1. Awal perbahasan ingin saya tekankan bahawa idea memburukkan ketuanan melayu/malay custudionship/malay civillization merupakan satu cubaan mengasosiasikan atau mengkonotasikan bahawa perkataan ‘Asabiyyah’ merupakan satu perkataan yang negatif, tercela dan jahat oleh pejuang sekular, gerakan sivil liberal dan DAP. Malah ada cubaan mengasosiasikan Ketamadunan Melayu dan White Supremacy. Idea ini juga tidak ditentukan oleh mana-mana parti politik seperti UMNO/PPBM mahupun PAS akan tetapi idea peradaban/ketuanan melayu ini merupakan idea yang telah bertapak didalam kesedaran minda melayu semenjak dahulu. Idea ketuanan melayu/peradaban melayu ini juga tidak terbentuk berdasarkan ekonomi yang disebut oleh YB Syed Saddiq.

2. Pemikiran memburukkan asabiyyah kesatuan ini dapat dilihat dari susur galur panjang perjuangan DAP & PAP, pejuang sekular yang berusaha untuk membawa idea bahawa Malaysia merupakan negara Sekular dan bukan berasaskan identiti Tamadun Melayu Islam. Malah ini juga merupakan satu usaha memecah belahkan asabiyyah tamadun Melayu sehingga tamadun melayu ini hanyut dihapuskan oleh arus peradaban lain.

3. Sesuatu yang perlu difahami juga setelah kehadiran British yang membawa rakyat Cina dan India ke Tanah Melayu ini adalah apa yang dibawa bukan sahaja batang tubuh mereka, malah dibawa identiti ketamadunan mereka didalam kesedaran minda dan akal mereka. Kesedaran ini terzahir melalui wujudnya kebudayaan dan gaya hidup mereka di sini.

4. Asabiyyah merupakan satu kuasa hubungan/social cohesion/group feeling/perasaan kekitaan yang wujud secara semula jadi didalam masyarakat yang lahir samaada disebabkan oleh ikatan ahli keluarga, kaum, masyarakat dana apa-apa yang mempunyai hubungan rapat dengan sesorang manusia. Asabiyyah ini yang akan melahirkan satu ‘social order’ atau kehidupan berstruktur. Asabiyyah dalam erti kata moden ini boleh juga diungkapkan sebagai ‘power’/kuasa namun tidak boleh lari dari asas bahawa asabiyyah ini lahir dari perasaan kekitaan sesuatu kaum/bangsa/keluarga.

5. Asabiyyah bukanlah boleh secara mudahnya disebut sebagai perasaan melampau perkauman atau kekitaan. Ini jelas sekali tidak menepati maksud assabiyah Ibn Khaldun. Bahkan mendefinisikan asabbiyah secara simplistik sebagai sikap perkauman yang melampau atau sifat yang buruk adalah satu kesilapan besar dalam memahami hakikat sebenar asabiyyah yang dimaksudkan ibnu khaldun. Juga asabiyyah bukan bermakna menindas kaum lain serta mencabul hak mereka.

Asabiyyah yang dibawa Ibn Khaldun bererti satu perasaan kekitaan, satu perasaan kecintaan hubungan disebabkan kekeluargaan, pertalian darah atau pertalian perkauman, Frank Rosenthal menterjemahkan asabiyyah sebagai ‘social cohesion’ dan lebih tepat asabiyyah boleh disebut sebagai satu pengikat yang mengikat keluarga, kaum, masyarakat yang akhirnya membawa kepada pembinaan satu negara kemudiannya tamadun yang maju. Asabiyyah ini penting bagi menyusun struktur kehidupan secara beroganisasi yang mengelakkan dari berlaku ketidakaturan dalam masyarakat.

6. Peradaban atau ketamadunan pula perlu difahami dengan betul. Di era moden ini peradaban dan ketamadunan dilihat sebagai satu perkara yang kolot dan tinggalan sejarah oleh orang Melayu serta para pemimpin politik sedangkan maknanya yang memberikan seribu satu erti yang besar malah bersangkut paut bersama kedaulatan tamadun melayu dan islam. Peradaban yang sebenar merupakan satu identiti, satu sistem dan satu makna yang terhasil dari minda sedar atau secara tidak sedar yang terzahir melalui cara hidup, kebudayaan, hasil binaan, pemakaian dan kuasa pemerintahan. Maka secara umumnya peradaban merupakan satu bentuk yang menyeluruh meliputi sosial, ekonomi, ideologi dan politik. Peradaban juga hanya akan terbentuk dengan asas asabiyyah, tanpanya tidak akan terbentuk satu ketamadunan.

7. Melalui kefahaman tentang peradaban dan asabiyyah, perlu kita fahami adalah mustahil berlaku power-sharing diantara tiga peradaban di dalam satu bentuk negara kini terutama Malaysia. Setiap peradaban akan hanya memilih ketua berdasarkan peradaban mereka(Ibn Khaldun). Pemimpin yang memegang tampuk bukan berasaskan asabiyyah, akan menghadapi tentangan yang kuat serta akan mudah dipindahkan kuasanya kepada mereka yang mempunyai asabiyyah yang lebih kuat. Tanpa satu peradaban yang berkuasa secara mutlak, akan berlaku pergelutan kuasa dan ketidakstabilan didalam negara ini.

8. Bagi mencapai kestabilan yang berpanjangan masyarakat kesemuanya perlu memahami asas negara ini iaitu tertubuhnya diatas ketamadunan/peradaban Melayu. Malah berasaskan kefahaman ini sepatutnya difahami oleh ahli politik adalah kedaulatan negara ini tertubuhnya diatas ketamadunan Melayu. Asas mendirikan ketamadunan melayu ini sama sekali tidak menafikan kewujudan masyarakat lain didalam negara malah, telah terbukti peradaban Melayu Islam ini sangat bertoleransi dan menjaga kehadiran masyarakat lain kedalam alam melayu sepertimana masyarakat baba nyonya yang diterima baik oleh masyarakat alam melayu kerana mereka sanggup berasimilasi bersama orang melayu.

9. Kepimpinan diatas asas ketamadunan Melayu bukanlah satu bentuk rasisme malah bukanlah satu bentuk penghinaan kepada masyarakat lain malah kepimpinan dan kekuasaan ini adalah satu tanggungjawab buat ketamadunan melayu memelihara keamanan dan kesejahteraan diantara setiap mereka yang hadir ke tanah ini bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari negara asal mereka.

10. Ketuanan Melayu/Peradaban Melayu adalah satu bentuk yang terbina dari asabiyyah ini merupakan satu bentuk sosial semula jadi yang memang merupakan hasil dari tabiat manusia iaitu bersosial (Manusia secara tabiatnya bersosial) dan juga tabiat manusia itu perlu kepada satu bentuk organisasi sosial dan dipimpin oleh mereka yang paling kuat asabiyyahnya dari komuniti tersebut. Ketuanan Melayu/Peradaban melayu ini juga merupakan asas yang telah lama terbentuk didalam negara ini dan didalam identiti orang Melayu.

Amirul Asyraf
Penyelidik Zaaba Institute of Leadership


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.