Walaupun angka kor.bannya sangat tinggi dengan pertem.puran-pertem.puran berda.rah yang tak terkira banyaknya, Per.ang Korea mendapat gelaran “Per.ang Yang Dilupakan” di luar Semenanjung Korea dan telah dianggap sebagai epilog kepada Per.ang Dunia Kedua, baik semasa konflik mahu pun dalam lipatan sejarah selepas itu.

Pada tahun 1950, Jepun adalah negara yang diduduki Amerika Syarikat dan masih bergelut untuk menegakkan kembali kedaulatannya dan membina semula negara yang telah rosak teruk setelah kekalahan. Jepun tidak ada angkatan ketenteraan yang formal.

Sebahagian dari kekurangan ini adalah berkaitan dengan Perlembagaan 1947 yang secara rasminya melarang penglibatannya dalam sebarang per.ang dan membentuk pasukan tentera, walaupun memiliki angkatan laut embrionik dalam bentuk Agensi Keselamatan Maritim yang ditubuhkan pada tahun 1947.

Atas perintah pihak autoriti pendudukan, agensi itu memulakan operasi dengan bekas kapal-kapal penyapu ranjau Tentera Laut Imperialis Jepun membersihkan pelabuhan Jepun dari ancaman periuk api laut selepas per.ang.

Tentera Amerika Syarikat semasa Pe.rang Korea

Sementara itu, dengan ekonomi Jepun yang masih lesu, mereka berusaha untuk mendapatkan kembali kedudukannya setelah pembubaran sistem zaibatsu yang lama (konglomerat pemilikan keluarga) dan peralihan dari industri ketenteraan ke industri komersial.

Apabila Korea Utara menyer.ang Korea Selatan pada bulan Jun 1950, pasukan pendudukan A.S. adalah antara yang terawal bertindak balas. Persoalan utama bagi Amerika Syarikat adalah apa yang perlu dibuat dengan Jepun. Tak ramai yang bersedia untuk dikerahkan kembali, tetapi potensi strategik negara itu terhadap Semenanjung Korea adalah terlalu penting untuk tidak dimanfaatkan.

Jawapannya adalah dengan melibatkan Jepun dalam usaha per.ang, walaupun tak berada di bawah naungan struktur Perintah PBB yang dibentuk tak lama selepas pengisytiharan ser.angan bersen.jata terhadap Korea Selatan.

Masalah Ekonomi Jepun

Antara tempoh semenjak penyerahan kalah mereka dalam Per.ang Dunia Kedua pada Ogos 1945 dan tercetusnya Per.ang Korea pada Jun 1950, ekonomi Jepun dilanda kemelesetan. Tips dan nasihat kewangan yang diberikan Joseph Morrell Dodge pada tahun 1949 hanya menambahkan lagi masalah, kerana kepakarannya hanya tertumpu pada Jerman dan Austria.

Masalah paling utama ialah Jepun sedang ketiadaan wang yang amat diperlukan sebagai modal untuk mereka membina semula negara selepas per.ang.

Tentera Jepun semasa era imperialis

Apabila Amerika Syarikat terlibat sepenuhnya dalam Per.ang Korea pada tahun 1950, dua benda yang penting dibangunkan. Pertama, pangkalan tentera AS di Kyushu utara membangun dengan peningkatan tenaga kerja dan material.

Bantuan kewangan AS kepada Jepun adalah $ 500 juta setahun sebelum tahun 1950. Anggaran bajet ketenteraan untuk penglibatan tentera Amerika di Korea melebihi $ 12 bilion, dan inilah yang benar-benar diperlukan oleh Jepun.

Kedua, kerajaan Jepun telah memutuskan untuk membantu syarikat-syarikat besar secara langsung sebelum tahun 1950 bagi mengelakkan kebankrapan besar.  Peruntukan tentera AS yang melalui Jepun adalah dalam bentuk kontrak dengan syarikat besar Jepun, menepati apa yang sangat diperlukan oleh syarikat-syarikat ini di saat mereka sangat memerlukannya.

