Baru-baru ini, Al-Jazeera English (AJE) menerusi rancangan 101 Eastnya menerbitkan satu video bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown. Terima kasih kepada video tersebut, ia menimbulkan kemarahan ramai pihak termasuk kerajaan yang menyifatkan ia sebagai laporan palsu. Dan bagi blogger video Dustin Pfundheller, video tersebut mengandungi pelbagai kesilapan kritikal yang dilihat menjatuhkan prestij Al-Jazeera sebagai media antarabangsa.

Dalam satu klip Locked Up in Malaysia’s Lockdown, seorang wartawan AJE, Drew Ambrose menunjukkan pas medianya kepada pasukan keselamatan semasa membuat rakaman di salah satu kawasan PKPD. Walaupun diarah beredar oleh pasukan keselamatan dan rakaman dihentikan, krew AJE tetap meneruskan rakaman.

Bagi Pfundheller, apa yang dilakukan krew AJE itu bersifat amatur kerana memang satu kesalahan merakam pasukan keselamatan termasuk polis dan t3ntera di mana-mana negara. Misalnya, jika anda mengambil gambar atau merakam video Rumah Putih, maka itu dianggap satu kesalahan di Amerika Syarikat dan pelakunya boleh dihukum p3njara.

Satu lagi klip menunjukkan wartawan AJE itu mengeluh kerana tidak dibenarkan memasuki kawasan PKPD. Di sini, Pfundheller menyifatkan mereka sebagai melucukan kerana tidak memahami risiko pandemik Covid-19 atau lebih tepat terma ‘mudah berjangkit’.

Jika mereka diberi kebenaran memasuki kawasan tersebut, potensi mereka dijangkiti wabak tersebut sangat tinggi lebih-lebih lagi jika kawasan tersebut berisiko tinggi. Ini ditambah krew AJE dilihat tidak memakai topeng sedangkan anggota perkhidmatan kesihatan dan keselamatan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan. Ini menunjukkan mereka jahil tentang risiko Covid-19!

Tindakan AJE menutup ruang komen video Locked Up in Malaysia’s Lockdown di YouTube sebagai tidak profesional. Ini kerana menerusi komen orang ramai, ia dilihat membantu menambahbaik kualiti kandungan atau memperbetulkan bias yang wujud dalam sesebuah laporan. Tindakan ini tidak seharusnya berlaku dan patut dihalang oleh YouTube.

Ambrose dalam laporannya mendakwa cubaan mereka mendapatkan komen pihak kerajaan termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin dan timbalan-timbalannya tidak dilayan. Sekali lagi, Pfundheller menggelakkan Ambrose yang terus membuat kesilapan amatur dan mengingatkannya bahawa semua orang termasuk pemimpin kerajaan sibuk menguruskan krisis Covid-19.

Laporan Locked Up in Malaysia’s Lockdown mendakwa wujud unsur perkauman dalam menguruskan penduduk yang berada dalam zon PKPD termasuk pendatang asing yang berbangsa India, Pakistan dan Bangladesh. Pfundheller mengingatkan AJE bahawa 7% daripada populasi negara berbangsa India dan jika kerajaan bersikap perkauman seperti didakwa, sudah pasti lebih ramai yang akan disasarkan.

Tetapi menerusi kebanyakan laporan media, kebanyakan individu yang disasarkan ialah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan bagi warga Malaysia, mereka tidak berdepan masalah walaupun terpaksa menempuh PKPD. Ini bermakna isu sebenar dalam klip 101 East itu sebenarnya isu PATI bukan isu perkauman seperti didakwa.

Pfundheller mengingatkan AJE bahawa terdapat sesetengah negara yang bersikap rasis terhadap pekerja-pekerja asing termasuk memberi layanan buruk terhadap mereka. Tambahnya, di Malaysia, migran asing diberi layanan jauh lebih baik dari mana-mana tempat di dunia.

Klip Locked Up in Malaysia’s Lockdown cuba memperlihatkan bahawa PATI sebagai mangsa penindasan. Hakikatnya, PATI dilihat memang melanggar undang-undang imigresen dan bekerja secara haram.

Malah mengikut klip video itu sendiri, Pfundheller mengingatkan ada seorang peguam hak asasi manusia berkenaan migran yang ditemubual berkenaan isu ini tetapi tidak boleh berbuat apa kerana individu tersebut enggan mendapatkan permit kerja sah daripada kerajaan. PATI yang disangka mangsa boleh saja bekerja secara sah di negara ini jika mengikut saluran perundangan negara.

Klip Locked Up in Malaysia’s Lockdown mendakwa warga Malaysia tidak berminat dengan sesetengah kerja yang biasa dilakukan oleh pendatang asing. Walaupun dakwaan tersebut ada benarnya tetapi berdasarkan klip tersebut menunjukkan ada warga Malaysia yang melakukan kerja-kerja renyah sebegini.

