Jika anda menjadi seorang pe.mb.µn.µh, anda akan sedaya upaya cuba melupuskan m.a.yat. Tak kiralah apa cara sekalipun samada tanam di tempat paling sunyi atau membakar m.αy.αt tersebut, anda yakin bahawa jika tiada mα.yαt itu bermaksud bukti paling penting telah dihapuskan, maka anda akan terlepas.

Kita juga mungkin pernah mendengar frasa yang mengatakan tiada mα.yαt, tiada p.em.bµ.nµh.an  (no body, no m.ur.der). Ini merupakan satu prinsip ortodoks yang pernah dipakai dalam undang-undang jenayah bµ.nµh.

Pada 1661, tiga sekeluarga telah dijatuhi hukuman m.αti kerana didapati bersalah m.emb.µ.nµh majikan mereka, William yang dilihat telah hilang setelah keluar dari rumahnya. Kejadian ini berlaku di Glocestershire, England.

Kisah tersebut telah ditulis oleh John Masefield

Walaupun mayαt William tidak pernah dijumpai, pihak juri yakin bahawa ketiga-tiga tertuduh bersalah dalam membµ.nµh William kerana kenyataan yang bercelaru, saling tuduh-menuduh antara mereka dan kewujudan motif yang kuat.

Dua tahun berikutnya, William tiba-tiba muncul kembali di kampungnya, bukan sebagai hantu, tetapi beliau sememangnya masih hidup dan tidak dibµ.nµh. Dia mendakwa telah diculik dan kemudiannya dijual sebagai hamba di Izmir, Turki yang pada waktu itu di bawah Turki Uthmaniyyah.

Sir Mathew Hale

Maka dari kisah itulah, prinsip no body, no m.ur.der ini dipakai sejak sekian lamanya. Malah Sir Mathew Hale (1609 -1676), seorang hakim British pernah bertegas bahawa beliau tidak akan mensabitkan pertuduhan bµnµh ke atas suspek melainkan m.αy.αt mangsa ditemui. Ini bagi mengelakkan salah laksana keadilan seperti yang berlaku dalam kes William tadi.

Zaman berubah, prinsip juga berubah

Namun, prinsip no body,no m.ur.der ini tidak lagi terpakai dalam zaman moden. Meskipun dalam kes p.em.bµ.nµh.an , penemuan m.αy.αt mangsa adalah satu kejayaan penting, namun kegagalan untuk menemuinya tidak bermaksud pihak pendakwa telah gagal membuktikan kes.

Jika prinsip ini masih digunakan, ianya amat berbahaya kepada masyarakat. Penjahat akan tidak berasa takut untuk membµ.nµh kerana mereka percaya bahawa jika m.αy.αt berjaya dilupuskan, mereka akan terlepas dari hukuman m.αti.

Maka dengan itu, prinsip ini tidak lagi terpakai, malah ada beberapa kes di dunia ini yang menunjukkan pihak pendakwaan berjaya membuktikan p.em.bµ.nµh.an  walaupun m.αy.αt tidak pernah dijumpai.

Perbicaraan kes b.µn.µh tanpa m.αy.αt pertama

Kes Sunny Ang berlaku di Singapura pada Ogos 1963, ketika Singapura masih merupakan sebahagian daripada Malaysia. Kes ini merupakan ‘landmark case’ yang menetapkan bahawa p.em.bµ.nµh.an  dapat dibuktikan walaupun m.αy.αt tidak ditemui. Bagaimana caranya?

Sunny (kiri) dan teman wanitanya Jenny (kanan)

Dalam keadaan tiada m.a.yat, agak sukar bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan wujudnya jenayah bµ.nµh, sebagai contoh, menikam mangsa menggunakan pisau di perut. Oleh itu, pihak pendakwaan akan menggunakan sepenuhnya fakta relevan yang boleh mengaitkan tertuduh dengan kesalahan tersebut.

Dalam kes Sunny Ang, pihak pendakwaan telah bergantung sepenuhnya kepada keterangan bersandarkan keadaaan (circumstantial evidence) dalam membuktikan kes mereka. Apa itu circumstantial evidence?

Secara mudahnya, keterangan bersandarkan keadaan bermaksud fakta-fakta yang dapat diperoleh melalui persekitaran yang secara tidak lansung membawa kepada satu kesimpulan atau inferens bahawa tertuduh sememangnya bersalah.