Pulangan hasil keuntungan bermakna kerajaan Jepun tidak perlu lagi menyalurkan dana untuk perusahaan-perusahaan ini, dan meneruskan apa yang telah dijayakan sebelum per.ang, Jepun mengembangkan lebih banyak komuniti kebajikan berbanding sebuah negara berkebajikan (kebajikan sosial berasal dari syarikat-syarikat besar, bukan kerajaan).

Pembangunan ekonomi yang berorientasikan pasaran yang tidak jelas menyebabkan kerajaan Jepun tidak mendapat pengajaran besar dalam perancangan perindustrian berpusat yang tidak kompeten. Caruman terbahagi pekerja dan majikan yang membayar faedah pengangguran, misalnya.

Perlembagaan Jepun yang baru melarang mana-mana pasukan bersen.jata Jepun untuk turut serta dalam Per.ang Korea. Tetapi kontrak besar yang dibuat oleh tentera AS untuk bekalan dan kelengkapan dari industri Jepun bermaksud Pasukan Pertahanan Diri Jepun (SDF) dapat dilengkapi dengan kelengkapan baru pada harga murah.

Kebanyakan jentera pe.rang Amerika di Korea adalah buatan Jepun.

Mereka mendapat manfaat baik dari segi penambahbaikan teknologi untuk kelengkapan terbaru AS yang dihasilkan di Jepun, dan pada skala ekonomi di mana syarikat Jepun membina sejumlah besar kenderaan dan peralatan lain untuk AS, kemudian menambahbaik teknologi untuk SDF sendiri.

Lebih murah, lebih cepat dan lebih cekap bagi tentera AS untuk menempah jentera berat dari kilang Jepun berbanding menghasilkannya di AS dan menghantarnya dari Amerika Syarikat. Kerjasama simbiosis yang berjaya antara permintaan AS dan tawaran Jepun menjadi pentas bagi generasi perikatan ini.

Dari tahun 1950 hingga 1973, KDNK di Jepun rata-rata meningkat lebih dari 10%, dan banyak modal yang diperlukan untuk pertumbuhan ini pertama kali memasuki Jepun dalam bentuk pesanan ketenteraan untuk peralatan semasa Per.ang Korea.

Banyak tempat di Jepun digunakan untuk tujuan pementasan dan pembekalan. Terdapat sejumlah kenderaan tentera yang dibuat di Jepun dan digunakan di Korea. Mungkin Per.ang Korea memberi keuntungan kepada syarikat Nissan, di mana mereka menghasikam jip untuk digunakan oleh PBB. Di sebalik semua ini, ada legenda tentang sebilangan besar orang Jepun yang digunakan sebagai pemandu kapal pendaratan.

Penglibatan Jepun Secara Langsung

Penglibatan Jepun dalam Per.ang Korea pada suatu ketika merupakan salah satu rahsia sulit yang disembunyikan Amerika Syarikat berdekad lamanya namun kini ia bukan lagi satu rahsia. Jepun berperanan dalam membantu mempertahankan Korea Selatan, menghantar kru bersama kapal penyapu ranjau bagi membersihkan sebarang per.angkap atau periuk api laut di medan tem.pur sebenar selama enam bulan pertama per.ang itu.

 

Pasukan Polis Simpanan, pendahulu Angkatan Pertahanan Diri Jepun.

Per.ang Korea bermula pada 25 Jun 1950. Pasukan PBB dipaksa berundur ke perimeter Busan dalam keadaan terdesak sehinggalah pendaratan Incheon berlaku pada 15 September 1950. Ini menyebabkan Korea Utara berundur secara tergesa-gesa kembali ke  Utara.

Ada ke negara-negara lain yang turut serta bersama Amerika Syarikat dalam konflik Korea? Jawapannya akan merangkumi banyak negara. Sebenarnya, 21 negara anggota PBB turut serta. 16 negara anggota menyediakan unit pertem.puran dan lima yang lain menyediakan bantuan perubatan. Jepun ketika itu bukan anggota rasmi PBB dan hanya diingati kerana menghasilkan banyak wang semasa per.ang itu.

Sementara ekonomi Jepun menerima suntikan yang besar, Jepun bukan sekadar pemerhati di sepanjang per.ang itu. Situasi ini turut membenarkan tentera A.S. menggunakan berpuluh-puluh lapangan terbang, 10 pelabuhan, 14 buah hospital, dan sejumlah besar pangkalan tentera.

Kapal pengangkut Jepun terlibat secara langsung dalam misi penghantaran tentera AS dan bahan bekalan ke Korea.  Selain itu, lebih dari seratus kapal kecil berkuasa motor dikirim ke Busan sebagai pengangkut pasukan tentera dan bekalan yang lebih ringan dari kapal besar ke pantai.

Malahan, ada ramai orang Jepun yang memainkan peranan sebagai kru kapal-kapal A.S. Satu sumber menyebutkan bahawa 37 buah kapal pendaratan di Incheon dikendalikan oleh orang-orang Jepun.

Pada bulan November 1950, ketika kapal tunda Tentera Darat A.S. (LT-636) terlanggar periuk api laut, 22 dari 27 orang Jepun adalah di antara kru yang terbu.nuh. Jumlah keseluruhan orang Jepun yang terlibat secara langsung dalam Per.ang Korea tidak dapat dipastikan.

Peranan Penting Penyapu Ranjau Jepun

Tak ramai yang tahu Jepun menghantar kru bersama kapal-kapal penyapu ranjau dalam pertem.puran sebenar untuk membantu sejumlah kecil kapal penyapu ranjau A.S. yang terhad masih ada di sepanjang enam bulan pertama per.ang itu.

Skuadron penyapu ranjau Jepun yang dikelaskan dari nombor 1 hingga 6.

Sekurang-kurangnya 60 orang awam Jepun dibawa bersama tentera A.S. menyertai Pe.rang Korea pada tahun 1950, dan 18 daripadanya terlibat dalam pertem.puran. Ini berdasarkan rekod dokumen sulit yang diperoleh dari Pentadbiran Arkib dan Rekod Negara Amerika Syarikat.

Fail-fail yang disusun oleh A.S itu, menunjukkan 18 daripada 60 lelaki Jepun berusia di bawah 20 tahun dan empat dari mereka yang di bawah umur mengambil bahagian dalam pertem.puran.

Surat keterangan kema.tian bagi satu orang Jepun yang terbu.nuh di barisan hadapan juga ditemui di dalam arkib, bersama dengan laporan yang menggambarkan yang lain sebagai hilang. Penemuan dokumen ini diumumkan tak lama menjelang ulang tahun ke-70 Pe.rang Korea pada 25 Jun 2020.

Sebahagian daripada dokumen rahsia yang diperoleh dari Pentadbiran Arkib dan Rekod Negara A.S. dipamerkan di bandar Fukuoka, Jepun pada 12 Jun 2020.

Semasa konflik, kerajaan Jepun memenuhi permintaan Angkatan Tentera Laut A.S. agar Agensi Keselamatan Maritim (Pengawal Pantai Jepun sekarang) secara diam-diam mengumpulkan batalion kapal penyapu ranjau khas untuk melaksanakan tugas membersihkan ancaman periuk api laut.

Seramai 57 orang Jepun ma.ut ketika melaksanakan tugas tersebut dan semasa dalam tugasan logistik untuk pasukan tentera A.S. antara bulan Jun 1950 hingga Januari 1951. Dokumen sulit yang lebih terbaru menunjukkan orang awam Jepun juga turut serta dalam pertem.puran.

Perkara ini kali pertama diketahui dari keluarga bekas petugas di sebuah pangkalan tentera A.S. di Jepun. Dokumen yang berkaitan dengan maklumat itu kemudian diperoleh dari Arkib Negara pada bulan Januari.

