Pada Zaman Pertengahan, garam di Afrika Barat didagangkan dengan bayaran emas. Perkara ini sememangnya suatu hal yang menarik memandangkan pada hari ini, garam merupakan satu komoditi yang murah dan mudah didapati.

Walau bagaimanapun pada zaman dahulu, garam amat sukar untuk diperoleh di kawasan-kawasan tertentu. 

Keadaan ini memaksudkan bahawa kawasan yang mampu mengeluarkan garam berpotensi untuk mendagangkannya sebagai suatu barang yang amat berharga, senilai emas. Di Afrika Barat, perdagangan garam membawa kepada pembangunan jalan-jalan perdagangan dan kekayaan melimpah-ruah buat kota-kota yang dilalui oleh kafilah-kafilah dagang pada zaman pertengahan.

GARAM MENINGKATKAN KETAHANAN MAKANAN


Walaupun kelebihan garam seringkali dikaitkan dengan makanan, ia sebenarnya memiliki banyak kegunaan. Pada hari ini, garam secara umumnya diguna untuk menghadirkan rasa masin pada makanan. Namun pada zaman dahulu, garam memainkan satu kefugsian yang sangat penting – meningkatkan ketahanan makanan. Pada zaman sebelum wujudnya peti sejuk, makanan seperti daging dan sayur-sayurkan akan dibubuh garam agar ia masih boleh dimakan di kemudian hari.

Kepentingan garam turut dapat dilihat secara ketara di zaman Rom, di mana tentera-tentera mereka dibayar dengan salarium argentum atau ‘wang garam’. Daripada istilah inilah lahirnya perkataan ‘salary’ dalam Bahasa Inggeris.

Garam sangat penting bagi meningkatkan ketahanan makanan

Sekitar kurun ke-5 Masehi, penggunaan unta secara meluas membolehkan masyarakat penutur Bahasa Berber meredah Gurun Sahara. Menjelang kurun ke-8 Masehi pula, aktiviti perdagangan mula berjalan secara tahunan di rantau Sahara dan sub-Sahara, Afrika Barat. Wilayah sub-Sahara Afrika Barat dilimpahi dengan sumber emas. Justeru, emas-emas ini lazimnya ditukar dengan garam yang dibawa oleh kafilah-kafilah dagang yang tiba dari utara.

LOGISTIK DALAM PERDAGANGAN GARAM
Garam yang diangkut oleh kafilah-kafilah dagang ini diperoleh dari lombong-lombong garam di Gurun Sahara. Di beberapa tempat tertentu seperti Taghaza dan Taoudenni, kawasan simpanan garam dapat ditemui tidak begitu jauh dari permukaan padang pasir. Lazimnya, operasi perlombongan dilakukan di kawasan-kawasan seperti ini dan hamba atau buruh-buruh dibawa masuk dengan jumlah yang banyak untuk melakukan kerja-kerja melombong garam.

Garam yang berbentuk bongkah-bongkah itu kemudiannya dimuatkan ke atas badan unta-unta. Lalu, unta-unta ini membawanya ke selatan untuk ditukarkan dengan emas.

Kafilah yang membawa bongkah-bongkah garam, melalui jalan perdagangan garam

Perdagangan ini dijalankan dengan menggunakan satu proses yang dipanggil sebagai ‘perdagangan barter senyap’, memandangkan kedua-dua pihak pedagang langsung tidak bercakap dan bahkan, tidak bertemu antara satu sama lain.

Di lokasi perdagangan yang mereka tetapkan, pedagang-pedagang garam akan mempamerkan garam yang dibawa oleh mereka. Lalu, gendang akan dipukul untuk memaklumkan hasrat mereka untuk menjual garam. Setelah itu, mereka kembali ke dalam khemah.

Kemudian, pedagang-pedagang emas yang mendengar bunyi pukulan gendang itu akan keluar untuk melihat garam-garam yang dipamerkan, lalu meletakkan jumlah emas yang mereka rasakan sesuai sebagai pertukaran ke atas garam yang mahu mereka ambil. Kemudian, mereka akan memukul gendang dan kembali ke dalam khemah.

