Kewujudan Moron Corps

1,532

Korang yang minat filem perang mesti dah tengok movie Full Metal Jacket dan ingat watak Private Pyle. Dia ni lembab dalam memahami pelajaran dan juga latihan fizikal. Tetapi digambarkan cekap dalam pengendalian senjata. Sebenarnya wujud rekrut-rekrut yang lebih teruk IQ dia dari Private Pyle. Mereka ini sangat sukar untuk dilatih kerana gagal memahami arahan yangg diberikan kerana memiliki IQ yang sangat rendah. Kebanyakan mereka ditempatkan di unit-unit infantri.

Seramai 354,000 mereka ini yangg berada dibawah paras kelayakan ujian pemilihan telah terpaksa dilatih dan diderafkan ke Vietnam. Mereka di gelar Moron Corps, McNamara Boys atau McNamara’s Moron. Ini adalah kerana mereka terlibat dalam program cadangan McNamara iaitu Project 100,000.

Mengikut perancangan, setiap tahun 100,000 rekrut yang rendah IQ akan dilatih untuk berperang ke Vietnam. McNamara mencadangkan mereka dipanggil berkhidmat kerana masalah yang dihadapi oleh Amerika untuk mendapatkan tenaga manusia ke Vietnam kerana ramai pemuda yang sihat mencari jalan untuk mengelak dari dikerah, seperti lari ke negara jiran, berkahwin atau sengaja meninggalkan kesan jarum ditangan semasa pemeriksaan kesihatan seperti penagih dadah.

Robert McNamara adalah Setiausaha Pertahanan dari tahun 1961 hingga 1968 berkhidmat dibawah Presiden JFK dan LBJ. Beliau yakin rekrut-rekrut lemah IQ ini boleh dilatih dgn sistematik oleh pihak tentera. Selain itu, ia dapat mengeluarkan mereka dari kesempitan hidup kerana rata-rata mereka sukar mendapat pekerjaan yang baik. Sebahagian dari mereka juga adalah buta huruf.

Mereka menjalani tugas seperti anggota tentera biasa juga, termasuk tugasan sentri. Ada kes dimana pegawai tentera ditembak selepas diberikan arahan berhenti oleh sentri, tanpa sentri bertanyakan kod yang sepatutnya dijawab oleh pegawai tersebut. Ada sebilangan kecil yang dapat menjalankan tugas dengan baik dibawah perhatian.

Malangnya mereka yang terlibat dalam Project 100,000 ini mempunyai kadar tiga kali ganda kematian dimedan perang berbanding risiko yang dihadapi anggota biasa. Lebih 5,000 dari mereka telah terbunuh. Mengikut statistik mereka kerap ditukarkan tugasan (hingga 11 kali) dan perlu menjalani latihan semula 7 hingga 9 kali.

Robert McNamara dikecam hebat kerana melaksanakan program ini. Ibu-bapa yang kehilangan mereka ini merasa sangat kesal kerana anak-anak mereka dikerahkan ke medan perang tanpa memiliki keupayaan mempertahankan diri, apatah lagi berperang.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.