Walaupun Jepun tidak besar seperti Amerika Syarikat, Kanada atau Rusia, negara ini masih dikurniakan kepelbagaian biologi yang boleh merambangkan mata masyarakat. Bunyi “kepelbagaian biologi” mungkin terlalu bombastik.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Dalam bahasa mudah, Jepun mempunyai macam-macam jenis haiwan yang bergantung antara satu sama lain bagaikan muafakat semulajadi. Kalau tarik satu, barangkali semua akan terganggu.

Rantaian sebegini memanglah satu fitrah alam. Contohnya, ikan paus memakan udang kecil.

Tanpa ikan paus, mesti populasi udang kecil meningkat. Sebaliknya, populasi udang kecil pula terjejas (tanpa ikan paus).

Setelah dikaji, rupanya ikan paus akan menyembur na.jis yang kaya dengan zat besi… menjadi baja untuk kegunaan phytoplankton pada terumbu karang (Ratnajarah, Bowie, & Hodgson-Johnston, 2014). Udang kecil kemudian memakan phytoplankton tersebut.

Itulah contoh bagaimana alam ini berfungsi – haiwan bergantung antara satu sama lain. Salah satu haiwan menarik untuk dibincangkan ialah ketam labah-labah Jepun (Japanese spider crab).

Haiwan ini berjenis artropod, satu lagi definisi bombastik yang mudah difahami. Artropod sebenarnya bersepah di dunia ini, contohnya kala jengking, lipan dan rama-rama. Kalau dalam laut, artropod terdiri daripada belangkas dan udang galah.

Jadi semua boleh faham, yang artropod ialah haiwan bersendi tanpa tulang belakang. Setakat ini saintis telah mengenali 800,000+ spesis berbeza dalam kategori artropod.

Dalam 800,000+ haiwan ini, ketam labah-labah Jepun mempunyai kaki paling panjang… mirip seekor labah-labah.

Saiznya agak rambang, tetapi paling besar direkod mencecah 3.7 meter bersamaan 12.1 kaki (McClain, et al., 2015). Sekarang bayangkan – di depan, ada seekor labah-labah besar 3.7 meter dari kiri ke kanan. Beratnya boleh mencecah 19 kilogram (Burton, 2002).

Memang menakutkan… tetapi jiwa labah-labah ini seekor ketam. Bermakna isi di sebalik kulitnya manis dan halal. Jangan bersorak lagi, kerana ketam labah-labah Jepun masih menakutkan.

Gelap dan Sejuk

Lautan terbentang luas ada hukum-hakam tersendiri berdasarkan bidang sains. Semakin dalam, tek.anan (pres.sure) laut pun meningkat (Hummel, 2020). Kerana air di atas sedang mene.kan air di bawah – atau senang cakap, air di atas terlalu berat.

Seorang manusia tidak boleh menyelam terlalu dalam. Selalunya penyelam akan turun sedalam 6.09 meter tanpa peralatan (12.19 meter kalau penyelam profesional) – dan jantung akan berdenyut 25 peratus hingga 50 peratus lebih perlahan dalam air (Koox Diving, n.d.).

Ketam labah-labah Jepun pula hidup sekitar 50 meter hingga 600 meter dalam, jauh daripada capaian manusia. Zon melepak mereka selalunya 300 meter di sekitar Teluk Suruga. Suhu di sini memang sejuk, lebih kurang 10°C.

Dan saintis mengenal pasti ketam labah-labah boleh hidup dalam suasana 6°C pun.

Sudahlah sejuk, keadaan sekeliling agak gelap pula. Cahaya Matahari kelihatan samar-samar di sekitar 200 meter ke bawah. Maka ketam serba besar ini sangat suka suasana sejuk dan gelap.

Orang yang takut laut dalam tentu sekali akan menggigil kalau bayang. Walau bagaimanapun, ketam labah-labah hanya pandai buli haiwan lebih kecil. Mereka tidak mampu membµnµh manusia kerana 1) manusia takkan turun di laut dalam dan 2) bukan semua besar gergasi.

Ketam labah-labah hanya bawa diri setiap hari. Mereka makan bila lapar. Dan kalau datang musim, mereka pun membi.ak. Seekor ketam betina boleh mengeluarkan 1.5 juta telur setiap musim, yang akan menetas dalam tempoh 10 hari.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Apabila menetas, ketam-ketam comel ini akan mengharungi empat fasa bagaikan kupu-kupu. Daripada larva kemudian jadilah seekor ketam yang dewasa.

RUJUKAN:

Burton, M. (2002). Spider crab. International Wildlife Encyclopedia. Halaman 2475-2476.

Hummel, C. (2020, Disember 6). Why does water (ditapiskan) increase with depth? Sciencing.

Koox Diving. (n.d.). How Deep Can A Human Dive Without Scuba Gear?

McClain, C.R. et al. (2015). Sizing ocean giants: patterns of intraspecific size variation in marine megafauna. PeerJ. 3: e715.Ratnajarah, L., & Bowie, A., & Hodgson-Johnston, I. (2014, Ogos 4). Bottoms up: how whale (ditapiskan) helps feed the ocean. The Conversation.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.