, dan Deretan Tiang Besar di jalan utara.

Di luar kota pula terdapat sebuah necropolis yang luas. Kota ini berperanan sebagai titik penghubung antara beberapa buah tamadun, seperti Rom, Parsi, China, dan Arab. Sesudah kurun ke-3 Masehi, kota ini mengalami kemunduran sehingga ia menjadi sebuah kampung kecil semata-mata.

Menjelang kurun ke-17 dan ke-18 Masehi, runtuhan lama Palmyra ditemui semula sekaligus mendorong kepada kerja-kerja ekskavasi arkeologi pada kurun ke-20, di mana kota berkenaan meraih semula kemasyhurannya.

Baik lingkungan akademia mahupun masyarakat awam, masing-masing banyak terhutang budi kepada Khaled al-Assad yang begitu bersungguh-sungguh memelihara kebudayaan Palmyra. Sebahagian besar tapak arkeologi Palmyra habis h4ncvr dek s3r4ngan dan r0mp4kan ,m1l1tan 1515.

Sebagai peminat sejarah, apa yang boleh kita lakukan hanyalah berharap supaya khazanah arkeologi ini dapat terus terpelihara dan terselamat untuk diwariskan kepada generasi demi generasi.

RUJUKAN:

Caleb Strom. (19 Ogos 2018). Khaled Al-Asaad: Hero of Palmyra Slaughtered for Protecting the Ancient Treasures of Syria. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/khaled-al-asaad-0010571

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.