Dulu masa saya belajar di UIA, saya ada seorang sahabat baik dari Juzur Qamar (Negara Comoros). Namanya Karim. Dia memang sangat rapat dengan saya.

Saya perhatikan pelajar-pelajar dari Juzur Qamar selalunya lembut dan tawaduk. Berbeza dengan orang-orang Afrika yang lain. Ada ciri orang-orang Yaman.

Selalunya Karim datang ke bilik saya lepas Asar. Jadi kadang-kadang saya bawa dia makan goreng pisang di warung di luar kampus.

Antara sebab saya sangat selesa berkawan dengan Karim ialah dia sangat fasih berbahasa Melayu dan Indonesia. Kalau warganegara Malaysia yang tak fasih berbahasa Melayu, patut malu dengan Karim.

Selalunya bila Karim melepak dengan saya, dia akan meluahkan kisah percintaannya yang tak kesampaian. Karim teramat minat dengan seorang pelajar Indonesia. Tapi cintanya tak pernah berbalas.

Saya pun hairan juga kenapa dia ditolak. Karim ni orangnya jaga solat jemaah 5 waktu. Dekat negaranya, dia ni anak orang kaya. Hidungnya pun mancung dan memang ‘hensem’ kalau di kalangan orang Afrika. Tapi memang kulit gelaplah, dah dia orang Afrika. Mungkin gadis tu menolak sebab faktor geografi. Entahlah…

Ada satu kali di warung goreng pisang Pakcik Mat di Sungai Chinchin, saya bertanya Karim dengan dialog yang lebih kurang begini:-

Saya : Rim, aku tengok di kalangan Niger (panggilan manja untuk pelajar Afrika), ko le yang paling pandai cakap Melayu. Apa bahasa Melayu ni susah sangat ke Rim? Bahasa Melayu ni mane ade fe’el madhi, fe’el mudhori’ bagai…muannas muzakar pun tak de, kata jamak pun tak de. Jadi apa yang susahnya?

Karim termenung sebentar sambil menghirup air kopi yang dibancuh oleh Khairul, pembantu warung Pakcik Mat. Matanya agak bersinar. Sementara saya terus menjamah goreng pisang sambil bersabar menanti jawapan Karim.

Karim : Ko jangan main-main San. Ada dua benda yang menyebabkan Niger-niger ni rasa bahasa Melayu ni susah. Satu, sistem imbuhan. Yang ini ramai ‘foreigner’ kantoi.

Dua, kami di UIA ni belajar bahasa Melayu standard. Tapi kau pernah tak dengar orang-orang Melayu bersembang bahasa standard. Semua cakap bahasa pasar/ daerah. Dah tu jauh pulak tu perbezaannya.

Saya hanya mengangguk perlahan. Fikir-fikirkan, betul juga cakap Karim. Bayangkan kesusahan yang pertama:-

Contoh dari perkataan ‘Ajar’ terbit perkataan – ajari – ajarkan- ajaran- mengajar- mengajari- mengajarkan- pelajar- belajar- diajar- diajari – diajarkan- pembelajaran- pelajaran -pengajaran

Kesusahan kedua :-

Yang diajar dalam kelas, “Awak hendak pergi ke mana?”

Yang dipertuturkan, “Ko nak gi mane?” Lagi ringkas, “Mane tu?”

Saya sampai sekarang tak tahu macam mana nak cari Karim. Dulu masa belajar tiada FB. Telefon bimbit pun tiada kamera zaman tu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.