1. Seperti yang ramai telah tahu, selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Johor mengambil alih peranan Melaka sebelumnya sebagai pusat pentadbiran Kesultanan Melayu yang digelar Johor Lama.

2. Hatta selepas Melaka beralih tangan pula kepada Belanda bermula 1641, Johor masih lagi kekal memainkan peranan sama, malah menguasai jajahan yang luas termasuklah wilayah yang menganjurkini digelar Negeri Sembilan, Naning, dan kawasan pinggiran Melaka.

3. Sebenarnya, Belanda sendiri belum tentu dapat merampas Melaka dari tangan Portugis jika tidak mendapat bantuan Johor ketika itu.

4. Bagi memperlihatkan pengaruh Johor yang dinyatakan ini, kisah “Silsilah Asal Penghulu Naning” di dalam Hikayat Munshi Abdullah ada menceritakan bagaimana Sultan Johor tetap mempunyai pengaruh di Melaka, kawasan yang kini sebahagian dari Negeri Sembilan.

5. Ianya kekal demikian sekalipun Naning pernah menjadi jajahan Belanda. Resam Melayu, setia dan nyawa, beraja dan mengangkat takhtanya, wajib kepada Melayu jugalah hendaknya.

6. Silsilah itu juga turut menyatakan tentang bagaimana baginda Sultan turut menganugerahkan tanah Gemencheh (kini di dalam Negeri Sembilan) kepada hamba rakyat bernama Juara Megat sebagai hadiah atas perkenan baginda jua hendaknya, atas jasa Juara Megat berbakti kepada baginda Sultan.

7. Petikan kisah tersebut dirumikan sebegini;
“Syahdan maka adalah seorang bernama Genta Di langit, maka ia telah melarikan gundik Sultan Johor, dibawanya perempuan itu ke Muar. Maka dikirim surat oleh Sultan Johor kepada Kapitan Datu’ Arum di Melaka, ia minta buangkan kulit babi yang tersungkap di kepalanya dan minta basuhkan arang yang terconteng di mukanya. Maka Datu’ Kapitan Arum pun memanggil Juara Megat sambil berkata kepadanya: “Dapatkah Juara Megat membunuh Genta Di Langit itu?” Maka berdatang sembah Juara Megat: “Cakaplah hamba dato’ membunuh dia, akan tetapi hamba datu’ pohonkan senjata akan membunuh dia.” Maka diberilah oleh Datu’ Kapitan sebila keris akan senjata Juara Megat, maka ia pun pergilah membunuh Genta Di Langit. Setelah sudah mati, maka perempuan itu dihantarkanlah kepada Sultan Johor, maka oleh Sultan Johor memberilah persalin akan Juara Megat, pertama2 pedang sebila dan budak sekelamin dan baju sehelai dan tanah Gemencheh akan pembasuh kaki tangan Juara Megat;”

8. Juara Megat ini akhirnya dicadangkan oleh anak buahnya untuk diangkat menjadi Penghulu Naning bagi menggantikan Dato’ Seraja Merah yang ketika penghujung usianya semakin lemah daya ingatan, dengan persetujuan Belanda yang ketika itu menguasai Naning.

9. Juara Megat adalah Penghulu Naning yang ketiga dilantik ketika itu sejak Naning ditadbir sebagai sebuah kerajaan dan memiliki autonominya sendiri.

10. Jelas, sekalipun Melaka dan wilayah sekitarnya telah dimiliki Belanda, Kesultanan Johor membawa panji-panji kerajaan Melayu Islam dan dijadikan lambang kekuasaan Raja Melayu bagi kawasan tersebut.

11. Kerajaan Johor malah turut mencatur objektif politik dan kepemimpinan dalaman bagi wilayah-wilayah terlibat.

12. Sejarah membuktikan, tumbang satu Melaka, ‘Melaka’ lain tumbuh bernyawa. Tinggal Melayu dalamnya, hendak bingkas bangkit atau kekal hidup tanpa ‘nyawa’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.