Tentu sekali semua kenal nama Amelia Earhart. Beliau membuktikan yang sesiapa saja boleh capai impian, jika ada usaha. Beliau menimba pengalaman dalam penerbangan sejak usia 20-an lagi. Pada zaman itu, juruterbang wanita adalah suatu benda yang amat janggal. Mana tidak – ini zaman wanita dipandang sebelah mata yang hidup wajib bergantung pada lelaki semata-mata sampai pendidikan pun tidak perlu ibaratkan.

Kenapa Amelia Earhart penting untuk diketahui? Kerana 2 Julai adalah ulang tahun kehilangan beliau, yang betul-betul memberi kesan kepada banyak pihak. Pertama sekali, beliau sangat aktif dalam dunia sosial dan politik. Suara beliau melantungkan semangat hak kesamarataan pada wanita (Francis, 2011). Ramai menyahut lantunannya, sampai Amelia dipelawa ke White House dan menjadi sahabat baik Eleanor Roosevelt – isteri kepada Presiden Amerika Syarikat paling hebat dalam sejarah.

Bersama First Lady Eleanor Roosevelt.

Pada mata rakyat Amerika Syarikat ketika itu, Amelia merupakan figura setaraf Sheikh Muszaphar Shukor di Malaysia. Inspirasi. Idola. Idaman.

Advertisements

Penerbangan Bersejarah Yang Gagal

Amelia Earhart menjadi wanita pertama untuk terbang merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1928. Empat tahun kemudian, beliau membuat penerbangan ini secara solo pula. Dua penerbangan ini meyakinkan beliau untuk misi paling ultimate, yang mula dirancang pada awal 1936. Benar, ramai berjaya terbang mengelilingi dunia pada masa itu. Tetapi Amelia pilih laluan paling jauh, iaitu 47,000 kilometer kerana ingin menyusuri Garisan Khatulistiwa. Dan pihak Universiti Purdue sudi membiayai misi hebatnya.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Cari punya cari pesawat, akhirnya mereka dapatkan Lockheed Electra 10E daripada pihak Syarikat Pesawat Lockheed (sekarang sudah bergabung dengan Martin Marietta menjadi Lockheed Martin). Electra bagi Amelia adalah sebuah “makmal berterbang” yang menjadi sebutan pihak media (Winters, 2010). Ikut rancangan, Amelia patut berterbang dengan pembantu juruterbang Harry Manning. Walau bagaimanapun, Manning ada buat satu kesilapan besar semasa terbang merentasi Amerika Syarikat.

Harry Manning

Amelia terbang berpandukan mercu tanda. Beliau tahu ada di New York kalau nampak Empire State Building dan Statue of Liberty. Mudah kata, nampak Menara Berkembar Petronas memang tahulah ada di Kuala Lumpur. Manning pula guna kiraan navigasi. Dan kiraan beliau salah sampai mereka salah negeri (Long & Long, 1999).

Kesilapan ini memberi laluan kepada Fred Noonan yang dikatakan lebih cekap mengira – tanpa menyingkirkan Manning. Mereka sekadar ubah rancangan. Amelia akan terbang bersama Noonan daripada Hawaii ke Pulau Howland. Sini mereka akan tukar juruterbang, yang mana Manning akan sambung perjalanan ke Australia pula. Namun projek asyik tergendala sampai Manning undur diri terus. Tinggallah Amelia dan Noonan – dua orang yang tidak begitu mahir menggunakan radio.

Amelia bersama Fred.

Mungkin inilah punca utama kenapa pesawat Electra mereka hilang pada 2 Julai 1937. Apabila semua pakat sedar pesawat Electra hilang, pihak tentera laut sendiri masuk membantu pencarian. Walau bagaimanapun, misi pencarian mereka tidak membuahkan hasil. Ramai berpendapat mereka terhempas di laut kerana kehabisan minyak.

85 tahun sudah berlalu. Sampai hari ini tiada siapa tahu apa yang terjadi pada Amelia dan Noonan. Ada yang cakap mereka ditangkap pihak Jepun kerana selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, tular katanya ada kubur dua orang juruterbang di Pulau Tinian. Pakar arkeologi cuba menggali di tempat tersebut dan tidak menemui sebarang tulang.

Macam biasa – orang ramai pun berspekulasi hingga tahap teori konspirasi bagai. Penjelasan paling logik adalah, mereka terhempas di Lautan Pasifik.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Francis, R. (2011, Julai 21). The History Behind The Equal Rights Amendment. Equal Rights Amendment.

Long, E., & Long, K. (1999). Amelia Earhart: The Mystery Solved. Simon and Schuster. Halaman 65.

Winters, K. (2010). Amelia Earhart: The Turbulent Life of an American Icon. MacMillan. Halaman 171.

 

 

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply