PENAFIAN: Artikel ini tidak bersangkutan dengan yang hidup ataupun mati. Namun jika ia berkaitan sekalipun, itu bermaksud mungkin anda lah seperti yang dinyatakan, tanpa sengaja. Sekian terima kasih.

Saya percaya, apabila anda mendapat tawaran kerja baru atau berpindah ke jabatan atau cawangan lain, salah perkara yang anda wajib fikir adalah bagaimana persepsi ketua baru anda terhadap anda ataupun bagaimanakah sikap ketua baru anda yang sebenarnya.

Dalam satu jabatan, sudah tentu pakcik dan makcik bawang yang berperanan sebagai tukang sampai akan berusaha untuk sampaikan cerita berkenaan ketua baru anda walaupun tidak diminta!

Dan sesuatu yang tidak dijangka, apabila ketua baru anda juga mendapat cerita yang disampaikan oleh pakcik makcik bawang, mungkin dari orang yang sama bercerita di hadapan anda ataupun dari kumpulan bawang yang lain.

Dan jangan terkejut jika belum hari pertama, ketua baru anda sudah menetapkan persepsinya terhadap anda. Amat ditakuti apabila persepsi itu kekal walaupun anda sudah menunjukkan prestasi yang terbaik.

KETUA BERTANDUK SYAITAN YANG SUKA MEMBULI

Jika anda ketua tersebut, kenapa anda membuli staf anda?

“Saya tak membuli, saya cuma mahukan dia melaksanakan tugasannya.”

Sama sekali tipu. Adakah mendapat “better results” jika anda membuli? Annual Review of Organizational Psychology and Organizational Behavior yang diterbitkan pada bulan Mac 2017 menyatakan tiada bukti yang menunjukkan “tougher bosses get better results”.

  • Benar, ada penghasilan yang baik

Tetapi Rebecca Greenbaum, profesor di Sekolah Pengurusan dan Hubungan Pekerja dari Rutgers University menyatakan, “Productivity may rise in the short term, but over time the performance of the staff or team deteriorates, and people quit.”

  • Cerita sedih, prestasi pekerja menurun

Benarkah? Vartika Kashyap, Pengurus Pemasaran di ProofHub menggariskan perkara berikut yang boleh menyebabkan prestasi pekerja menurun:

  1. Mengabaikan bakat pekerja dan merendah-rendahkan keupayaan mereka;
  2. Pengurusan mikro dengan mengawal sepenuhnya aktiviti mereka tanpa membiarkan kreativiti terhasil;
  3. Pemimpin yang menakutkan, yang kurang memberi kepercayaan kepada pekerja serta boleh membuatkan mereka hilang pekerjaan;
  4. Rangkaian media social, pekerja di  ‘stalk’ untuk pengurus melihat kehidupan harian mereka;
  5. Keengganan majikan untuk menggunakan teknologi baru;
  6. Kurangnya keprihatinan kepada pekerja. Majikan menggunakan seluruh kudrat pekerja tanpa mempedulikan kesihatan dan kebajikan pekerja;
  7. Budaya syarikat/jabatan yang tidak sihat. Majikan hanya tahu mencapai KPI tanpa memperdulikan budaya oranigasi yang terbaik yang menggabungkan produktiviti dengan kemanusiaan.

PEKERJA MENINGGALKAN KETUA BERHATI SYAITAN KERANA..?

People don’t change jobs, they change managers.”

Tetapi, mengapa boleh terjadi sedemikian? Terdapat 15 jenis kesilapan yang tidak dapat dimaafkan yang dilakukan oleh ketua yang tidak berhati perut.

  1. Mengambil kredit atas kerja orang lain. Sudah biasa dengannya? Lumrah jika mahu dipuji tanpa mempedulkan etika. Hanya alasan-alasan semata-mata untuk mehalalkan cara
  2. Tidak menunjukkan penghargaan kepada pekerja
  3. Perkara yang biasa berlaku apabila ketua lupa untuk memberi penghargaan kepada pekerja. Bak kata Clint Eastwood, “Pathetic”.
  4. Pengurusan mikro yang tidak mempercayai pekerja
  5. Gagal untuk mempercayai, asalkan tugasan siap tetapi apa yang tahu hanya bertanyakan bila siap dan minta ditambah pelbagai maklumat
  6. Menyukai hanya kepada orang tertentu. Kenapa? Supaya senang dibuli?
  7. Tidak menyediakan halatuju yang realistic
  8. Amalan Membuka Pintu kepada sesiapa. Tetapi tidak boleh dikritik. Sekali lagi Mr Eastwood, Pathetic!
  9. Kurangnya empati (low emotional intelligence). Tiada kasihan langsung terhadap pekerja yang ‘overworked’
  10. Bukan seorang pendegar yang baik. “Sebab hanya aku yang betul”
  11. Tiada kepimpinan melalui teladan, tetapi “memerah keringat sehingga kering”
  12. Hilang sifat malu. Menyalahkan orang lain atas sesuatu kegagalan. Gagalnya satu projek adalah gagalnya seorang ketua.
  13. Kaedah mengurus meyebabkan pekerja ketakutan.” Kau patut bersyukur kerana dapat kerja. Kalau kau tak perform, elok aku ambil orang lain” atau dalam stuasi yang lain. “Kau perform atau tidak, aku yang tentukan. Walaupun kerja kau terbaik di mata orang, di mata aku mungkin sampah”

ANDA SEBAGAI KETUA, ADAKAH ANDA BERHATI MALAIKAT ATAU BERTANDUK SYAITAN?

Bagaimana untuk mengenalpasti ketua anda seorang yang berhati malaikat atau dalam ertikata lain, seorang ketua yang baik. Robert Locke, kolumnis Amerika yang konservatif menyenaraikan perkara berikut:

1. Your boss reassures you

2. Your boss does not micromanage

3. Your boss appreciates your skills

4. Your boss can take the blame

5. Your boss is friendly and approachable

6. Your boss can communicate effectively

7. Your boss keeps meetings to a minimum

8. Your boss focuses on small wins

9. Your boss is an active listener

10. Your boss does not know it all

11. Your boss does menial tasks

12. Your boss is prepared to coach

13. Your boss gives immediate feedback

14. Your boss creates a constructive atmosphere

15. Your boss is flexible

16. Your boss is not afraid of empowerment

17. Your boss is empathetic

18. Your boss is fair

19. Your boss does not participate in office gossip

20. Your boss stays cool in a crisis

Perlu diingat, jika anda seorang ketua, orang yang paling sesuai untuk menilai anda adalah kakitangan bawahan anda. Anda rasa anda betul? Ketua sentiasa betul, tidak kira sama ada dia bertanduk syaitan ataupun berhati malaikat.

Anda yang bagaimana?

Artikel dikirimkan oleh Eddy Zaidel untuk The Patriots.

RUJUKAN:

  1. Annual Review of Organizational Psychology and Organizational Behavior (www.annualreviews.org) – Mac 2017
  2. “7 Ways In Which Managers Can Degrade Their Employee’s Productivity” Vartika Kashyap  (https://yourstory.com/2017/10/7-ways-in-which-managers-degrade-their-employees-productivity)
  3. Linda Le Phan (https://transparency.kununu.com/unmistakable-qualities-of-bad-managers/)
  4. Robert Locke (https://www.lifehack.org/articles/work/20-signs-that-youve-got-good-boss.html)

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.