Anda tentu kenal dengan nama keluarga seperti Weasly, Potter, Malfoy, Longbottom dan sebagainya. Semua nama ini bertunjangkan paksi yang sama, iaitu nama bagi keturunan ahli sihir yang bukan biasa-biasa dan juga Muggle, manusia biasa yang tiada kuasa sihir.

Namun, terdapat kategori-kategori khas apabila melibatkan nama keluarga. Kategori ini boleh menjadi lambang dan darjat seseorang, makin tinggi makin dibuat sahabat dan teman. Makin rendah nilainya, makin murahlah kredibilitinya.

Pure-Blood

Pure-Blood ialah satu keturunan sihir yang tidak pernah ada sebarang Muggle atau Muggle-borns dalam salasilah keturunan mereka. Dari pengasas hinggalah anak cucu, semuanya mengahwini ahli sihir juga. Itupun ahli sihir yang bertaraf Pure-Blood seelok-eloknya dalam mengekalkan taraf Pure-Blood.

Pure-Blood juga ialah golongan teratas dalam hierarki. Mana-mana Pure-Blood yang berinteraksi dengan Muggle akan digelar sebagai ‘Blood Traitor’. Perkara ini pernah timbul sewaktu Arthur Weasly dan Molly Weasly bercakap dengan ibu bapa Hermione.

Terdapat 28 Pure-Blood yang dikenalpasti dan disahkan oleh J.K Rowling.

Abbott
Avery
Black
Bulstrode
Burke
Carrow
Crouch
Fawley
Flint
Gaunt
Greengrass
Lestrange
Longbottom
Macmillan
Malfoy
Nott
Ollivander
Parkinson
Prewett
Rossier
Rowie
Selwyn
Shacklebolt
Shafiq
Slughorn
Travers
Weasley
Yaxley

Pure-Blood yang paling kaya diketahui ialah Malfoy manakala yang paling miskin (di mata Pure-Blood lain) ialah Weasley.

Half-Blood

Half-Blood ialah keturunan campur. Salah seorang dari ibu bapa mereka ialah ahli sihir dan salah seorang lagi ialah Muggles. Kebanyakan Muggles sendiri tidak tahu mereka beristerikan/bersuamikan seorang ahli sihir.

Sebagai contohnya, Harry Potter ialah berketurunan Half-Blood. James Potter ialah seorang ahli sihir dari keluarga Potter manakala Lily ialah Muggle-borns dari keluarga Evans.

Antara Half-Blood di dalam novel bersiri Harry Potter ialah keluarga Potter, Snape dan Finnegan.

Muggle-borns

Muggle-borns ialah ahli sihir yang ibu bapanya bukanlah ahli sihir, tetapi keduanya ialah Muggle. Ada beberapa sebab tertentu mereka menjadi ahli sihir seperti Hermione yang sedari kecil mendapat sentuhan sihir.

Pasti kalian ingat ketika di dalam Harry Potter and Chamber Of Secret, Tom Riddle ingin melunaskan hasrat ‘murni’ Salazar Slytherin hanya mahukan keturunan sihir berkuasa di Hogwart.Dia berniat menghapuskan semua Muggle-borns menggunakan Basilisk.

Muggle-borns mengikut fakta seorang yang hebat, malah ada yang lebih hebat dari Half-Blood dan Pure-Blood. Misalnya ialah Hermione Grenger dan Lily Evans.

Bagi penghinaan yang lebih teruk, sesetengah memanggil mereka ‘Mudblood’ yang bermaksud darah kotor. Boleh refer dalam filem Harry Potter and Chamber Of The Secret.

Squib

Squib ialah jenis keturunan yang paling ganjil dan sukar ditemui. Squib ialah keturunan yang tiada kuasa sihir padanya,meskipun ayah atau ibunya, salah seorang ahli sihir atau kedua-duanya ahli sihir.

Mereka tidak mempunyai kuasa sihir, atau kelebihan sihir, tetapi mereka mampu melihat sihir dan berinteraksi dengan ahli sihir.

Antaranya ialah Madam Figg, jiran rumah Harry Potter yang muncul di dalam filem Harry Potter and Order Of Phoenix di mana dia memberikan penerangan tentang apa yang berlaku ketika Harry diserang oleh dementor bersama Dudley di Little Whinging.

Selain itu, Argus Filch, penjaga Hogwart yang setia pada mana-mana pengetua Hogwart tidak kira baik (Albus Dumbledore) atau jahat (Dolores Umbridge) juga seorang Squib.

Kita sebagai manusia hendaklah menghormati sesama kita. Bukan berperangai seperti ahli sihir gila kuasa apabila mempunyai pangkat dan kredibiliti melebihi semua.

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.