Kalau Gusti Tu Palsu, Kenapa Banyak Yang Tengok?

2,114

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Gusti itu palsu. Sejak daripada bangku sekolah lagi perkataan itu telah kita dengari daripada masyarakat. Walaubagaimanapun, gusti professional masih lagi mengungguli carta dalam bentuk hiburan-sukan yang paling ditonton seluruh dunia.

Acara mega-gemilang WWE, Wrestlemania pada tahun 2019 merupakan antara top 5 jenama acara sukan paling berharga, dengan mencapai nilai jenama 245 million USD (statista.com, 2019).

Persoalannya, kalau betul gusti itu tipu, kenapa masih kekal sebagai sumber hiburan sehingga kini? Pelbagai bidang, seperti politik, media dan perniagaan bertanyakan soalan yang sama.

Walaupun jawapan masih samar, mereka bersetuju tentang satu perkara. Gusti berhasil. Kita selalu cakap pasal demokrasi, iaitu kuasa rakyat. Tapi kita kurang cakap pasal gusti krasi, iaitu kuasa gusti. ‘Playbook’ gusti telah menjadi rujukan pelbagai bidang seluruh dunia terutamanya selepas abad ke-17.

Ketika ini merupakan zaman gelap orang-orang Barat, jadi pelbagai ‘hiburan’ dilakukan untuk mengisi kekosongan dalam hidup mereka seperti teater, sarkis dan sebagainya. Bayangkan, dulu ada pertunjukan bedah manusia, di mana proses membuang ketumbar dilakukan di hadapan orang ramai, dan orang yang nak tengok kena bayar (Williams, Mathews, and D’Amico, 2013).

Masa itu, mana ada lagi ubat bius semua, jadi pesakit ketika proses itu dilakukan. Macam itu pun orang sanggup bayar macam nak tengok Maharaja Lawak secara langsung.

Tapi zaman dah berubah masa dah berlalu. Sarkis dan teater pun dah semakin hari semakin suram sambutan. Namun gusti professional masih lagi mendapat tempat dalam kaca TV dan internet. Syarikat gusti gergasi, WWE ada 1 billion followers dekat media sosial seluruh dunia tahun 2019.

Dekat instagram sahaja, WWE ada 226 million followers, lebih banyak berbanding dengan FIFA World Cup, ESPN, HBO and NHL (corporate.wwe.com, 2019). Selain daripada rancangan gusti mingguan seperti Raw, NXT dan Smackdown, WWE juga ada network sendiri, rancangan realiti, permainan video dan produksi movie sendiri. Tahun lepas (2019), keuntungan WWE hampir $930 million dan walaupun ada 4nc4man pandemik pada tahun ini, WWE berjaya menggandakan annual net incomenya (Thurston, 2020).

Gusti sememangnya membawa impak. Dari segi politik, Abraham Lincoln merupakan bekas ahli gusti, dan Donald Trump adalah ahli WWE Hall of Fame. Malah, isteri kepada pemilik WWE, Linda McMahon berkhidmat di bawah pentadbiran Trump sebagai SME. Di Arab Saudi, antara bisnes pertama yang diberi laluan oleh MBS untuk membuka tapak di Arab Saudi ialah bisnes gusti, di mana WWE berjaya menganjurkan acara gusti menampilkan perlawanan gusti wanita pertama di negara itu.

Sebelum itu pun, Korea Utara juga pernah menganjurkan acara gusti antara Ric Flair dan Antonio Inoki dalam acara kemuncak. Jadi apakah taktik dalam ‘playbook’ gusti yang dipinjam oleh usahawan, ahli politik, raja-raja dan syarikat media untuk menjayakan usaha mereka?

Flair vs Inoki

Gusti berbeza dengan gusti professional. Gusti professional mementingkan hiburan dan perasaan penonton. Tidak kira sama ada kita suka atau benci ahli gusti itu, yang penting ialah kita rasai sesuatu.

Dalam gusti ada satu istilah yang dipanggil kayfabe. Istilah ini bermaksud satu proses mempertahankan (maintaining) gusti professional sebagai acara ‘sukan’ dan menyembunyikan rahsia gusti di belakang tabir (Smallman, 2018).

Jadi, kayfabe adalah mempamerkan sesuatu yang palsu itu seakan-akan benar, seperti gabungan fantasi dan realiti. Falsafah inilah yang diguna serata dunia untuk menjual sesuatu produk sama ada polisi, media atau politik.

Kita ambil contoh situasi politik US sekarang. Donald Trump terkenal dengan istilah fake news. Beliau sentiasa memangkah media yang melaporkan berita tentangnya. Beliau juga kerap menyebarkan berita-berita yang diragui kesahihannya.

Soalnya kenapa? Kerana fakta bagi beliau tidak penting, yang penting ialah perasaan para pengundi. Impak kenyataan beliau seperti orang Mexico perogol, nak ‘ban’ orang-orang Islam masuk US, itu semuanya tidak dimaksudkan pun oleh Trump.

Yang penting, kenyataan itu memberikan satu perasaan kepada setiap pengundi tidak kira Demokrat atau Republican. Dengan cara itu, beliau masih relevan dalam ketika menjadi calon sehingggakan rakaman audio beliau dalam bas berkenaan dengan seorang wanita pun tidak mampu menjatuhkannya. Akhirnya beliau menang pilihan raya dan kekal menjadi presiden selama 4 tahun.

Taktik yang sama diguna oleh media-media seperti Fox News dan CNN. Mereka merasakan adalah lebih berbaloi untuk letak 2-3 orang pembaca berita menyuarakan pendapat dan retokrik, berbanding dengan melaporkan secara langsung dan objektif tentang apa yang terjadi.

Siaran-siaran satira seperti The Daily Show, The Late Show ini semua bukan wartawan pun. Mereka cuma ambil berita daripada sumber siaran berita, dan beri pandangan sinis mereka tentang kejadian itu. Kerana yang penting bukanlah fakta kedua-dua belah, tapi apa yang penonton rasakan.

Gusti, porno, Santa Klaus, Marvel, s3nj4t4 nuklear kat Iraq, ini semua palsu. Tapi kenapa masih ada yang mempercayainya? Kerana ikut kata-kata propagandis terkenal ‘Repeat a lie often enough and it becomes the truth’. Sehingga kini, gusti professional berjaya menjadi ‘truth’ dalam dunia realiti kita.

“If you smell what pro wrestling is cookin.”

RUJUKAN:

corporate.wwe.com. (2019, November 3). WWE® Surpasses 1 Billion Social Media Followers. Retrieved from wwe.com: https://corporate.wwe.com/investors/news/press-releases/2019/03-11-2019-230853631

Smallman, J. (2018). ‘I’m Sorry I Love You’ A History of Professional Wrestling. United Kingdom: Headline Publishing Group.

statista.com. (2019). Most valuable sports events brands worldwide in 2019 (in million U.S. dollars). Retrieved from www.statista.com: https://www.statista.com/statistics/253353/brand-value-of-sport-events-worldwide/

Thurston, B. (2020, November 17). Q4 2020 Estimate: WWE will double its annual net income from 2019. Retrieved from wrestelnomics.com: https://wrestlenomics.com/2020/11/17/wwe-q4-2020-estimate-doubling-annual-net-income-from-2019/

Williams, Mathews, and D’Amico. (2013). “Reality Surgery” — A Research Ethics Perspective on the Live Broadcast of Surgical Procedures. Journal of Surgical Education.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.