Francis T Seow, ketua pasukan pendakwaan kes

Keterangan bersandarkan keadaan berbeza denga keterangan lansung. Keterangan lansung tidak memerlukan mahkamah membuat kesimpulan akhir kerana keterangan itu sendiri adalah satu kesimpulan. Sebagai contoh, seorang saksi yang melihat tertuduh menikam mangsa menggunakan pisau. Ini adalah jelas tanpa memerlukan kesimpulan dari mahkamah.

Oleh sebab itulah, keterangan bersandarkan keadaan ini meliputi pelbagai aspek. Elemen seperti motif, persediaan, perwatakan tertuduh, hubungan tertuduh-mangsa dan kesan cap jari merupakan antara contoh keterangan bersandarkan keadaan.

Sebagai contoh, jika kesan cap jari tertuduh ditemui pada mangsa, ini tidak semestinya bermaksud bahawa tertuduh yang menyebabkan kem.αtian. Tetapi ia boleh membawa maksud bahawa tertuduh pernah bersama mangsa, seterusnya membolehkan pihak pendakwaan mengaitkan tertuduh dengan mangsa.

Kes Sunny Ang – P.em.bµ.nµh.an  bermotifkan wang

Sunny Ang didapati bersalah membµ.nµh Jenny, teman wanitanya. Biarpun m.αy.αt Jenny tidak pernah ditemui sehingga sekarang, mahkamah memutuskan Sunny Ang bertanggungjawab secara lansung ke atas kem.αtian Jenny berdasarkan keterangan bersandarkan keadaan.

Kejadian didakwa berlaku pada 27 Ogos 1963 pada kira-kira jam 5 petang di perairan antara dua buah pulau. Berikut adalah fakta-fakta kes:

Sebelum kejadian

  1. Sunny merupakan seorang penyelam skuba yang sangat mahir.
  2. Pada tahun 1962, Sunny telah diisytiharkan muflis dan masih berstatus muflis pada hari kejadian. Sunny mempunyai motif yang kuat untuk membµ.nµh Jenny iaitu wang.
  3. Jenny mempunyai beberapa perlindungan insurans kemalangan yang berjumlah $450,000.
  4. Satu insurans milik Jeny yang bernilai $150,000 telah dijadualkan tamat pada 26 Ogos 1963 (sehari sebelum kejadian), namun Sunny telah memperbaharui tempohnya selama 5 hari lagi pada pagi tarikh kejadian.
  5. Satu lagi insurans milik Jenny yang bernilai $100,000 akan tamat pada 28 Ogos 1963 (sehari selepas kejadian).
  6. Terdapat beberapa polisi insurans milik Jenny di mana ibu kepada Sunny dinamakan sebagai benefisiari.
  7. Pekerjaan Jenny tidaklah berisiko sehingga memerlukan polisi insurans yang sebegitu besar. Jenny bekerja sebagai pelayan bar yang mempunyai gaji sekita $90 sebulan.

Semasa kejadian

  1. Sunny telah memilih perairan berdekatan dengan Pulau Dua sebagai tempat menyelam skuba. Kononnya mahu mencari terumbu karang.
  2. Mengikut pakar, perairan di kawasan tersebut tidak sesuai kerana arusnya yang deras. Bagi penyelam baru seperti Jenny, situasinya pasti agak sukar kerana kurang kemahiran. Malah, kawasan tersebut amat berbahaya untuk menyelam skuba secara berseorangan.
  3. Yusof Ahmad, pemandu bot yang membawa mereka ke lokasi kejadian muncul sebagai saksi utama dalam kes ini.
  4. Sunny telah meminta Jenny untuk menyelam terlebih dahulu.
  5. Setelah Jenny tidak muncul-muncul di permukaan, Sunny tidak berusaha untuk mencarinya, hanya cuba mencari kalau-kalau ada gelembung udara di sekitar bot.
  6. Sunny tidak turut menyelam untuk mencari Jenny. Dia kemudiannya meminta Yusof untuk kembali ke penginapan mereka untuk meminta bantuan.
Yusof Ahmad, saksi utama

