Keunikan Loghat Melayu Pulau Pinang

1,391

Malaysia ataupun nama rasminya, “Persekutuan Malaysia” adalah sebuah negara khatulistiwa yang terletak di Asia Tenggara. Negara berpenduduk lebih 32 juta orang serta seluas 330 803 km2 ini bersempadan dengan Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Antara negeri yang terdapat di Malaysia adalah Pulau Pinang. Negeri yang menghadap Selat Melaka itu bersempadan dengan Kedah dan Perak. Negeri seluas 1,048 km² ini mempunyai penduduk lebih 1.7 juta orang.

Sebagai mana negeri lain, Pulau Pinang juga mempunyai variasi Bahasa Melayunya yang tersendiri. Untuk kali ini, kami hendak memperkenalkan variasi Bahasa Melayu yang bernama “Loghat Pulau Pinang”.

MENGERAT

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “mengerat”. Perkataan tersebut membawa maksud “menuai padi”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Depa nak buat kenuri anak depa lepaih mengerat.”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Mereka hendak melaksanakan kenduri anaknya sesudah menuai padi.”

LECE

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “lece”. Perkataan tersebut membawa maksud “berkenaan dengan tidak bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu.”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Depa maen sunggoh-sunggoh tapi kalah pasai penjaga gol depa lece.”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Mereka main dengan bersungguh-sungguh tetapi kalah sebab penjaga golnya tidak bersungguh-sungguh.”.

KHUTBAH

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “khutbah”. Perkataan tersebut membawa maksud “akad nikah”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Depa dah khutbah bulan lepaih, cuti sekolah ni baru nak kenuri.”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Mereka sudah berkahwin pada bulan lepas, cuti sekolah ini baru hendak melaksanakan kenduri.”.

BALAIH

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “balaih”. Perkataan tersebut membawa maksud “mengambil tanpa izin”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Depa balaih habeh laok, orang belakang tak dan.”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Mereka sudah mengambil lauk sehingga habis, orang kemudian tidak dapat hendak makan.”.

TENGGALONG

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “tenggalong”. Perkataan tersebut membawa maksud “membaling sesuatu dengan menggunakan kayu”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Depa tenggalong buah macang, dapat dekat nak seraga.”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Mereka membaling buah bacang menggunakan kayu, dapat bacang hampir seraga.”.

COM

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “com”. Perkataan tersebut membawa maksud “berkenaan dengan muka seseorang yang masam”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Depa tak berani tegoq dia pasai muka dia com semedang.”.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Mereka tidak berani menegurnya kerana wajahnya yang sentiasa masam.”.

BANG

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “bang”. Perkataan tersebut membawa maksud “mendengar perbualan dengan tujuan mengintip”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Cakap bok baek sikit, depa dok bang kita besembang ni.”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Cakap baik-baik sikit, mereka sedang mendengar kita berbual”.

KEMAROK

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “kemarok”. Perkataan tersebut membawa maksud “sisa lauk kenduri yang masih boleh dimakan”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Habeh kenuri depa bawak balek kemarok”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Apabila tamat sahaha kenduri, mereka semua membawa balik sisa lauknya.”

LEPAIH

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “lepaih”. Perkataan tersebut membawa maksud “sudah berkahwin”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Lega sikit la ni pasai anak-anak semua dah lepaih, depa pon dok asin-asin”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Lega sikit sekarang ini anak-anak sudah berkahwin, mereka pun tinggal berasingan”.

LESIAQ

Antara perkataan yang terdapat dalam Loghat Pulau Pinang adalah “lesiaq”. Perkataan tersebut membawa maksud “perempuan dengan paras rupa yang kurang menarik”.

Contoh ayat dalam Loghat Pulau Pinang bagi perkataan tersebut adalah “Adek beradek depa tu semuanya puteh tapi lesiaq”.

Jika diterjemahkan kepada Loghat Johor-Riau yakni Bahasa Melayu Piawai, ayat tersebut berbunyi “Mereka adik-beradik semuanya putih tetapi kurang menarik”.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah contoh perkataan dan penggunaannya dalam Loghat Pulau Pinang. Kepada orang Pulau Pinang, perkataan apa lagi yang kami lupa dan apakah penggunaanya? Kepada orang luar Pulau Pinang, adakah anda dapat memahami loghat ini jika tiada bantuan terjemahan? Harap berikan maklum balas anda kepada kami di dalam ruangan di bawah

RUJUKAN:

Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 22hb Jun 2020 dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=155&bul_id=a1d1UTFZazd5ajJiRWFHNDduOXFFQT09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

Malaysia Map. Dicapai pada 22hb Jun 2020 dari https://www.google.com/url?sa=i&source=web&cd=&ved=2ahUKEwiPsMTooMTpAhVGwTgGHbDOD_gQ3YkBegQIARAE&url=https%3A%2F%2Fwww.mapsofworld.com%2Fmalaysia%2F&psig=AOvVaw1b797uBl2BW_rr9f96Mj12&ust=1590126457776070

Jabatan Perangkaan Malaysia. Halaman 27. Dicapai pada 22hb Jun 2020.

Dewan Bahasa dan Pustaka: Glosari Dielek Pulau Pinang. Dicapai pada 22hb Jun 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Depa&d=226380&#LIHATSINI

Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dicapai pada 22hb Jun 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=johor+riau&d=175768&

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.