Moving Forward As One

Kesultanan Melayu Melaka Tak Pernah Alami Kemelesetan Ekonomi

1,777

1. “Quem for senhor de Malaca, tem a sua mão na garganta de Veneza” – Barang siapa yang menguasai Melaka, maka dia akan mencekik leher Venice.

2. Apabila seorang apotheracy (pakar perubatan/ahli farmasi) merangkap penulis dan sejarawan Portugis seperti Tomĕ Pires (penulis Suma Oriental – laporan rasmi kepada Raja Manuel, tulisan terawal tentang wilayah Timur sebagai persediaan untuk Portugis mencari peluang dagang di wilayah ini) mengungkap kata-kata mahsyur itu, pastinya kata-kata yang terpacul keluar daripada mulut lelaki kelahiran Lisbon ini “bukan biasa-biasa”.

3. Penguasaan Venice ketika itu sebagai pelabuhan utama untuk perdagangan barang-barang dari Timur terutama rempah-ratus ‘mendesak’ Portugal mencari satu tapak baharu untuk menyekat monopoli itu. Menganjak ke zaman moden, kota Venice masih boleh diimbau kenangannya hingga kini (sebelum pandemik, Venice ialah antara tapak paling teruk ‘dilanyak’ kerana overtourism). Namun hal itu tidak ketara berlaku kepada pesaing lamanya iaitu Melaka apabila sejarah dan wajah sebenar Venice Timur ini (ketika zaman kegemilangannya) masih samar dan sebahagian besarnya masih menjadi misteri yang tidak terungkai.

4. Portugis ketika menjajah Melaka (bukan kesemua wilayah Melaka jatuh ke tangan mereka sebenarnya), moyang CR7 ini hanya berjaya mengaut 1/3 sahaja kekayaan Melaka manakala 2/3 bakinya dipercayai masih tersimpan secara misteri di sekitar kota dan negeri Melaka di ruangan bawah tanah ditampan dinding kebal dan kukuh.

5. Pemerintah Melaka sebelum kejatuhan Sultan Mahmud Syah (ada unsur pengkhianatan di balik tabir kisah itu) tidak pernah mengalami kemelesetan ekonomi kerana kecerdikan, kepandaian dan kecekapan pemerintah ketika itu menyimpan harta dan khazanah negara. Material ini wujud dalam pelbagai bentuk dan disimpan di bilik simpanan khas (dan tidak dikorek sesuka hati oleh pemerintah ketika itu).

Ada catatan yang mengatakan wujud 3 tan emas dan harta-harta lain di bilik simpanan harta Sultan Alaudin Syah yang mana Portugis telah merampasnya dan sebahagian dihantar ke Portugal.

6. Harta kekayaan yang melimpah ruah ini terkumpul melalui pelbagai cara antaranya bayaran ufti yang dihantar oleh negeri yang bernaung di bawah panji Melaka, transaksi perdagangan (Melaka ibarat Shanghai hari ini selaku pelabuhan paling sibuk di dunia dengan +-2000 kapal bertandang pada satu-satu masa) serta rampasan harta perang hasil peperangan dengan kerajaan sekitar yang menentang Melaka. Yang pi lawan tu kenapa?

7. Harus diingat, pemerintah ketika itu kaya tapi rakyatnya turut kaya dan diberi hak untuk menjadi kaya; penduduk dibenar mengubahsuai rumah dan menjadikan bahagian hadapan rumah sebagai ruang jualan (penduduk di kota Melaka banyak terlibat dengan peruncitan dan perdagangan), banyak rumah besar wujud waima di pinggir kota Melaka dan Portugis terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk memindahkan banyak harta kerana harta-harta di kota Melaka ‘bersepah’ dan boleh ditemui di banyak rumah para penduduknya!

8. Hebatbukan? Ya. Cuma kita harus lebih aktif mengkomunikasikan berita sebegini. Semoga bermanfaat. Salam Ramadan. Salam Lailatul Qadr.

RUJUKAN

Farahana Shuhaimi (2018). Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka. Patriots Publication, Ampang, Selangor.

Correa Gaspar (1976). Lendas da India. Kraus Reprint. Nendeln.

The Suma Oriental of Tom Pires; an Account of the East, rom the Red Sea to China. Written in Malacca and India in 1512-1515. Vol II. Asian Educational Service.

Ruangan komen telah ditutup.