Sejarah Rom dan China merupakan sejarah yang mengasyikkan. Kita para pencandu sejarah tentunya akan segar bugar apabila membaca, mendengar, atau menonton apa-apa artikel, syarahan mahupun dokumentari yang membahaskan tentang dua empayar agung dalam sejarah ini. Tetapi, apakah dua empayar yang pernah sezaman mencipta kegemilangan ini pernah bertembung antara satu sama lain?

Menurut seorang professor sejarah China, Homer Dubs dari Universiti Oxford pada tahun 1950 pernah mencadangkan teori yang lebih kurang sama, mengenai kewujudan legion Rom jauh di peradaban di China. Menarik bukan? Salah satu unit ketenteraan Rom yang terkenal itu, boleh wujud di Timur, sejauh di China? Apa sebenarnya yang terjadi? Bagaimana mereka boleh sesat jauh beribu batu dari tanah asal mereka?

Ia bermula pada Pertempuran Carrahe, ketika 53 SM, di antara Rom dan sebuah empayar di Parsi iaitu Parthia. Dalam pertempuran itu, orang paling kaya di Rom iaitu Marcus Licinius Crassus membawa lebih kurang 7 legion Rom yang berjumlah dalam 50, 000 orang melawan 10, 000 orang tentera berkuda Parthia yang dipimpin oleh seorang jeneral perang bernama Surena. Dalam pertempuran ini, dicatatkan antara pertempuran paling membinasakan buat Rom apabila 20, 000 orang terbunuh manakala 10, 000 orang tentera Rom lagi menjadi tawanan perang. Empayar Parthia mempunyai tabiat untuk meletakkan setiap tawanan perang mereka sebagai tentera yang menjaga perbatasan empayar mereka.

Dalam hal ini, Homer Dubs dari Oxford mengatakan bahawa tawanan perang Rom ini diletakkan di salah sebuah pekan di perbatasan di Kazahkhstan dan perbatasan Kyrgyzstan iaitu Taraz. Di sini, dalam Pertempuran Zhizhi ketika Dinasti Han China ketika itu sedang melakukan ekpansi perluasan empayar mereka, telah bertembung dengan legion Rom. Dicatatkan ketika itu bahawa tentera China bertembung dengan sebuah tentera yang menggunakan formasi sisik ikan, yang ditafsirkan oleh Dubs sebagai formasi Roman Testudo. Formasi ini melibatkan pahlawan Rom membentuk perlindungan dengan perisai mereka, di segala bahagian yang mampu, melindungi mereka dari hujan panah dan juga hayunan pedang. Catatan ini masih jelas dalam biografi Chen Tang (salah seorang jeneral agung China dalam sejarah) yang ditulis oleh sejarawan purba China bernama Ban Gu.

Formasi Testudo

China ketika itu kagum dengan kebolehan tentera Legion tersebut, lantas mereka terus diletakkan di salah satu kota perbatasan China bernama Liqian yang namanya dihipotesiskan dari pelat China menyebut Legion. Mereka yang dibawa ke Liqian ini dikenali menggunakan teknologi berasal dari sekitar Mediterranean. Hari ini, penduduk di sekitar Liqian ini mempunyai ciri-ciri yang jarang ditemui pada orang Asia seperti purata ketinggian yang lebih tinggi dari masyarakat Asia berserta dengan mata biru, hidung mancung, kulit berjeragat dan sebagainya. Ujian DNA yang dilakukan ke atas mereka membongkarkan bahawa 50 peratus DNA mereka adalah 50 peratus terdapat keturunan Causasian. Penduduk di Liqian juga mempunyai kebudayaan yang boleh dikaitkan dengan kebudayaan Rom itu sendiri seperti ketakjuban mereka pada lembu yang merupakan haiwan yang cukup dipuja dalam kalangan Legion Rom itu sendiri.

Perjalanan jauh dari Carrahae sehingga jauh ke pendalaman Dinasti Han sepanjang 5000 kilometer
Mata salah seorang penduduk Liqian yang menyimpan seribu misteri bahawa dia mungkin berketurunan Rom.

Lagipun memang Dinasti Han menyedari kewujudan Empayar Rom. Begitu juga dengan Empayar Rom yang mengetahui kewujudan sebuah empayar agung di Timur empayarnya ketika itu. Pada tahun 97 Masihi, Dinasti Han pernah menghantar delegasi utusan yang diketuai oleh Kan Ying. Delegasi ini tiba di Empayar Parthia namun mereka ditipu oleh Parthia yang mengatakan perjalanan untuk ke Rom dari Parthia mengambil jangkamasa sehingga 2 tahun perjalanan, padahal Parthia dan Rom tidaklah sejauh yang disangka. Parthia dalam isu ini, agak tamat kerana empayar mereka mendapat manfaat sebagai orang tengah antara Rom dan China, dan tidak mahu agar peluang perdagangan mereka ini menganggu kedudukan dan kekayaan mereka. Pada tahun 166 Masihi, delegasi Rom pula sampai ke China di Luoyang yang diketuai oleh Marcus Aurelius.

Hari ini, teori yang dilahirkan oleh Dubs ini menerima pelbagai reaksi. Ada sejarawan menolak teori ini sehinggalah mereka sendiri menemui artifak Rom di Liqian. Ada pula yang mencadangkan bahawa keturunan 50 peratus dna Causassians dalam penduduk Liqian itu sendiri adalah kerana kedudukan Liqian terletak di laluan Sutera, dan kemungkinan besar pedagang dari Eropah yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Ada juga mengatakan di Liqian itu bukanlah tentera Rom, tetapi keturunan tentera Alexander The Great yang lebih awal dari Legion Rom.

Rujukan:

William Mclaughlin (2015) Romans in China: The Lost Legions of Carrhae. WarHistoryOnline.

Angelo Paratico (2013) A Roman Legion Lost in China. Beyond Thirty Nine

Nick Squires (2010) Chinese villagers ‘descended from Roman soldiers’. The Telegraph

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply