Ketampanan Rasulullah S.A.W Mengatasi Ketampanan Nabi Yusof A.S

1,000

1) Para Anbiya’ عليهم الصلاة والسلام sememangnya mempunyai kelebihan yang berbeza di antara satu sama lain,sebagai bahagian dari keluasan rahmat Allah جلا جلاله .Firman Allah:

تِلۡكَ ٱلرُّسُلُ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖۘ مِّنۡهُم مَّن كَلَّمَ ٱللَّهُۖ وَرَفَعَ بَعۡضَهُمۡ دَرَجَٰتٖۚ

Demikianlah para Rasul itu,Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan (Al Baqarah 253)

2) Ketampanan Sayyiduna Yusuf على نبينا و عليه السلام hanya digambarkan secara ringkas di dalam Al Qur’an, berdasarkan reaksi wanita-wanita Mesir yang terpesona dengan ketampanan Baginda sehingga mereka melukakan tangan-tangan mereka ketika melihat Baginda.

3) Sedangkan kesempurnaan serta ketampanan wajah Sayyiduna Muhammad ﷺ pula diperincikan oleh para Sahabat رضوان الله عليهم أجمعين dengan pelbagai sifat yang menunjukkan keagungan Baginda serta mengagumkan setiap mata yang melihat,tanpa mengira jantina mahupun umur,baik kawan ataupun musuh.

Perhatikan keterangan berikut;

a)Kata Sayyiduna ‘Ali رضي الله عنه و كرم الله وجهه:

من رآه بديهة هابه ومن خالطه معرفة أحبه

Sesiapa yang melihat Baginda (buat kali pertama) pasti akan tertunduk kerana kehebatan Baginda, sedangkan sesiapa yng telah terbiasa bergaul dengan Baginda akan jatuh cinta. (Riwayat Imam At-Turmudzi رحمة الله عليه di dalam Jami’ dan Syamaail beliau)

b)Kata Sayyiduna Jabir bin Samurah رضي الله عنه:
فله عندي أحسن من القمر

Baginda pada pandanganku lebih indah dari Bulan

(Riwayat Imam At-Turmudzi رحمة الله عليه di dalam Jami’ dan Syamaail beliau)

c)Kata Sayyiduna Hind bin Abi Halah رضي الله عنه:
يتلألأ وجهه تلألؤ القمر ليلة البدر

Bercahaya wajah Baginda seakan-akan bersinarnya bulan pada malam ia mengambang

(Riwayat Imam At-Turmudzi رحمة الله عليه di dalam Syamaail beliau)

4) Kesempurnaan dan ketampanan wajah Sayyiduna Muhammad ﷺ tidak menatijahkan perasaan berahi serta bersyahwat kepada setiap mata yang memandang kepada Baginda, bersalahan dengan reaksi isteri Al Aziz yang bergoncang nafsunya selepas melihat kepada wajah Sayyiduna Yusuf على نبينا و عليه السلام.

Maka dengan penjelasan ringkas ini mudah-mudahan dapatlah difahami mengapa kami katakan, bahkan kami meyakini bahawa ternyata ketampanan Sayyiduna Muhammad ﷺ itu ternyata mengatasi Sayyiduna Yusuf على نبينا و عليه السلام berdasarkan dalil-dalil yang kami kemukakan di atas.
والله أعلم.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.