Kesunyian Itu Menyeksakan – Coyote Starkk

0
625
views

“Cero Metorajetta.” Hanya satu dialog saja. Tembakan cero yang keluar daripada pistolnya bertalu-talu dan hampir mengenai Shunsui Kyoraku.

Bleach, antara manga yang ditamatkan tanpa siri anime sekuel The Thousand Year Blood Arc. Watak-watak Espada mempunyai personaliti yang tersendiri. Kita lihat dahulu Coyote Starkk, yang cuba mengelak daripada kesunyian.

Coyote Starkk merupakan salah seorang Espada dari tentera Aizen Sosuke. Mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Espada iaitu Primera (pertama), Starkk tidak mengambil endah tentang kepimpinannya mengendalikan tentera Arrancar. Barragan Louisenbairn mengambil alih kepimpinan tersebut sebagai bekas King of The Hollows.

Starkk ditemani oleh Lilynette Gingerbuck, dirinya sendiri yang dipisahkan. Ketika menjadi hollow, Starkk sangat benci untuk berseorangan kerana kehadirannya menyebabkan hollow disekelilingnya mati. Dia benci berseorangan namun apa pilihan yang dia ada untuk mengelakkan dirinya berseorangan?

Waqaf Saham

Starkk ingin bergerak dalam kumpulan dan mengelak diri dari menjadi kuat. Dengan menjadi seorang yang lemah, Starkk tak akan berseorangan lagi. Sehinggalah dia membahagikan jiwanya – Lilynette Gingerbuck. Menurut Starkk, dia ingin menjadi lemah atau mencari rakan yang kuat sepertinya supaya dia tidak kesunyian.

Perasaan sunyi dan keseorangan sememangnya tidak dapat dielakkan. Ia menyakitkan apabila kita merasakan kitaran hidup kita tiada siapa yang mengambil endah. Menurut John T.Cacioppo, kesunyian adalah satu penyakit. Ia menyebabkan keradangan dalam badan, perlahan-lahan menyumbat saluran arteri, menyebabkan kencing manis, serta menyebabkan kemurungan. Tidak ada penawar untuk penyakit ini selain diri sendiri.

Kesepian bermakna seseorang itu tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan orang lain. Rasa sunyi tidak bermakna hanya akan berlaku apabila kita bersendirian. Kadang-kadang ia juga boleh berlaku walaupun ramai orang berada disekeliling. Seperti di dalam bilik yang gelap yang ramai orang namun tiada yang sedar tentang kewujudan anda. Ia membuatkan anda percaya yang anda tidak bermakna untuk sesiapa pun.

Pernah dengar tentang orang yang sunyi ini cepat mati? Ya, dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Health Psychology ke atas 213 orang responden menunjukkan orang yang sepi dan sunyi mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Coyote Starrk salah satu contoh watak yang menghadapi kesunyian hakiki sehingga terpaksa memisahkan jiwanya menjadi dua. Dikelilingi rakan Espada, Starkk masih juga merasa kesunyian. Walaupun hanya dia menghargai hubungan ‘persahabatan’ tersebut. Kebanyakan Espada riak dan bersikap mementingkan diri sendiri. Contohnya, Grimmjow dan Ulquiorra tidak sehaluan dan hanya mementingkan agenda masing-masing ketika mereka bertarung.