Apa yang kita faham soal kesedihan? Apa itu sedih sebenarnya?

Apa yang kita faham, sedih adalah perasaan atau reaksi yang timbul apabila kita menghadapi situasi yang sukar dalam hidup seperti kesempitan hidup, kehilangan orang tersayang, pergaduhan, hilang kerja dan terkuburnya impian. Lagi satu putus cinta. Hmm. Jadi, kita faham di sini, kesedihan berlaku akibat daripada peristiwa atau faktor luaran dari tubuh kita.

Ketika Zaman Yunani, ilmuannya tidak melihat kesedihan sepeti faktor luaran yang kita faham. Tetapi kesedihan berlaku kerana terdapat bendalir gelap (dark fluid) yang mengalir dalam tubuh. Menurut mereka, tubuh dan roh manusia dikawal oleh empat jenis cecair, iaitu darah, hempedu kuning, hempedu hitam dan kahak (lendir).

Empat cecair ini juga dikenali sebagai ‘humor’. Keseimbangan empat cecair ini memberikan pengaruh terhadap kesihatan dan sikap manusia. Ia juga dipengaruhi oleh empat unsur utama iaitu unsur tanah, api, air dan angin.

Dengan mempunyai diet yang betul, keseimbangan empat cecair itu dapat dicapai. Kita berasa sedih sebab lebihan bendalir gelap yang mengalir dalam tubuh, lantas menghasilkan keadaan yang tidak stabil pada emosi.

Istilah sedih juga dikenali sebagai ‘melancholy‘ dalam bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa Yunani ‘melaina kole‘ yang bermaksud ‘bendalir gelap’ yang mengakibatkan kesedihan.

Pada masa kini, para doktor percaya masalah apa-apa emosi yang berpanjangan yang tak dapat dijelaskan, sebahagiannya mempunyai kaitan dengan proses kimia pada otak. Tahap keseimbangan bahan kimia pada otak memberikan pengaruh pada emosi. Contohnya lebihan serotonin menunjukkan kebahagiaan. Lebihan dopamine menunjukkan kemurungan.

Cinta yang berlebihan ataupun obses akan membuatkan ketidakseimbangan pada serotonin dan dopamine, lalu menyebabkan kita tak dapat berfikir dengan waras.

Walaubagaimanapun, kesedihan merupakan sebahagian daripada hidup manusia. Ia merupakan makna menjadi manusia. Sebahagian ahli falsafah beranggapan, kesedihan juga menjadi keperluan untuk memperoleh kebijaksanaan. Kesedihan juga membuatkan kita lebih memahami emosi-emosi lain dengan lebih mendalam. Untuk memahami kegembiraan yang lebih bermakna, seseorang haruslah menempuhi suatu kesedihan. Apalah makna keamanan kalau tiada kesengsaraan.

Sumber: TED-Ed


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply