Nama beliau ialah Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm bin Ghalib. Beliau berasal daripada keturunan Parsi dan dilahirkan pada tahun 384H (994M) di Cordova, Sepanyol. Bapanya merupakan salah seorang menteri kerajaan Umawi. Ibn Hazm juga terlibat sama dalam pentadbiran kerajaan Umawi.

Apabila tentera Barbar meny3rang kerajaan Umawi pada tahun 1013M, Ibn Hazm dihalau dari Cordova. Selama 10 tahun, beliau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh negara untuk berjuang mengembalikan semula pemerintahan kepada kerajaan Umawi.

Walau bagaimanapun pada tahun 1023M, penglibatan beliau dalam politik berakhir apabila pemimpinnya, al-Mustazhar telah dibvnuh. Ibn Hazm membuat keputusan untuk meninggalkan Cordova dan mengasingkan diri daripada dunia politik. Kehidupan beliau selepas itu dihabiskan dengan dunia penulisan sehingga akhir hayatnya.

Ibn Khallikan berpendapat, Ibn Hazm ialah seorang yang luas ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu, terutamanya ilmu hadis dan fiqh. Beliau juga mampu membuat kesimpulan hukum daripada pelbagai kitab dan menguasai banyak ilmu. Beliau seorang yang mengamalkan ilmunya dan menjadi seorang zahid (orang yang zuhud) setelah merasai kekuasaan dunia dalam pemerintahan serta rendah hati.

Kesedihan menurut Ibnu Hazm

D dalam kitab al-Akhlāq wa al-Siyar fī Mudāwāt al-Nufūs oleh Ibnu Hazm, beliau telah menerangkan tentang kesedihan dengan makna yang lebih mendalam dan berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Sedih kerana harta

Ibnu Hazm menyatakan bahawa kenapa orang mencari harta adalah kerana mereka telah merasa peritnya kesusahan dan ketiadaan wang. Sama ada kesusahan itu berasal dari diri sendiri seperti muflis ataupun diwarisi dari keluarganya yang susah. Justeru, kesedihan ini berpunca daripada kemiskinan dan ketiadaan harta yang membuatkan mereka susah.

Sedih kerana kedudukan

Beliau juga berpendapat bahawa kenapa orang mengejar pangkat dan kedudukan kerana mereka mahu menghapuskan perasaan sedih dalam jiwa. Kesedihan yang dimaksudkan berpunca daripada rasa hina dan rendah diri seseorang yang tidak mempunyai status yang gah di mata masyarakat dan terutamanya pada dirinya sendiri.

Sedih kerana keseronokan

Keseronokan atau kenikmatan merupakan perkara yang menggembirakan hati manusia. Namun ketahuilah bahawasanya sebahagian orang mencari keseronokan kerana mereka melalui perasaan duka kecewa dan kehilangan nikmat daripada diri mereka. Dengan mencari keseronokan, mereka dapat menutup kesedihan akibat kehilangan yang dirasai.

Sedih kerana ilmu

Kita melihat ramai orang yang berusaha dalam pelajaran dalam apa jua peringkat. Sebahagian mereka mencari ilmu bukan kerana minat dan bertujuan mendapatkan kerja. Tetapi mereka mencari ilmu kerana mereka merasakan diri mereka bodoh. Kebodohan yang pernah dirasai menjadikan mereka bersedih hati. Ini kerana kebodohan menjadikan mereka tidak berkuasa dan tidak berkeupayaan berbanding orang lain.

Sedih kerana perkhabaran

Ibnu Hazm juga menyatakan bahawa orang yang ingin mendengar perkhabaran-atau lebih mudah difahami bahasa moden-mencari geng untuk bersembang bertujuan menghapuskan kesedihan yang datang dari hidup bersendirian. Forever alone gitu. Jadi makna kesedihan di sini ialah penderitaan dan kekosongan akibat terasing daripada kawan, keluarga dan masyarakat.

Penawar Kesedihan

Pada Ibnu Hazm, tiada yang dapat merawat dan menghapuskan kesedihan melainkan beribadah kepada Allah SWT. Beliau menyatakan bahawa dunia ini bersifat palsu dan fantasi. Ini kerana setiap kebahagiaan, terutamanya kebahagiaan material yang dicapai pasti akan diikuti oleh kesedihan. Manakala kebahagiaan yang bersifat abstrak iaitu ketenangan daripada ibadah merupakan kebahagiaan abadi dunia dan akhirat.

RUJUKAN:

Sakinah Salleh & Alwi Mohd Yunus. (2018). Tazkiyah an-nafs dalam pembangunan insan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang graduan Pengajian al-Quran dan Sunnah di USIM dan sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana dalam bidang terapi Psikospiritual Quran dan Sunnah.

Comments are closed.