Kesan Rokok Pada Kandungan Wanita

0
620
views
Sumber: http://1.bp.blogspot.com/-deuHizM-x1s/VnbUl36ScaI/AAAAAAAAc60/9NrpMS-3Bxw/s1600/Perempuan%2BMerokok%2BBerisiko%2BMenopause%2BDini.jpg

Wanita yang merokok sudah tentulah akan memberikan kesan pada kandungannya. Tetapi asap rokok yang datang daripada keluarga, seperti suami, juga turut memberikan kesan pada kandungan. Asap rokok yang datang dari orang lain dipanggil ‘second-hand smoker’. Dikatakan terkandung 4,000 bahan kimia yang dilepaskan oleh ‘second-hand smoker’, yang mana boleh membawa pada kanser.

Antara kesannya terhadap ibu yang mengandung adalah masalah keguguran, kelahiran bayi yang tak matang, bayi terlalu ringan. Kemudian bayi juga akan mempunyai masalah pada pembelajaran dan sikapnya. Dia akan jadi lembab dan lambat belajar. Bayi ini juga akan ada risiko terkena asthma, bronchitis dan pneumonia.

Paling teruk, bayi akan kena ‘Sudden Infant Death Syndrome’ (SIDS). Ini adalah keadaan bayi tiba-tiba mati masa tidur. Ada lagi istilah yang dipanggil sebagai ‘third-hand smoker’. Istilah ini merujuk pada tinggalan puntung-puntung rokok. Kalau ada tempat yang masih ada bau-bau rokok, ia juga akan menjejaskan kesihatan ibu dan kandungan.

Waqaf Saham

Tinggalan rokok ini apabila berlanjutan, ia akan mencemarkan persekitaran dan akan melekat pada baju-baju, rambut, tikar, dan perabot. Sebab itu orang yang merokok ini, kita tahulah bau bilik dia macam mana.

Jadi, tinggalan ini akan terkumpul dan toksinnya mampu menjejaskan kesihatan. Malah kesannya lebih berbahaya pada bayi berbanding orang dewasa.
Kesimpulannya, untuk kehidupan yang sihat dan selamat, carilah bakal suami yang tak merokok. Yang dah merokok itu, berhentilah untuk masa depan keluarga.

Sumber:
1) American Pregnancy Association

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here