Malah, Pfundheller mengingatkan semasa pihak pasar menawarkan 60 peluang pekerjaan di situ, lebih 500 orang memohon. Ini menunjukkan ramai yang mahu bekerja tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana pekerjaan mereka disapu oleh PATI atau migran asing.

Satu lagi kesilapan amatur Locked Up in Malaysia’s Lockdown ialah keengganan mengakui bahaya PATI terhadap negara terutama dari segi kesihatan. PATI bukan saja bekerja secara haram tetapi juga tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Dengan situasi Covid-19, amat penting bagi pihak kerajaan mengesan semua pesakit yang ada simptom Covid-19 termasuk PATI. Apa yang dilakukan Malaysia ini sebenarnya meniru resepi negara-negara lain dalam mengesan kontak Covid-19 seperti China, Taiwan dan Vietnam.

Dengan empat juta PATI yang dikatakan berada di Malaysia, maka amatlah penting bagi kerajaan mengesan mereka dan mencegah pembentukan kluster-kluster baru sebelum terlambat.

Krew AJE terlupa semasa membuat liputan klip Locked Up in Malaysia’s Lockdown, mereka menyangka hanya migran asing atau PATI yang terkesan dengan Covid-19. Hakikatnya, semua orang merasai bahana Covid-19 baik warga Malaysia, migran asing mahupun PATI. Pfundheller menganggap sikap bias mereka dalam laporan ini sebagai mengecewakan.

Menerusi Locked Up in Malaysia’s Lockdown, AJE mendakwa kanak-kanak migran asing dan PATI diberi layanan buruk oleh pihak kerajaan termasuk digari semasa diperiksa. Tambah Pfundheller, sebagai pemain media yang bertanggungjawab, mereka seharusnya memberi bukti dakwaan yang dikemukakan mereka tetapi itu tidak berlaku dalam klip dokumentari berkenaan.

Blogger video itu turut menyelar krew AJE sebagai tidak jujur kerana sengaja memilih cerita-cerita migran yang bersifat panas dan kontroversi seolah-olah mahu menunjukkan Malaysia amat buruk. Hakikatnya, migran dan PATI yang menerima rawatan Covid-19 diberi layanan baik termasuk bantuan makanan dan pakaian percuma.

Justeru, ini membuatkan Pfundheller tertanya-tanya berapa banyak sebenarnya dakwaan yang dikemukakan Ambrose itu benar atau sebaliknya.

Krew AJE sekali lagi membuat kesilapan bodoh dengan mendakwa wujud kumpulan anti-imigresen dalam Facebook yang menggerakkan kempen menghalau PATI keluar dari negara. Tetapi menerusi klip berkenaan, jelas menunjukkan ia sebenarnya kumpulan anti-PATI Facebook yang menyeru PATI dihalau keluar.

Malah pada pengenalan awalnya, Ambrose sekali lagi tersilap dengan menyebut mereka menyiasat orang asing yang ditahan semasa PKP dilaksanakan. Hakikatnya, Ambrose sepatutnya menyebut mereka menyiasat kenapa PATI ditahan semasa PKP dilaksanakan.

Krew AJE mempersoalkan mengapa pendekatan keras dan tegas dilaksanakan dalam melawan Covid-19. Menurut Pfundheller, ini menunjukkan krew terutama Ambrose langsung tidak sedar bahaya yang dibawa pandemik berkenaan.

Akibat 4ncaman Covid-19, suka atau tidak, mana-mana negara harus bertindak tegas demi mencegah penularannya termasuk mengehadkan pergerakan orang ramai. Jika pergerakan orang ramai tidak dihadkan, sudah pasti Covid-19 akan menular dengan lebih cepat dan menyukarkan lagi usaha pihak berkuasa mengekang pandemik berkenaan.

Malah, Pfundheller secara terbuka memuji pendekatan PKP yang dilaksanakan di Malaysia, China, Korea Selatan dan Vietnam yang disifatkan amat berkesan mengekang penularan Covid-19. Dia turut menyifatkan kegagalan negara-negara di benua Amerika melaksanakan PKP versi mereka akhirnya membawa kepada peningkatan kes Covid-19.

Krew AJE dilihat lupa mengambil kira kejayaan negara dalam mengekang Covid-19. Antara video yang menceritakan kejayaan Malaysia mengekang Covid-19 ialah video ini:

Malah, Pfundheller memuji keupayaan rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan status bersatu dan saling menolong bagi menjayakan usaha mengekang Covid-19. Dan ini sepatutnya yang ditonjolkan, bukannya peluang mencari kesilapan yang tidak wujud.

RUJUKAN:

Pfundheller, Dustin. (2020). Top 15 Mistakes in Locked up in Malaysia’s Lockdown video by Al Jazeera. https://www.youtube.com/watch?v=i6suGRUTpKE


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.