Selepas kejadian

  1. Yusof dan beberapa saksi lain mendakwa bahawa reaksi Sunny selepas kejadian lansung tidak menunjukkan reaksi normal orang yang kehilangan yang tersayang.
  2. Yusof mendakwa bahawa Sunny sempat menukar pakaian di atas bot ketika perjalanan pulang, malah menyuruhnya agar cepat sedikit.
  3. Kurang daripada 24 jam kehilangan Jenny, Sunny telah membuat tuntutan rasmi ke atas polisi-polisi insurans milik Jenny.
  4. Pada 3 September 1963, pasukan penyelam telah menemui salah satu swimfin yang dipakai oleh Jenny pada hari kejadian. Analisis mendapati bahawa swimfin tersebut telah dipotong dengan sengaja oleh peralatan yang tajam.
Pasukan penyelam berusaha mencari m.a.yat Jenny

Keputusan mahkamah

Seperti yang telah disebutkan, dalam kes ini mahkamah menggunakan sepenuhnya keterangan bersandarkan keadaan. Sunny mempunyai motif yang kuat, membuat persediaan dan tindak-tanduknya yang disifatkan sebagai lack of urgency ketika Jenny hilang.

Tindakan Sunny dalam membuat tuntutan insurans tidak sampai 24 jam kehilangan Jenny juga amat meragukan. Kesemua keterangan bersandarkan keadaan yang ada telah membawa kepada satu kesimpulan yang sangat meyakinkan bahawa sememangnya Sunny telah m.embµ.nµh Jenny dengan sengaja.

Hakim YA Tan Ah Tah menjatuhkan hukuman m.at.i ke atas Sunny Ang

Legasi

Kes pe.mb.µn.µhan Sosilawati, jutawan kosmetik dan tiga yang lain telah dib.µn.µh oleh seorang peguam serta dua orang pekerja ladang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu. Dalam kes ini, mahkamah juga telah bergantung sepenuhnya kepada keterangan bersandarkan keadaan.

M.αy.αt Sosilawati dan tiga yang lain tidak ditemui kerana telah dibakar oleh pesalah sebagai cara untuk menghapuskan bukti. Dalam perbicaraan kes Sosilawati, fakta-fakta dalam kes Sunny Ang amat mempengaruhi keputusan mahkamah.

Antara bukti penting yang mempengaruhi mahkamah adalah fakta bahawa pesalah-pesalah merupakan individu terakhir yang bersama dengan si mangsa. Malah, ada saksi juga mendengar jeritan daripada lokasi m.αy.αt dibakar serta penampakan kepulan asap hasil pembakaran.

Setakat ini di Malaysia, terdapat dua kes p.em.bµ.nµh.an  di mana mahkamah bergantung sepenuhnya kepada keterangan bersandarkan keadaan kerana tiada m.αy.αt yang dijumpai iaitu kes Sunny Ang dan Sosilawati. Kes-kes ini juga menunjukkan bahawa prinsip no body no m.ur.der sudah tiada tempat dalam undang-undang negara kita.

Negara seperti India, Amerika Syarikat dan Australia juga memakai prinsip yang sama bahawa keterangan bersandarkan keadaan boleh digunakan untuk membuktikan wujudnya pe.mb.µn.µhan.

Oleh itu, jika anda fikir dengan melupuskan m.αy.αt mangsa akan melepaskan anda dari hukuman g.antu.ng, anda sememangnya silap. Mahkamah masih boleh menjatuhkan hukuman m.αti ke atas anda. Walau serapi dan sempurna mana pun p.em.bµ.nµh.an  dilakukan, pesalah pasti ada meninggalkan kesan.

RUJUKAN:

Nazuha Mohd Jai. M.a.yat tidak djumpai: sejauh mana mahkamah boleh mensabitkan tertuduh. Kertas Penyelidikan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). http://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/Research9.pdf

Sunny Ang v Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195

Clarence Kuna (2017). Bagaimana satu kes b.µn.µh di Singapura mengubah system perundangan kes b.µn.µh di Malaysia. https://asklegal.my/p/sunny-ang-kes-b.µn.µh-singapura-sosilawati-tanpa-m.a.yat


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kemunduran Akibat Pemikiran Terjajah, Yang Mengukuhnya Sombong, Yang Meruntuhnya Ilmu Haikal Hazwan, pemuda yang mempunyai minat mendalam terhadap pengetahuan sejarah dan politik tanah air mahupun antarabangsa. Cita-citanya mahu melihat generasi sezaman dengannya bangga akan kejayaan leluhur. Percaya bahawa ilmu serta niat yang ikhlas sahaja dapat memajukan bangsa dan membina sebuah tamadun yang berdaulat.

Comments are closed.