Para pedagang garam kemudiannya akan keluar semula dan melihat jumlah emas yang ditawarkan. Sekiranya mereka berpuas hati dengan jumlah emas tersebut, maka emas itu akan diambil dan garam yang mereka bawa pula ditinggalkan sebelum memukul gendang dan beredar meninggalkan kawasan perdagangan tersebut.

Seandainya mereka tidak berpuas hati dengan jumlah emas yang ditawarkan, mereka akan tinggalkan kesemua garam dan emas terdapat di situ, lalu memukul gendang dan kembali ke khemah bagi menantikan tawaran yang lebih baik daripada pedagang emas.

KEPENTINGAN JALAN-JALAN PERDAGANGAN GARAM


Sebahagian ilmuwan berpendapat bahawa para sejarahwan terlalu berlebih-lebihan dalam memerikan kepentingan perdagangan garam. Antara faktor yang disuarakan oleh ilmuwan sebegini adalah garam bukanlah satu-satunya komoditi yang dibawa oleh para pedagang dari Afrika Utara.

Antara barangan lain yang dibawa oleh para kafilah mereka termasuklah kaca, batu-batu berharga dan barangan seramik buatan Afrika Utara. Di samping itu, masyarakat di Afrika Barat boleh sahaja memperoleh sumber garam dari tumbuhan dan tanah, yang mana sumber tersebut cukup untuk memenuhi keperluan mereka. Tambahan lagi, garam-garam yang dilombong dari Gurun Sahara dianggap sebagai barangan mewah yang hanya mampu dibeli oleh orang-orang kaya lagi berkuasa.


Walau bagaimanapun, impak perdagangan garam di rantau ini sama sekali tidak boleh dinafikan. Pada hakikatnya, bukanlah sumber garam atau perlombongannya yang dikejarkan oleh penguasa-penguasa Afrika Barat. Akan tetapi, apa yang ditekankan oleh mereka adalah jalan-jalan perdagangan. Meraih kawalan ke atas jalan-jalan perdagangan ini memberi maksud bahawa mereka boleh mengenakan cukai ke atas kafilah-kafilah yang melaluinya.

Cukai sebegini berupaya memberikan keuntungan yang besar buat mereka dan hal inilah yang mendorong kepada pembangunan empayar-empayar hebat di Afrika Barat seperti Empayar Ghana, Mali dan Songhai. Selain itu, terdapat sejumlah kota penting yang ditubuhkan di sepanjang jalan perdagangan itu.

Antaranya adalah Timbuktu, yang bukan hanya berfungsi sebagai sebuah pos perdagangan penting, malah meraih kemasyhuran sebagai pusat kebudayaan Islam. Lebih daripada itu, disebabkan oleh adanya jalan-jalan perdagangan inilah makanya Islam dapat tersebar sehingga ke sub-Sahara Afrika Barat.

Laluan-laluan perdagangan garam Sahara sekitar tahun 1400 dengan wilayah Niger moden ditonjolkan

Walaupun garam sejak sekian lama telah kehilangan status sebagai komoditi yang bernilai tinggi, akan tetapi aktiviti melombong garam masih terus dijalankan di Sahara dan ia terus dijadikan sebagai punca rezeki masyarakat yang menetap di sana.

Sama seperti masyarakat terdahulu, pelombong-pelombong garam di Sahara pada hari ini masih lagi bergantung kepada unta untuk mengangkut garam yang dikeluarkan. Hanyasaja kuantitinya jauh lebih kecil berbanding dahulu, dan ia tidak lagi ditukarkan dengan emas.

DIOLAH DAN DITERJEMAHKAN DARI:

Wu Mingren. (28 April 2019). Went Salt Was Traded for Gold: The Salt Trade of West Africa that Built Kingdoms and Spread Culture. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/salt-trade-0011802


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.