Ketumbuhan Alien: Ada Rambut Dan Gigi Dalam Cyst

2,277

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu gambar yang diperkatakan sebagai cyst, di mana ketumbuhan yang terdapat pada bahagian ovari pesakit itu apabila dibedah menampakkan isinya yang mengandungi bahagian gigi, rambut dan lain-lain organ.

Dari segi terminologi perubatan, cyst bermaksud kawasan yang dipenuhi dengan cecair. Seperti contoh, pundi kencing kita juga dikenali sebagai cyst, yang mana organ tersebut mengandungi air kencing di dalamnya. Prosedur yang melibatkan pundi kencing mempunyai nama cyst di hadapannya, seperti cystoscopy (gambar di atas), iaitu skop yang digunakan untuk melihat bahagian dalam pundi kencing dan contoh lain adalah cystitis, iaitu keradangan pada bahagian pundi kencing.

Namun begitu, cyst ini boleh jadi abnormal, dan jika seseorang yang mempunyai latar belakang perubatan melihat dengan sekali imbas gambar yang dikongsikan itu, perkara pertama yang terfikir dalam kepalanya adalah

Dermoid cyst merupakan salah satu jenis teratoma, dan ketumbuhan ini boleh kita katakan sebagai jenis teratoma yang mengandungi cecair di dalamnya. Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan, saya tidak akan menggunakan terminologi dermoid cyst, sebaliknya, saya akan gunakan perkataan teratoma sahaja.

Di dalam badan kita, terdapat satu jenis sel (germ cell) yang akan membesar menjadi sel gamet, iaitu sperma atau ovum. Pasti anda pernah mendengar perkataan meiosis bukan sebelum ini? Hal ini merupakan salah satu sebab mengapa ketumbuhan ini sering dijumpai di testikel seorang lelaki, mahupun di bahagian ovari seorang perempuan. Namun, terdapat juga kes-kes di mana ketumbuhan ini dijumpai di bahagian lain dalam badan seseorang itu, kerana kadangkala sel-sel ini tersebar dan bergerak mengikuti salur darah mahupun salur limfa.

Adakah ketumbuhan ini kanser? Baik, dalam bidang perubatan patologi, ketumbuhan boleh dibahagikan sebagai benign dan malignant (kanser), dan untuk teratoma ini, pembahagiannya adalah mature teratoma dan immature teratoma. Dermoid cyst adalah salah satu jenis mature teratoma, dan merupakan majoriti daripada kesemua kes teratoma yang wujud (98%).

Mature teratoma ini bukan kanser, sebaliknya hanyalah satu jenis ketumbuhan yang tidak mempunyai keupayaan untuk merebak dan membesar tanpa kawalan. Kebanyakkan sel yang berada dalam mature teratoma ini sudah pun matang (mature) dan tidak berubah bentuk dan sifatnya. Ada beberapa kes ketumbuhan ini bertukar menjadi kanser, namun, keadaan tersebut amat jarang berlaku.

Untuk immature teratoma pula, walaupun kes ini amat jarang berlaku, iaitu lebih kurang 1% sahaja, namun malangnya, immature teratoma ini bersifat kanser. Sel-sel di dalamnya tidak matang (immature), dan boleh mengalami perubahan yang boleh merebak ke tempat lain seperti di bahagian ovari/testikel yang satu lagi, peritoneum, hati dan limpa.

Tanda-tanda penyakit ini lebih kepada kesan akibat himpitan ketumbuhan ini (mass effect) dan kadangkala ketulan boleh dirasai daripada pemeriksaan. Untuk kaum wanita, gejala-gejala yang dirasai adakalanya meneyrupai ovarian cyst, dan disebabkan organ seks wanita berada di dalam abdomen, maka, mereka akan mudah merasainya berbanding lelaki. Kadangkala, ketumbuhan ini ‘mencuri’ banyak darah ke arahnya, menyebabkan keletihan dan kepucatan, menyerupai gejala anaemia (kekurangan darah).

Sebenarnya, kes-kes ini kadangkala ditemui ketika seseorang itu masih lagi berada di dalam kandungan ibunya, menerusi pemeriksaan ultrasound. Walau bagaimanapun, banyak kes yang di diagnos ketika seseorang itu dewasa kerana kebanyakkan masa, ketumbuhan ini walaupun sudah wujud di dalam badan ‘fetus’, namun disebabkan saiznya yang terlalu kecil, ada kemungkinan doktor gagal menemuinya. Kecuali jika di dalam kes seperti dalm gambar ultrasound di atas, teratoma yang muncul itu besar, dan boleh di diagnos terus dan boleh dibedah setelah bayi tersebut dilahirkan.

Apakah rawatan yang ada untuk waktu sekarang? Sekiranya ketumbuhan itu besar dan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan, pembedahan untuk membuangnya merupakan salah satu kaedah yang ada. Untuk teratoma yang bersifat kanser pula, rawatan bersifat kemoterapi dan radioterapi juga ditawarkan.

Walaupun gambar yang dikongsikan itu kadangkala menakutkan, namun, disebabkan peratusan yang amat tinggi untuk ketumbuhan itu bersifat benign membolehkan kita menarik nafas lega. Jadi, sekiranya anda mempunyai gejala-gejala seperti yang dinyatakan di atas, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk penyiasatan dan rawatan.

RUJUKAN:

Mature and Immature Teratoma: A Review of Pathological Characteristics and Treatment Options. https://www.longdom.org/open-access/mature-and-immature-teratoma-a-review-of-pathological-characteristics-and-treatment-options-2168-9857.1000124.pdf

 Jayson, Gordon C; Kohn, Elise C; Kitchener, Henry C; Ledermann, Jonathan A (2014-10-11). “Ovarian cancer”. The Lancet. 384 (9951): 1376–1388. doi:10.1016/s0140-6736(13)62146-7PMID 24767708.

 Nogales, F. F.; Favara, B. E.; Major, F. J.; Silverberg, S. G. (November 1976). “Immature teratoma of the ovary with a neural component (“solid” teratoma). A clinicopathologic study of 20 cases”. Human Pathology. 7 (6): 625–642. doi:10.1016/S0046-8177(76)80076-7ISSN 0046-8177PMID

Vicus, Danielle; Beiner, Mario E.; Clarke, Blaise; Klachook, Shany; Le, Lisa W.; Laframboise, Stephane; Mackay, Helen (October 2011). “Ovarian immature teratoma: treatment and outcome in a single institutional cohort”. Gynecologic Oncology. 123 (1): 50–53. doi:10.1016/j.ygyno.2011.06.037ISSN 1095-6859PMID 21764111.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.