Sejumlah anak kapal dari Agensi Keselamatan Maritim Jepun, dengan lebih dari 40 buah kapal penyapu ranjau, di samping beberapa kapal pemeriksa (kapal yang memeriksa semula kawasan yang dibersihkan dari ranjau) dan beberapa kapal peronda terlibat dalam operasi tem.pur bagi membersihkan ranjau di pelabuhan Korea.

Ini jelas melanggar Perlembagaan Jepun yang diterapkan tak lama setelah berakhirnya Per.ang Dunia II, dan kerana itulah ia tidak diumumkan.

Contoh kapal penyapu ranjau Jepun.

Pada tahun 1950, Jepun memiliki lebih dari 80 buah kapal penyapu ranjau dan kapal pemeriksa yang melakukan pembersihan ranjau yang pernah ditempatkan di sekitar Jepun semasa Per.ang Dunia Kedua. Semasa kempen Okinawa, A.S. telah mengerahkan lebih dari 100 kapal penyapu ranjau dan kapal pembantu.  Namun, pada masa itu kebanyakannya telah dinyahaktifkan.

Ketika Per.ang Korea meletus, A.S. mempunyai sebuah kapal penyapu ranjau yang boleh beroperasi dan beberapa kapal sokongan di kawasan Jepun, terutamanya untuk memantau aktiviti penyapu ranjau Jepun.  Korea Selatan memiliki beberapa penyapu ranjau, tetapi kapal-kapal tersebut tidak ada kelengkapan yang baik dan tidak memiliki kru yang terlatih.

Kapal penyapu ranjau ada dua fungsi pertem.puran utama: membersihkan pantai untuk operasi pendaratan amfibia dan menyapu kawasan luar pantai untuk membersihkan kawasan itu bagi kapal tentera laut pasukan sekutu melancarkan be.dilan dari laut terhadap kedudukan musuh.  Penyapu ranjau juga perlu membersihkan laluan penghantaran.

Kapal penyapu ranjau Jepun digunakan di semua kawasan operasi, dan dua kapal. Pada Oktober 1950, kapal penyapu ranjau Jepun MS-14 terlanggar ranjau musuh semasa operasi pembersihan di Wonsan lalu tenggelam dan mengakibatkan satu kema.tian dan 18 cedera.

Satu lagi pendaratan amfibia PBB seterusnya selepas di Incheon pernah dirancang terhadap Wonsan, tetapi ia tak dilaksanakan kerana pengunduran pasukan musuh.

Empat kapal penyapu ranjau Amerika Syarikat di Jepun semasa Pe.rang Korea

Pada bulan Disember 1950, kapal penyapu ranjau Jepun MS-152 terkandas di Hungnam, dan berjaya diselamatkan.  Tidak ada kema.tian. Menjelang akhir tahun 1950, kapal penyapu ranjau A.S. telah tersedia dalam jumlah yang mencukupi dan kebanyakan penglibatan penyapu ranjau Jepun telah berakhir.

Kerahan kapal penyapu ranjau dan penglibatan dalam pertem.puran dalam Per.ang Korea telah dilaksanakan dengan pengakuan dan persetujuan kerajaan Jepun.  Walaupun ia mungkin agak sensitif dari segi politik pada waktu itu, peristiwa itu sudah lama berlalu bagi orang Jepun yang terlibat dalam pertem.puran semasa Per.ang Korea dan mereka merasakan peranan mereka berhak diiktiraf dan dihormati.


Sakataro Nakatani.

Terutamanya bagi Sakataro Nakatani, anak kapal Jepun yang terbu.nuh ketika kapal penyapu ranjau karam di Wonsan, dan warganegara Jepun lain yang meninggal dalam per.ang itu.  Penglibatan Jepun dalam Per.ang Korea bukan lagi satu rahsia dan tiada keperluan menyembunyikannya dari pengetahuan dunia lagi.

RUJUKAN:

Logistics & Support Activities in Japan, 1950-1953


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.